Home · About Me · Sitemap ·

Merdeka & 2 Abdul

Assalamualaikum wbt...

Lebih seminggu tak jengok blog. Semakin dekat UPSR, semakin sibuk dibuatnya. Bukan saja terlibat dengan kelas tambahan Tahun 6 petang dan malam (walaupun bukan guru Tahun 6)  tetapi juga sibuk membantu si Abdul kecil yang juga calon tahun ini. 

Dek kerana itu juga, Anim dan si Abdul kecil tak balik Ipoh hujung minggu. Orang Ipohlah turun SP. 

Alkisah, mereka tak kata apa bila Bapak Abdul kata, cuti merdeka hanya duduk rehat kat rumah. Tolong kemas rumah SP yang dah serupa kapal karam. Suke...suke. Mem Besar tukang masak saja. Semua kerja mengemas, membasuh dan sidai kain..para Abdul yang buat. Bukan selalu kan:-))

Tapi... dah nama budak lelaki, nak ke Pantai Merdeka tak dapat, akal tu ada sajalah nak buat projek baru.

Dari petang dah mulakan projek. Lepas Maghrib duduk dalam "khemah". Terdengar suara mereka berbual dan ketawa bersama. Sekali pandang, serupa tok bomoh menurun bawah pokok dalam drama TV:-))

"Camping" tepi pokok buah mata kucing. Tengoklah, rumput pun dah naik tinggi. Belum sempat upah orang potong.

Anim kat dapur dah panjang leher. Malam-malam, takut ada haiwan merayap.  Encik Suamilah sukarela jadi jaga luar khemah. Gelihati pulak kalau diingat-ingat.

Bergurau senda sambil menikmati buah mata kucing. 2 Abdul ni memang spesis "ayam kampung", tak boleh jadi orang pekan (bandar). Bergerak masuk rumah bila azan Isyak berkumandang. Sempat pesan kat Ummi, jangan masuk dalam blog gambar dalam "khemah". Tapi maaf ya...kenangan ini sukar Ummi lupakan bila kalian dewasa nanti.

P/S Itulah kawan main dan kawan gaduh:-))

Artikel berkaitan:

14 Komen untuk "Merdeka & 2 Abdul"

  1. seronoknya lah hai...duduk KL ni tak merasa.duduk luar kejap je dah kena gigit nyamuk

    BalasPadam
  2. haha...sesekali seronok berkhemah tepi rumah...mcm zaman kita main pondok2 kecik2 dulu la cikgu...

    BalasPadam
  3. bukan main seronok lagi 2 Abdul tu berkhemah.. tepi rumah pun jadik =)

    BalasPadam
  4. Makchaq pun masa anak kecik2 banyak kali jugak camping belakang rumah.. siap masak sardin macam camping betui2...tapi kami tidoq betui2 dalam khemah...

    Masa baru2 pindah ke putrajaya anak2 macam tak boleh adapt rumah dwkat2.. kami besa duduk kawasan kampung, rumah jarak2.. depa buat macam kat kampung jugak.. camping belakang rumah...tapi masa tu makchaq x join la tiduq.. beberapa kali jugak la depa buat.. stop bila satu malam tu ada polis mai dalam pukui 3 pagi... tanya depa buat apa dan suruh masuk dalam rumah.. tapi depa tiduq sampai pagi la jugak sebab rumah kunci.. he he

    BalasPadam
  5. Dulu2 masa kecil siap buat pondok kecil di belakang rumah. Kreatif jugalah... guna daun pisang sebagai bumbung. Daun kelapa buat dinding. Seronok pula bila dikenang kembali...mungkin apa yg 2 Abdul rasai sekarang pasti jd kenangan terindah bila dah besar, bertuah pula ianya ada gambar dan coretan yg boleh dilihat semula...
    Saya....hanya dalam ingatan sajer...

    BalasPadam
  6. syok juga bercamping sekali sekala kan..umah mak saya pon tengah lebat buah mata kucing..semalam last cantas..kasi abis

    BalasPadam
  7. alahai..cutenya berkhemah dekat-dekat rumah...nak jugak beraktiviti ye...

    BalasPadam
  8. tetiba kan kak, sy tingat 1 komik...pun cerita mcm ni jg...berkhemah di belakang rumah...

    BalasPadam
  9. Tak apa la kak biaq epa enjoy zaman kecik depa.

    BalasPadam
  10. Bila anak akan menghadapi peperiksaan besar memang hati kita tak tenang Anim. Nak berjalan selalu pun kenalah hadkan..

    Dua beradik aje Anim memanglah macam itu. Itulah kawan senda-gurau dan teman bertekak.. Gelihati si ayah pula kena jadi bodyguard hihi...

    BalasPadam
  11. hehehe kelakar laa... kelak itu akan jadi kenangan manis buat mereka dan juga kedua orang tuanya... :D

    BalasPadam
  12. Anim budak budak ni mmg betul beranikan..... Tak seram ke malam malam duk bawah pokok cenggitu....Hish bagi pulak Anim tu yek...... Tapi rumah tamankan apa nak takut sangat yek

    BalasPadam
  13. mcm syokkk je khemah camni..walau tepi rumah je

    BalasPadam
  14. Alahai, sweetnya 2 beradik ni bercamping bersama. Bilalah anak-anak saya dapat buat gaya gini. Eh, tapi saya baru je beli khemah. Dalam rumah gak saya pasang khemah nanti sebab kami dok menongkat langit. Huhuhu....

    Diam-diam ambil gambar lepas tu masukkan aje dalam blog, buat kenangan. Anak saya si Abang selalu tanya macamana gambar mereka dua beradik ada dalam blog. Habis susur galur blog saya dia nak tahu!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai