Home · About Me · Sitemap ·

Al Mafqud ( Orang Yang Hilang)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI (Rabu, 24 Jdl. Awal 1435H)
Al Mafqud / Orang Yang Hilang

Dalam Kitab al-Haawi al-Kabir ( الحاوى الكبير ) dalam fiqh Mazhab Imam Asy-Syafi’e diterangkan bahawa orang yang hilang dalam waktu yang lama dan tidak diketahui apakah masih hidup atau sudah mati maka orang itu harus dihukumi hidup sehingga diketahui dengan pasti apakah mafqud tersebut sudah mati atau masih hidup, maka tidak boleh menghukumi kecuali dengan yakin. Dan sekiranya belum diketahui dengan yakin tentang kematiannya, maka wajib menunda dulu kepemilikan hartanya sampai batas waktu yang telah ditentukan.

PENCERAHAN :
Secara mudah, yang dimaksudkan dengan al-Mafqud ialah orang yang hilang, tanpa diketahui sama ada masih hidup atau mati. Hukum status perkahwinan al-Mafqud di dalam Mazhab Shafie, terdapat dua pendapat dalam isu ini:

1. Tidak diputuskan hubungan suami isteri bagi kes orang hilang, sehinggalah dibuktikan secara sah akan status hidup atau mati orang yang hilang tersebut. Diriwayatkan yang Imam Al-Shafie berkata, sesungguhnya sesiapa yang hilang pasangannya, atau tidak hilang tetapi tidak pulang pada satu hari satu malam, atau pecah bahteranya di lautan, dalam keadaan tiada berita dan bukti mengenai status hidup atau matinya, maka si isteri tidak boleh berkahwin lain, sehinggalah diyakini akan kematiannya.

Ini berdasarkan hadith yang diriwatkan oleh Saidina Ali, Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda (امرأة المفقود ابتليت فلتصبر ولا تنكح حتى يأتيها موته ) bermaksud "Perempuan yang kehilangan suami, diuji, maka hendaklah dia bersabar dan janganlah bernikah lain sehinggalah nyata berita kematiannya" (HR: Al-Mahalli). Pendapat ini turut dikongsi oleh Mazhab Hanafi.

2. Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bagi wanita yang kehilangan suami, hendaklah dia menahan dirinya daripada bernikah selama 4 tahun daripada tarikh kehilangan suaminya. Selepas 4 tahun, barulah dia mengambil iddah kematian suami, dan selepas itu baru boleh bernikah lain. Ini ialah pendapat lama Imam al-Shafie (Qaul qadim). 

Ini berasaskan kepada hadith yang diriwayatkan mengenai Umar bin Al-Khattab r.a, di mana beliau membenarkan seorang isteri di zamannya untuk mengambil tempoh 4 tahun sebelum berkahwin lain. Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas juga dilaporkan mengambil sikap yang sama. (Raudah al-Talibin).

Berkaitan pewarisan harta al-Mafqud pula, dalam kitab Mughni Muhtaj disebutkan: Orang yang hilang atau orang yang tiada khabar beritanya dan meninggalkan harta maka hartanya ditunda (tidak dibahagi) sehingga sahih tentang kematiannya atau dalam waktu yang lama sehingga disahkankan kematiannya oleh hakim (pemerintah) kemudian barulah hartanya boleh diberikan kepada ahli warisnya

Muhammad Ali Ash-Shabuni pula menerangkan dalam kitab Al-Mawarits bahawa pendapat ulama Syafi’iyah: “Seseorang yang hilang dianggap sudah meninggal dunia apabila teman-teman sebayanya sudah meninggal dunia. Diukur dengan jangka waktu harus mengambil masa kira-kira 90 tahun. Menurut qaul sahih bahawa waktu itu tidak boleh dibahagi-bahagikan dulu akan hartanya kecuali telah diputuskan akan kematiannya oleh hakim.

