Home · About Me · Sitemap ·

Ole-ole dan Vanilla Cupcakes penuh makna


Assalamualaikum wbt...

Berpagi-pagi membawa berkat.Sesungguhnya..pada waktu pagilah terdapat barakah dan keberuntungan:-))

Hujan lebat petang semalam di Ipoh. Kensel hajat nak balik SP. Jam 5 pagi bertolak dari Ipoh dengan si Abdul kecil.. Si Abdul tidur sepanjang perjalanan dan hanya Anim kejut untuk solat Subuh di Hentian Sebelah Taiping. Tak ada sesiapa baik di surau lelaki mahupun perempuan. Selesai solat, cepat-cepat laung nama dia. Lega bila dengar dia menyahut dari dinding sebelah (len kali kalau tak ada orang, nak ajak dia solat sama di surau perempuan!)

Tiba sekolah, perhimpunan rasmi baru bermula. Sewaktu meletakkan beg di bilik guru, ternampak 2 batang pen dan furry pouch di atas meja.

Kak Wan bisik, pouch berbulu tu dibelinya di Hadyai. 2 batang pen pulak, diberi Cikgu Faizah. Camtulah geng bas sekolah Anim. Semua tangan pemurah. Kalau bukan ole-ole bercuti, ole-ole saja-saja pun ada!

Tapi tambah terkejut bila dihulurkan sesuatu semasa masuk ke kelas tahun 2....

Riuh rendah kelas bila Anim tunjuk isi bekas yang dihulurkan Balqis. Vanilla Cupcakes!!!

Mungkin bagi sesetengah orang, pemberian cupcakes ni biasa-biasa saja. Namun buat Anim, Vanilla Cupcakes ni begitu bermakna..

Alkisah minggu sebelum cuti, Anim baru habis topic "Delicious Food" bersama anak-anak ini. Anim dok ajar steps buat Vanilla Cupcakes. Lastly, Anim kata...depa bolehlah try resepi Vanilla Cupcakes yang tertera. Lepas tu, bolehlah bagi Anim rasa sikit (main-main saja). Haha...mana tak terkejut bila dia kata dia cuba resepi itu bersama ibunya.

P/S Bila mengajar anak kampung, seronok sangat bila anak murid kita faham apa yang kita ajar. Sungguh, perasaannya tak sama seperti mengajar murid bandar kerana anak murid di kampung hanya berpeluang bertutur bahasa Inggeris di sekolah saja. Persekitaran di rumah tidak membantu mereka.

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Ole-ole dan Vanilla Cupcakes penuh makna"

  1. Balasan
    1. boleh2..nanti kak e-mel resepi tu no..hee

      Padam
  2. Balasan
    1. touching kan...
      dia ikut apa yang cikgu dia ajar..
      tu dia, hasilnya sebagai bukti!

      Padam
  3. akak, angah nak pinjam kata-kata di perengggan pertama tu, nak up kt fb...tq

    BalasPadam
  4. Kalau saya pun terharu...manakan tidaknya, dibuatnya betul2! Itulah nikmat seorang guru...bila yg diajar difahami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya...resepi bahasa inggeris. kak memang touching..

      Padam
  5. Ah, kalau saya yang dapat cupcakes ni sure rasa terharu sungguh-sungguh. Rasa macam dihargai sangat sebagai seorang teacher. Ajar budak-budak kampung ni rasanya lebih mendatangkan satisfaction kot berbanding budak-budak bandar yang clever-clever semuanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa seronok belajar "bahasa asing" yang tak pernah diperolehi dari persekitaran..
      mostly, ASTRO dan internet /laptop pun takde di rumah

      Padam
  6. mmg terharu sangatlah anim kalau KA pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan senang nak jumpa..
      lebih 2 abad saya mengajar, KA

      Padam
  7. terharu baca pasal cupcakes tu kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal..kak cepat2 jadikan entri sebagai kenangan

      Padam
  8. Rasa terharu pulak bila baca entri yg anak murid bagi cup cake kat Anim...
    Anim tak rasa terharu ke?huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. of course, okjer..
      susah nak cari parents begini tau..

      Padam
  9. tuler dia seronoknyer hidup muafakat... orang memberi kita merasakan..
    SPtu bandar gak rasanya.. ramai gak mak pak yang educated... kalau betoi3 kampung lagilerkan...
    tapi baguihler ada kesungguhan nak buatkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. SP memang bandar. ramai mak pak educated. saya ni mengajar sekolah kampung area tikam batu, zila. keliling sawah padi.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Komen anda amat dihargai