Assalamualaikum wbt...
Selepas Pulau Jerejak, inilah pengalaman kedua menginap di Penang. Seperti yang tertulis dalam entry terdahulu, 5 tahun menetap di SP, setiap kali Encik Suami ada urusan kerja di Penang, dia akan berulangalik saja SP-Penang. Kami pun tak ada keinginan nak bercuti di Penang. Memilih untuk p tempat yang jauh sikit, huhu.
Bila bertukar ke Ipoh, lain pula ceritanya. Setiap kali training atau urusan kerja, Utara jadi pilihan pulak. Mentang-mentanglah kami ada di SP.
Malam tadi tiba di sebuah resort di Batu Ferringhi atau Foreigner's Rock.
Hillview dan seaview....satu bonus!
Batu Ferringhi atau Foriegner's Rock?
Terpesona lihat view depan mata. Si Abdul kecil kata, "Abah belilah satu" . Mimpi sajalah beli rumah berviewkan laut. Juta-juta RM nak oiii.. bukan juta rupiah atau juta rupee,
Teringat tulisan Imam Muda Asyraf di dalam buku yang baru dibaca ;Tinta 2 Asyraf (bersama Hilal Asyraf). Berapa ramai yang berimaginasi rumah idaman , kereta impian, anak dan keturunan. Namun, jarang orang berfikir tentang istana syurga masa hadapan. Hmmmm...saya pun apa kurangnya.
Oklah...kena stop dulu. Hero-hero kalau duduk dalam bilik, mulalah gelisah macam ulat. Macam biasalah....berendam sajalah kerjanya..
Selesai satu...ada 3 lagi menanti..
P/S Penuh dengan pelancong Arab bersama anak-anak mereka. Musim haji, depa cuti sekolah gamaknya.
haa ada sahaja sis kita ini mahal ke untuk satu malam tu?
BalasPadamitu dia patutlah cepat jer menaip rupanya dia mau pi mandi sekaki eh..eh...
BalasPadambila pikir asal jem...patah hati nak ke Penang...kalau nak bercuti dekat2..saya pilih Perak...banyak tempat menarik...kalau pantai timur..Terenganu paling best...
BalasPadamwahh bestnya pergi mandi manda... cantik gambar2 tu
BalasPadamIM yang dah duduk Penang 30 tahun pun belum merasa menginap kat hotel di Bt Feringgi ni.
BalasPadamBukan semua tu Arab.
http://madey09.blogspot.com/ kenalkan bl;og Etuza. Sangat suka blog ni seolah nak datang selalu..datang tau ke laman Etuza
BalasPadamCantik view dia...lme xdtg sana
BalasPadammmg cantik viewnya . klu berhajat n nak jimat , beli jer dulu tanah menghadap laut pastu baru bina rumah bila rm nya 'lapang' anim ...
BalasPadamCantiknya View tu kak.. lama tak ke Penang..rindu plak...InsyaAllah sama2 kita mengejar syurga Idaman 'disana'.... seronok juga tu sambil menikmati indahnya pemandangan sambil membaca...:)
BalasPadamCANTIK SGT view
BalasPadamtu rumah org2 kaya tu.. kalo tepi pntai.. mesti harga mahal..huhu
Moga kita semua mendapat mahligai lebih indah bila di syurga Anim..
BalasPadamTak apalah di dunia ni cukup dgn yg ada. Lebih bersyukur tak kena hujan/panas. Cukup makan-pakai.
wah.. kalau ade rezeki bulan 11 ni kami akan ke sana.. tak sabarnye..
BalasPadamkak same lah kite.. kg fifi dengan penang dalam sejam lebih je.. tapi tak penah nak dtg.. hihi..
seronoknya pegi bercuti..cantik pemandangan kat situ..
BalasPadamkak anim..lama tak singgah sini..!!
BalasPadamhotel ni saya pernah menginap jgk..mmg ramai pak arab bwk family..
Salam. Anim, akak doakan permintaan si abdul kecil jadi kenyataan. Cantik pemandangan & kalau ada rezeki Anim boleh akak singgah umah (muka tak malu)
BalasPadamsalam musim depa cuti hari national day dan dicantum cuti haji lebih kurang 2-3 minggu now.
BalasPadamiyalah sesak dsbnya
wasalam
Bestnya Nim.....masa pergi Penang hari tu tak sampai pun ke Batu Frenghi...entah kenapa hari tu tak sampai sini....ingatnya tk de apa apa, dah balik baru tau kat area sinilah happening ...emmmm nampaknya kena pergi lagi ni hihi
BalasPadamView memang cantik. Tenang je hati bila memandangnya. Yalah, kalau tak mahu hanyut dalam air, kenalah menghanyutkan diri dalam perkara yang kita suka ^__^
BalasPadamIngat nak ke Penang cuti sekolah lalu tapi terbatal rancangan. Entah bilalah dapat ke Penang lagi...
Memang menjadi idaman kalau dapat buat rumah diatas bukit mengadap pantai di tepi laut... Hanya dalam angan2 jer la...
BalasPadam