Assalamualaikum wbt...
Membayar RM 172 (4 dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk river cruise + Taman Monumen TTI di Jeti To'Ku Paloh . Boleh tahan mahal kos cuti-cuti Malaysia ni kan. Itu belum kos penginapan, kos makan, kos minyak dan ole-ole. Kami kemudian diberi voucher diskaun RM 2 seorang untuk ke kedai cenderamata dan cafe yang ada.
Terfikir kenapa ada sut angkasawan di pintu masuk Taman Monumen TTI ini. Bila baca info yang diberikan, barulah faham ia ada kaitan dengan pengembaraan menjejak monumen di seluruh dunia yang bakal dilawati.
Nak sewa buggy (RM 45 muat 6 orang). Mahal tu. Sewa basikal? Panas oo tengahari. Jomlah naik tram RM 5 seorang. RM 30 + RM 172 = RM 202 untuk kos masuk TTI saja.
23 monumen yang dibina adalah mengikut skala 1:8 daripada saiz asal. Hanya 8 monumen saja yang diupload dari lensa Canon PowerShot oleh jurugambar tak pro ini, heee. Ambil gambar dari tram yang bergerak. Kami hanya turun di satu stop saja.
Sila layan ya. Kalau rajin baca info diberi, bacalah. Tuan blog yang minat subjek sejarah ni kena taip gak sebab blog ni dah macam dairi dan rujukan untuk diri sendiri.
Great Mosque of Samarra, Iraq
~Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke 9. Ada menara berpusing di bahagian utara masjid ini~
Abu Nasr Parsa, Afghanistan
~ Ni bukan masjid tapi makam ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa. Berbentuk oktagon dengan dua tiang berpusing dihadapannya~
Aleppo Citadel, Syria
~ Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, bukti kecanggihan teknologi umat Islam pada zaman tersebut~
Suleyman Mosque, Turkey
~ Dibina di zaman Empayar Ottoman (1557M) pada tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Menariknya ia menempatkan infirmari, sekoah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata~
Kalyan Minaret, Uzbekistan
~ Menara yang diperbuat dari bata yang dibakar ini dibina pada 1127M oleh Arslan-Khan. Ada tulisan kat dinding bangunan itu~
Great Mosque of Agadez, Niger
~ Masjid dari tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Menara ni bentuk piramid kan? Ada 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya. Dok bayang camna depa solat dalam tu~
Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
~Dibina pada 692M dibawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam untuk bertemu Allah~
Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia
~Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1 000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah zaman Kremlin~
Xian Mosque, China
~Masjid ini didirikan pada 1392M oleh Laksmana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rupabentuknya kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah menghadap kiblat ~
Selain dari monumen di atas ialah Masjid Negara (Malaysia), Masjid Nabawi, Masjidil Haram , Kudus Minar (Indonesia), Pattani Central Mosque (Thailand), Sultan Omar Ali Saifuddin (Brunei), Taj Mahal (India), Badshahi Mosque (Pakistan), Sheikh Lutfallah Mosque (Iran), Mosque of Mohamed Ali (Mesir), Great Mosque of Qairawan (Tunisia), The Palace of Al-Hambra (Sepanyol) dan Sultan Mosque (Singapura).
Passport Taman Monumen, TTI, Pulau Wan Man, Terengganu
~ Second visit nanti, dapatlah free tram ride@bicycle ride. Third visit pulak dapat 30% diskaun sewa Buggy dan free tram ride@bicyle ride. Tapi baru sedar, passport untuk 2 Abdul tertera 2013. Agaknya berbaki banyak dari last year, boleh guna lagi tahun sebelum cam kupon parking kereta Sg.Petani kot:~
P/S Tunggulah kalau ada monumen baru dibina baru kita p TTI lagi yaa...
mahal sungguh kos nak masuk tu ...
BalasPadamRM 20 dewasa dan RM15 kanak-kanak 7-12 tahun, vee.
PadamSaya lom pernah sampai sini lagik... bleh la plan next time ke sini..
BalasPadamp/s - pssst.. nak resepi.. hehehee
errkk.. nak panggil apa ek.. Anim je ekk.. umur lebih kurang je kot... hihi
wahh bestnya jalan-jalan ^_^ terasa nak kesana pula
BalasPadamAlhamdulillah , kami pegi masa baru bukak dulu, so belum kena tiket masa tu, sempatlah tengok semua monumen tu.
BalasPadamDah jarang balik Tganu, mak dah takde tak seronok nak balik..:(
da lama tingin nk ke sini tp hajat tu belum kesampaian lg
BalasPadamakak...cute sangat model angkasawan 2 orang tu.. hehehe...
BalasPadambtw, betul ke kak gambar last tu? Xian Mosque, China.. Bukan RUSIA ke kak? tak ingat nama nya apa... tapi if tak silap Kul Shariff Mosque...
Thanks a lot huda. Silap upload gambarlah. Walhal dah double check, huhu...
PadamP/s tu tandanya huda baca sampai habis:-))
Betul tu Nim...bercuti cutian ni mmg banyak keluar duit....sama deras mcm air....Tapi takkan tak mo masuk pulakkan bila dah sampai .....dtg bukan selalu!
BalasPadamBoleh tahan harga masuk TTI tu…
BalasPadamkami pun belum sempat jengah lagi ke TTI sebelum fly hari tu…
Balik M'sia nanti, kena terjah juga ni… mcm menarik jer...
menarik..replika y detail. Saya baru tahu la pulak..
BalasPadamBestnya membaca info yang Anim share di sini. Eh, ada Uzbekistan juga? Saya dah jumpa ke belum masa ke sana dulu... Kalau beritahu HD ni, memang berkobar-kobar semangatnya nak pergi. Mahu malam ni dia nak gerak ke Terengganu. Bestlah macam ni. Teruja sangat-sangat!
BalasPadam