Assalamualaikum wbt....
Lepas Maghrib
Sempat juga menjengok keluar rumah melihat gerhana bulan bersama si Abdul kecil malam tadi. Walaupun kamera hp tak dapat nak zoom cantik, walaupun tak nampak gerhana bulan merah berdarah, puas jugalah dapat menyaksikan gerhana bulan secara live. Cuma kali ni kami tengok berdua sajalah di SP berbanding ( dulu )
Lepas Isya', langit terang benderang
Petang semalam di Radio Kedah, Ustaz di konti bercerita tentang fenomena gerhana bulan dan saranan mengerjakan solat sunat gerhana.Bila solat sendirian selepas solat Maghrib, Anim rujuk cara solat gerhana di dalam entry terdahulu tentang cara solat sunat gerhana..Sebenarnya, bila dok SP barulah tau buat solat sunat gerhana. Baru tau hukumnya sunat muakkad, solat yang sangat dituntut dilaksanakan.
Di SP, biasanya muslimin muslimat akan bersolat sunat gerhana berjemaah di masjid dan surau-surau. Malah tak hairanlah terdengar khutbah khas gerhana bulan di surau taman perumahan belakang rumah.
Bila menelefon Encik Suami, dia kata kat surau berhampiran rumah kami tu tak buat solat sunat gerhana. Khutbah khas gerhana bulan pun tak ada. Camnapun, ceramah agama tetap ada. Hmmm...lain padang, lain belalang...
Tak berkesempatan dengar khutbah khas gerhana bulan di masjid, cari di youtube. Jumpa video terbaru.
Khutbah Khas Gerhana Bulan 08-10-2014 bersama Dr.Zulkifli Mohamad Al Bakri
di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah
P/S Menginsafi kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Di atas sana, bulan ikut perintah Tuhan dengan mengerhanakannya, kita di bawah ni sujud dan patuh dengan perintah Tuhan dengan melakukan solat sunat gerhana:-))
Tak sempat nak tengok smlm kak.. terleka kejap lepas maghrib tu... frust jugak tak dapat tgk...
BalasPadamkat masjid2 sini pun ada buat sholat Sunat Gerhana ni..
Kebesaran Allah, subhanallah...
http://madey09.blogspot.com/2014/10/riadah-sosial-maya-blog.html khutbah tu terbaik dakwah islamiah..tq
BalasPadamas salam sis apa khbar?
BalasPadamdekat mana skrg kedah uh.jauh2..hee
wah sempat ambik pic eh heee..kita klr rumah cuma sidai bju je mlm tadi adus tak pikir langsung ar mlm tdi punya indah kuasa Allah dan alam
kat sini tak dapat tengok kak anim..mendung
BalasPadamsaya pernah saksikan di kg thn lepas klu x silap ...
BalasPadamMasjid tempat kakak pun buat solat berjemaah lepas maghrib Anim. Tapi kakak tak dapat ikut abang sebab anak-anak mengaji dah sampai awal benar. Kakak buat juga lepas maghrib tapi sekadar sunat 2 rokaat& hanya dgn niat dan suroh biasa...
BalasPadamTempat kakak pun agak jelas utk melihat gerhana malam itu dan sgt menginsafkan. Rasa dunia dah kian uzur sebenarnya..
Pada malam tu bunda dan anak cuba keluar rumah nak tengok fenomena tu...tapi tak nampak...tempat bunda ni berbukit sikit ,,, banyak pokok2 terlindung...tak nampak langsung bulannya pun...
BalasPadamangah terlepas...
BalasPadambaru tahu solat tu suant muakkad.. lepas ni kene cube buat..
BalasPadamIM pun bila dah pencen ni jer baru belajar solat gerhana. dulu lansung tak kisah.. gerhana ke ngkau... malap ke.. asal celik mata jer..kerja..kerja..kerja...
BalasPadamsy tau psl gerhana ni tp ntah kenapa sy boleh terlupa langsung ttg hal ni..
BalasPadamTak berkesempatan nak tgk kak anim..nak solat sunat pon ABC plak..huhu..
BalasPadamkak nah xsempat tengok..lepas maghrib dok kalut kat dapur pula sebab semua anak2 balik..huhu..
BalasPadamtak berpeluang tgk time gerhana..
BalasPadamkejadian alam yang ada makna disebaliknya
Surau dekat area rumah okje ni pun ada gak buat solat sunat ni Nim, siap ada khutbah sekali tp okje tak buat .....Pak Jilap je....Subhanallah, masyaallah.....kagum dengan kekuasaan Allah...
BalasPadamTak dapat tengok pun gerhana ni. Puaslah menunggu bila tiba masanya tapi sedih tak dapat tengok. Jerebu teruk kat kawasan saya masa tengah gerhana. Bukan setakat bulan, awan pun tak nampak langsung!
BalasPadam