Home · About Me · Sitemap ·

Ramadhan Pesta Makanan jom ubah ke Pesta Ibadah


Assalamualaikum wbt...

Perkongsian dari WA. Nak baca dari skrin hp, pinau biji mata. Anim prefer pindah ke blog. Tazkirah untuk diri sendiri dan untuk mereka yang belum berpeluang membacanya. 

@@@@@@@@@@@@@@@@

Di zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat.

Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan terkini ianya adalah pesta makanan.

Walhal Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki juga bulan membaiki institusi kekeluargaan.

Mengikut kajian, ada beberapa KESILAPAN BESAR dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa.
Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam berbuka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi potassium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamus (otak dalam otak).

Satu cara ialah elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamus yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke Bazar Ramadhan.
Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamus. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlukan.

3. Jangan lewatkan solat Maghrib.
Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kg berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar...... 

4. Selepas solat Maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan guna water heater. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

5. Selepas mandi, sebelum tunaikan solat Isyak, minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu solat terawih, solat dengan perlahan dan santai. Jangan gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan selepas jam 10.30 malam, adalah kemudaratan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum jam 12 mlm untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Selepas itu bangun pukul 3 untuk berqiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan renjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Takde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir, 

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro berwarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik-sebaik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, Jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam

11. Selepas sahur, terus solat Subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamus. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah (1 jam sebelum zuhor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa. 

*Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

*Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari  8 jam

*Sebelum sampai Ramadhan, berlatihlah untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan

~Kuliah puasa dari sudut kesihatan oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)~ Wallahua'alam.

P/S  Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

Artikel berkaitan:

14 Komen untuk "Ramadhan Pesta Makanan jom ubah ke Pesta Ibadah"

  1. itulah masalahnya..terima kasih peringatannya dan insha ALLAH untuk terus berusaha beribadah dan menjadi keutamaan kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya kita tahu tapi tak buat juga..kak le tu:-))

      Padam
  2. kena disiplinkan diri ... alhamdulilah , utk diri sendiri .

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah vee..nak istiqamah bukan senang

      Padam
  3. terima kasih utk peringatan ini kak anim..rata2 orang kita dah anggap bulan Ramadhan dah macam pesta makanan..kami jarang ke pasar ramadhan sebab tak tahu nak beli apa..last2 pusing shj..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita. bila banyak pilihan, mulalah pening:-))

      Padam
  4. Betullah...sampai sekarang ni pun masih ragu2 naki mandi malam. Tapi bila baca artikel ni, hilang rasa was-was. Sekarang ni pula siang mlam panas....nak mandi jer rasanya. Harap2 bulan Ramadan nanti dapatlah lebih amalan dan lebih baik dari Ramadan yg lepas.

    BalasPadam
  5. Tq for sharing kak..
    Mmg .. skarang bila msk bulan ramadhan kbyakan org lbh truja dgn juadah di bln ramadhan tu bbnding perisian lain

    BalasPadam
  6. Kak Anim..nk kongsi dan letak di blog saya boleh tak?

    BalasPadam
  7. Suka dengan peringatan terakhir tu, tak dapat buat semua, jangan pula kita tinggal semuanya ya.

    BalasPadam
  8. Suka saya dengar mandi malam takpa. Mandi lepas makan tak ke perut buncit? Tapi takpa dah katanya bagus :) Tahun ni memang nak melimitkan juadah berbuka puasa, nak elakkan pembaziran. Kalau boleh, malas nak pergi PARAM. Tengok ajelah harga berbuka puasa di hotel. Kalau nak pergi tiap minggu, memang semputlah poket :)

    BalasPadam
  9. Pengkongsian yang bagus...kerap kali kita qadho makan sampai tak ingat dunia..peringatan buat diri yang lupa..terima kasih cikgu.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai