Home · About Me · Sitemap ·

Mak dan anak sama, BUSY BODY!


Assalamualaikum wbt...

Selepas bertemu Kaimen Riders, bertolak balik ke Ipoh. Tekak terasa nak minum air panas. Singgah di Hentian Rehat Rawang.

Sebaik keluar kereta dan melangkah kaki menuju ke gerai makanan, terpandang seorang anak muda (awal 20an) sedang memegang seekor anak kucing berhampiran longkang besar. Nampak basah anak kucing yang dipegangnya.

Tergerak bertanya, "Jatuh longkang ke kucing ni?".

Anak muda itu tidak menjawab, hanya menggeleng-gelengkan kepala. Sorrylah nak, makcik ni memang busy body sikit.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lega rasanya bila dapat menghirup teh tarik dan menikmati sebiji pau ayam. Encik Suami kemudian mengajak 2 Abdul ke tandas .Waktu duduk menunggu mereka, terpandang seorang anak muda duduk disebelah. Ada kotak sederhana besar Oat 25 disisinya.

Kami berpandangan sesama sendiri dan barulah teringat, dialah anak muda yang Anim nampak memegang anak kucing tadi.

Ehh, dia ni meniaga biskut Oat ke? Besar kotaknya tu! Dia memandang wajah Anim bagai nak berkata sesuatu tetapi macam teragak-agak. Dek kerana teringat kejadian dia mendiamkan diri sewaktu ditanya awal pertemuan tadi, malas pula nak busy body lagi (walaupun dalam hati tetap nak bertanya, adik jual biskut Oat ke?)

2 Abdul keluar tandas dan menuju ke arah Anim. Terpandang anak muda yang duduk bersebelahan dengan kotak Oat besar disisinya membuatkan mereka tertanya-tanya. Apalagi...busy bodylah.

"Abang tu jual biskut Oat ke Ummi?" Amboii...bukan main kuat lagi dia bertanya. Macam tau-tau aja, itulah soalan yang Ummi juga teringin nak tanya.

Dengan tak semena-mena, anak muda tu menjawab, "Kucing!" sambil menunjukkan isi kotak kat kami ber3.

Dia beritahu, anak kucing yang dia jumpa tadi terlampau kurus. Tak sempat kami bertanya lebih, dia berlalu pergi dan meminta kami menunggu anak kucing itu sebentar. Eeeh...nak ke mana tu?

Dekat 5 minit jugalah menunggu. Agaknya kalau anak orang, macamana yaa? Bapak Abdul yang keluar tandas lebih lewat minta kami tinggalkan anak kucing itu di situ (tutup kotak bagi anak kucing itu tak panjat keluar) bila kami khabarkan kami pun NO IDEA mana anak muda itu pergi.

Encik Suami mengalah bila kami meminta kebenaran menunggu lagi 5 minit. Kami pun nak rushing balik Ipoh. Nak berkemas balik ke SP pulak. Ada dua kenduri menanti di SP keesokan hari.

Tak lama kemudian, anak muda itu muncul bersama sekotak air susu. Laa... cari susu rupanya dia ni. Disusukan anak kucing itu dengan straw. Barulah dia bercerita dia menunggu adik lelakinya yang sedang bersolat. Dari perbualan singkat itu, dapat disimpulkan anak muda ni spesis pendiam. Cakap pun perlahan. Namun, mulia sungguh hatinya. Tersentuh hatinya dek seekor anak kucing kurus!

Tingkahlaku kami ber4 menjadi perhatian orang lalu lalang. Ramai pula yang memanjangkan leher dan memerhatikan anak kucing itu disusukan. Kami pun minta diri untuk bergerak pulang. Sempat dia bertanya destinasi kami  dan mengucapkan "Selamat jalan, makcik".

P/S  Teladan untuk 2 Abdul. Contoh sudah ada di depan mata...

Artikel berkaitan:

17 Komen untuk "Mak dan anak sama, BUSY BODY!"

  1. Orang pendiam ni memang selalu disalahtafsirkan sebagai sombong. Mungkin dia mendengar dengan tidak je pertanyaan Anim kali pertama kerana dok sibuk dengan si anak kucing. Kalau saya pun nampak orang bawa kotak oat tu sekarang nak juga tanya - jual oat ke ni? Hihihi...samalah kebusybody-an kita nihkan :)

    BalasPadam
  2. mula2 rasa anak muda tu pelik.
    tp sungguh rasa mulia sgt perbuatan dia.
    alohai..

    BalasPadam
  3. Sangat terharu kakak dgn kisah seperti ini.
    Susah nak cari remaja seperti itu sekarang ni..

    BalasPadam
  4. bagus betul anak muda tu,..berhati mulia

    BalasPadam
  5. saya ni sensitif dgn kucing . mudah2an anak kucing itu dibawa pulang .

    BalasPadam
  6. Kadang-kala kita terlalu cepat menilai seseorang itu hanya dari pandangan dan reaksi awalnya. Saya pun selalu juga macam tu...kena muhasabah selalu nih!
    Jarang anak remaja sekarang yg berhati mulia tambahan ianya berlaku ditempat awam...Bukan si Abdul jer, saya pun dapat pengajarannya...terima kasih kak anim.

    BalasPadam
  7. Bagus pakwe tu..mesti penyayang orangnya..sebab tu diia sangat sayang dan perihatin pada anak kucing tu..
    kalu dekat boleh nekcik mintak tolong layankan budak budak bulus ni...

    BalasPadam
  8. alhamdulillah...harap masih ramai yang berhati mulia macam anak muda tu...

    BalasPadam
  9. org muka pelik selalunya peragai baik..first impressions memang la..

    BalasPadam
  10. susah nak jumpa orang macam tu .. orang sekarang lebih suka selfie.. selfish..

    BalasPadam
  11. alhamdulillah..sifat terpuji..
    moga 2 abdul akak tu akan mencontohi pemuda tu..

    BalasPadam
  12. cahayacinta..
    sekarang susah nak jumpa orang begitu.dapat pahal ini satu cara mudahkan.

    sabar dan rezeki membela binatang tu akan datang bergolek juga

    BalasPadam
  13. baiknya budak tu..siap susukan kucing tu lg..

    BalasPadam
  14. ya Allah...baiknya hati budak tu..moga Allah bagi ganjaran pahala yang besar untuk dia..

    BalasPadam
  15. Busy Body bertempat... nak harap orang lain keliling tu ntah dengan siapalah 'Budak Baik' tu nak tinggalkan kucing tu sekejap nak cari susu...

    Pendiam... tak semestinya sombong.. tapi baik hati... Peringatan dan contoh untuk semua...

    BalasPadam
  16. Mmg mulia sungguh budak tu yer Nim....kalau okje tu tak tentu lagi nak menyusukan si kucing kurus tu.....
    Tu bukan anak ngan mak jer yg bizi body tu kalaulah okje ada.......harusokje pun bizi body jugak hehe

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai