Home · About Me · Sitemap ·

NISFU SYAABAN : Apa sebenarnya?


Assalamualaikum wbt...

Update entry kerana terlihat search keywords di blog Anim hari ini. Malam ni kan malam Nisfu Syaaban.

Ada baiknya share perkongsian WhatsApp yang diterima dari Ustaz Akmal ini...

CATATAN AMALAN

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Hadith-hadith yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (bukan Nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang Nisfu Syaaban-)

Hadith-hadith sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".

Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yang menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hambaNya :

'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hambaKu itu?'

Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-

Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُ
شْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .

Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan-amalan manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-

✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)

عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.

Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'

Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-

Oleh Dr Abu Anas Madani(Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman)

P/S  Hasil search mereka menemukan entry ini. Wallahua'alam

Artikel berkaitan:

18 Komen untuk "NISFU SYAABAN : Apa sebenarnya?"

  1. Assalamualaikum, Kak Anim. Perkongsian yang sangat bermanfaat.

    BalasPadam
  2. salam salam nisfu syaaban, terima kaih infonya

    BalasPadam
  3. Perkogsian yang berguna akak. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. salam jumaat. tak puasalah kak anem kita hr ni.. uzur lg, gnti pose pn x hbis lagi ni.. mencabar betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada hikmahnya tu, dapat sambut awal ramadan nnti:-))

      Padam
  5. IM bertanya pada sahabat baik IM - JH semalam tentang kenapa kita bersembahyang Tahajjud tetapi masih tidak mendapat ketenangan seperti yang diwar-warkan?

    Banyak yang perlu di periksa, kehidupan IM ini agaknya!

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum wbt...

    Betul kak anim...
    tima kasih sebab kongsi pengetahuan ne...

    p/s: dah habis cuti2 malaysia? kalau saya mesti nanges nak basuh baju yang banyak... berperang dengan cuaca lagi... hehehe...

    kak... jom beli photobook... ada offer... cekidout kat belog saya yer.. hehehe

    BalasPadam
  7. Walau apa pun bulan syaaban ini akan lebih mengingatkan kita yg ramadhan semakin hampir.
    Perbaiki mana yg lompong... banyak diperingatkan

    Perkongsian yg baik ni Anim.

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang sangat baik ni, Anim. Banyak kebaikan bila membacanya. Sekurang-kurangnya apa yang tak pasti, dapat dipastikan sekarang.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...perkongsian memberi byk maanfaat kepada org lain.

    BalasPadam
  10. Okje pun dapat jugak benda ni kat WA Nim....tulah mcm mcm versi...yg pasti ikutlah mana yg sahih mana sumberya...rebut pahala sebanyak mungkin sementara masih diberikan nafas olehNya...

    BalasPadam
  11. Perkongsian yang baik :-) Amalan puasa sunat ni, bagus juga di amalkan pada hari-hari lain yang dibolehkan.

    BalasPadam
  12. terima kasih berkongsi kak...semoga kita sama-sama dapat menyambut ramadhan thn ni..

    BalasPadam
  13. Hmm..banyak baca tapi saya masih kurang tindakan :'(

    BalasPadam
  14. Syaaban merupakan latihan diri untuk menghadapi Ramadhan yang bakal menjelang tiba...Buat yang disuruh tinggalkan yang di larang..insyaallah kita akan sntiasa dalam kebaikan..wallahualam

    BalasPadam
  15. yg ptg kita melakukan ibadah itu kerana Allah ...

    BalasPadam
  16. Kemeriahan Ramadhan semakin terasa di pertengahan bulan Syaaban ini...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai