Home · About Me · Sitemap ·

Berehat di Batu Ferringhi@Penang


Assalamualaikum wbt...

Selepas Pulau Jerejakinilah pengalaman kedua menginap di Penang. Seperti yang tertulis dalam entry terdahulu, 5 tahun menetap di SP, setiap kali Encik Suami ada urusan kerja di Penang, dia akan berulangalik saja SP-Penang. Kami pun tak ada keinginan nak bercuti di Penang. Memilih untuk p tempat yang jauh sikit, huhu.

Bila bertukar ke Ipoh, lain pula ceritanya. Setiap kali training atau urusan kerja, Utara jadi pilihan pulak. Mentang-mentanglah kami ada di SP.

Malam tadi tiba di sebuah resort di Batu Ferringhi atau Foreigner's Rock.

Hillview dan seaview....satu bonus!

Batu Ferringhi atau Foriegner's Rock?
Terpesona lihat view depan mata. Si Abdul kecil kata, "Abah belilah satu" . Mimpi sajalah beli rumah berviewkan laut. Juta-juta  RM nak oiii.. bukan juta rupiah atau juta rupee,

Teringat tulisan Imam Muda Asyraf di dalam buku yang baru dibaca ;Tinta 2 Asyraf (bersama Hilal Asyraf). Berapa ramai yang berimaginasi rumah idaman , kereta impian, anak dan keturunan. Namun, jarang orang berfikir tentang istana syurga masa hadapan. Hmmmm...saya pun apa kurangnya.

Oklah...kena stop dulu. Hero-hero kalau duduk dalam bilik, mulalah gelisah macam ulat. Macam biasalah....berendam sajalah kerjanya..

Ummi depa tak ikut mandi. Ambil kesempatan membaca buku-buku yang lama dibeli tapi belum khatam-khatam. Lebih rela hanyut dalam pembacaan dari hanyut dalam air...huhu

Selesai satu...ada 3 lagi menanti..

P/S  Penuh dengan pelancong Arab bersama anak-anak mereka. Musim haji, depa cuti sekolah gamaknya.

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Berehat di Batu Ferringhi@Penang"

  1. haa ada sahaja sis kita ini mahal ke untuk satu malam tu?

    BalasPadam
  2. itu dia patutlah cepat jer menaip rupanya dia mau pi mandi sekaki eh..eh...

    BalasPadam
  3. bila pikir asal jem...patah hati nak ke Penang...kalau nak bercuti dekat2..saya pilih Perak...banyak tempat menarik...kalau pantai timur..Terenganu paling best...

    BalasPadam
  4. wahh bestnya pergi mandi manda... cantik gambar2 tu

    BalasPadam
  5. IM yang dah duduk Penang 30 tahun pun belum merasa menginap kat hotel di Bt Feringgi ni.

    Bukan semua tu Arab.

    BalasPadam
  6. http://madey09.blogspot.com/ kenalkan bl;og Etuza. Sangat suka blog ni seolah nak datang selalu..datang tau ke laman Etuza

    BalasPadam
  7. mmg cantik viewnya . klu berhajat n nak jimat , beli jer dulu tanah menghadap laut pastu baru bina rumah bila rm nya 'lapang' anim ...

    BalasPadam
  8. Cantiknya View tu kak.. lama tak ke Penang..rindu plak...InsyaAllah sama2 kita mengejar syurga Idaman 'disana'.... seronok juga tu sambil menikmati indahnya pemandangan sambil membaca...:)

    BalasPadam
  9. CANTIK SGT view
    tu rumah org2 kaya tu.. kalo tepi pntai.. mesti harga mahal..huhu

    BalasPadam
  10. Moga kita semua mendapat mahligai lebih indah bila di syurga Anim..
    Tak apalah di dunia ni cukup dgn yg ada. Lebih bersyukur tak kena hujan/panas. Cukup makan-pakai.

    BalasPadam
  11. wah.. kalau ade rezeki bulan 11 ni kami akan ke sana.. tak sabarnye..

    kak same lah kite.. kg fifi dengan penang dalam sejam lebih je.. tapi tak penah nak dtg.. hihi..

    BalasPadam
  12. seronoknya pegi bercuti..cantik pemandangan kat situ..

    BalasPadam
  13. kak anim..lama tak singgah sini..!!

    hotel ni saya pernah menginap jgk..mmg ramai pak arab bwk family..

    BalasPadam
  14. Salam. Anim, akak doakan permintaan si abdul kecil jadi kenyataan. Cantik pemandangan & kalau ada rezeki Anim boleh akak singgah umah (muka tak malu)

    BalasPadam
  15. salam musim depa cuti hari national day dan dicantum cuti haji lebih kurang 2-3 minggu now.

    iyalah sesak dsbnya


    wasalam

    BalasPadam
  16. Bestnya Nim.....masa pergi Penang hari tu tak sampai pun ke Batu Frenghi...entah kenapa hari tu tak sampai sini....ingatnya tk de apa apa, dah balik baru tau kat area sinilah happening ...emmmm nampaknya kena pergi lagi ni hihi

    BalasPadam
  17. View memang cantik. Tenang je hati bila memandangnya. Yalah, kalau tak mahu hanyut dalam air, kenalah menghanyutkan diri dalam perkara yang kita suka ^__^

    Ingat nak ke Penang cuti sekolah lalu tapi terbatal rancangan. Entah bilalah dapat ke Penang lagi...

    BalasPadam
  18. Memang menjadi idaman kalau dapat buat rumah diatas bukit mengadap pantai di tepi laut... Hanya dalam angan2 jer la...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai