Home · About Me · Sitemap ·

Dari Besut ke Kuala Terengganu


Assalamualaikum wbt...

Kali terakhir jejak Kuala Besut, 6 tahun lalu. Rumah Kak Long ni dekat dengan jeti ke Pulau Perhentian. Kami dok ronda-ronda kawasan yang sudah jauh berubah berbanding 6 tahun dulu. Cuti sekolah ni ramai pelancong tempatan dan luar negara nak ke Pulau Perhentian. Kami je yang tak pernah jejak sana. Ala, apa nak heran. Kak Long yang bersuamikan orang Kuala Besut hampir 24 tahun sendiri tak pernah tau apa ada di Pulau Perhentian tu, huhu.

3 hari di Kuala Besut, berhajat nak ke Kuala Terengganu pula. Cukuplah 3 hari jadi tetamu kakak. Dia pun nak bercuti dengan anak-anak, nak rehat cuti sekolah ni jugak.

Pemergian ke Kuala Terengganu disertai Bonda dan my 7-year-old niece yang tinggal di Kluang.

Kuda merayap dah macam kambing kat Kuala Besut ni..heee

Lewat booking, hotel atau resort tepi laut di Kuala Terengganu yang dihubungi semua fully booked. Akhirnya, dengan bantuan Teacher Fauziah (geng bas sekolah di SP yang balik bercuti di kampungnya), kami menginap di sebuah homestay 4 bilik dengan kadar RM 250 semalam.

Ada hikmahnya tak dapat hotel atau resort tepi laut. Malam itu bukan hanya Anim 4 beranak, Bonda dan my niece dari Kluang saja malah my niece yang baru tamat pengajian di UniSZA serta my sister & her son di Dungun juga turut menyertai kami. Riuh rendah kami berkumpul malam itu.

Kunjungan ke Kuala Terengganu kali ini menemukan kami dengan keluarga Teacher Fauziah.  My Bonda tak kekok bersembang dengan orang Terengganu sebab dua besannya pun orang Terengganu, huhu.

 Breakfast dengan Nasi Dagang Terengganu. Walaaa...beza benar dengan Nasi Dagang Kelantan yang biasanya kuah kuning. Gulai ikan aya (tongkol) yang marvellous..aduhh, teringat-ingat sampai la.

See...my two nieces pun join sekali. Rezeki jangan ditolak..

Pulut nyiur yang tersangatlah sedapnya. Dimakan bersama ikan aya (tongkol) yang dikukus/rebus dan kemudiannya digoreng. Kalau ke Terengganu, kena cuba tau!


P/S  Suka sangat mai Terengganu. Selain keindahan alam dan suasana persekitaran, MAKANANnya buat kita sering teringat-ingat..

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Dari Besut ke Kuala Terengganu"

  1. Seronoknya anim gi trengganu, saya belum pernah lagi jejak kaki kesana. Kesihankannn...
    In shaa Allah satu hari nnt pasti akan sampai jugakkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu hari nanti boleh p. jangan lupa nasi dagangnya...hee

      Padam
  2. Baru semalam bunda makan nasi dagang, beli kat gerai jual berbagai makanan berhampiran tempat bunda....
    Tapi tak sedap, berasnya sedikit mentah dan gulai tongkolnya ntah apa2, cair ...

    Berbeza ngn gerai tepi jalan area situ jugak..tapi cepat pulak abisnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakak saya walaupun dok besut, nasi dagangnya ala kelantan. saya lebih suka hak terengganu punya ni. ada rasa masak kerutub lak

      Padam
  3. Seronoknya akak dpt jln jln terengganu

    BalasPadam
  4. Disinilah kampong halaman saya. Sekali imbas semuanya indah. Tetapi pandanglah dengan mata hati - munkin kekecewaan belaka. Should have told Palcik Almanar about this visit. and call on us, just 4 km from Kusza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..saya sendiri terkesan dengan perubahan yang ada di besut. saya dah masukkan blog pakcik dalam bloglist saya:-))

      Padam
  5. pulut kelapa tu ... teringin lah pulak .

    BalasPadam
  6. Biar betik kuda tu Nim....salah track tu hehe...
    Walaweh Nim.....tengok gambo pun dah sedap bedo'oh tu....

    BalasPadam
  7. Eh, ada kuda? Tak pernah lagi nampak kat jalan-jalan sekitar KL ni. Saya lagilah Anim. Rasanya the last time I went there masa umur awal 20-an gitu. Dah bertahun rasanya...Anak-anak belum berpeluang lagi melihat keindahan Terengganu ni. Ada juga saya baca bloggers yang tetiap tahun pun mesti nak gi Terengganu melihat keindahan alamnya.

    BalasPadam
  8. Kalau sudah masuk dalam blog ANIM selalulah datang dan tinggal catatan. Nanti Pakcik tahu ANIM datang Pakcik akan lawat kembali. Terima kasih masuk dalam blog itu

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..maaf nak tanya apa nama homestay tu dan boleh saya dapatkan contact number?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 019 9041886-rusnah
      019 9697350-lukman

      Padam
    2. Kalau tak silap, Homestay Anjung Rahmah

      Padam

Komen anda amat dihargai