Pendapat ini dikongsi oleh Imam Syafie dalam kitabnya al-Umm. Beliau menerangkan bahawa tidak ada warisan oleh pewaris (orang yang mewarisi) sebelum orang yang empunya harta telah jelas meninggal dunia.

KESIMPULAN :
Ingin ditegaskan di sini bahawa mengambil tempoh yang lama untuk menentukan status hidup atau mati seseorang adalah mengikut pendapat ulamah fiqh dan qaedah Islam. Maka pihak berwajib janganlah bersifat terburu-buru untuk mengisytiharkan kematian penumpang pesawat MH370 tersebut dalam keadaan jenazahnya pun belum dijumpai lagi atau sekurang-kurangnya tunggu sehingga 4 tahun.

Wallahu a'lam - Doakan istiqamah Ust Samsol

P/S Perkongsian dari Ustaz Akmal

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Al Mafqud ( Orang Yang Hilang)"

  1. Penghuraian yg baik Anim.
    Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan kehilangan yg tidak pasti.
    Sama hal dalam solat jenazah qhaib. Betul atau tidak org itu mati tidak pasti so solat jenazah qhaib tak sepatutnya dibuat. Tapi kita tunggulah apa kata para ijmak ulama' negara dlm kes MH370 ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengar berita radio ikim pagi tadi. solat ghaib tidak perlu dilakukan buat masa ini oleh majlis fatwa

      Padam
  2. Memang besar implikasinya dalam hukum syariat dari pengumuman kematian penumpang MH370 ini... Tapi ianya telah diumumkan, adakah kerana mereka dah tau perkara sebenarnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika pihak kerajaan telah mengumumkan kematian dan kita pula sedekahkan al fatihah utk roh simati...bagaimana pula hukumnya?

      Padam
    2. mungkin BM boleh rujuk http://mycuteshoppe.blogspot.com/2014/03/jangan-ucap-takziah-pada-keluarga-mh370.html
      mudah2an dapat sedikit pencerahan

      Padam
    3. Oleh kerana kematian belum di buktikan, al fatihah yg disedekahkan boleh tapi dgn niat untuk memohon keselamatan, petunjuk dan hidayah krn al fatihah bukan sahaja disedekahkan kpd orang mati tetapi kepada orang yg masih hidup. Lebih afdal adalah dengan berdoa (dalam berdoa pun kita biasanya membaca al-fatihah)...
      Cuma pengucapan takziah tidak sewajarnya diucapkan.
      Keputusan mengesahkan kematian yg terburu2 ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dan kemushkilan namun ianya juga telah membawa hikmah dan ilmu kepada kita.
      Terima kasih kak Anim.

      Padam
    4. betul BM, kalau tak, kak tau pun tempoh iddah orang perempuan yang kehilangan suami

      Padam
  3. Jika mengikut hukum syariat, selagi belum ditemui sebarang bukti sahih dan nyata, perlu tunggu sehingga empat tahun barulah pengesahan kematian boleh diumumkan dan disahkan. Wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kamsiah, saya pun ada baca kenyataan hadi awang di sinarharian online

      Padam
  4. Satu perkongsian dan pencerahan yang sangat baik Anim...
    Rasanya ramai diantara kita yang tidak tahu hal2 macam ni...
    Itulah kan...setiap kejadian itu ada hikmahnya...

    Kita dapat bersatu berdoa dan sembahyang hajat beramai2...
    Dapat menambah banyak ilmu seperti info ini..info tentang alat2 dan kelengkapan pesawat...
    Tentang laut..radar, satelit dan sebagainya...

    Semoga kita tidak putus mendoakan agar dipermudahkan Nya untuk misi pencarian seterusnya...
    Subhanallah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik buruk sesuatu perkara..pasti ada hikmah sebaliknya kan bunda:-))

      Padam
  5. kena follow apa yang majlis fatwa dah umumkan ... al fatihah blh dihadiahkan bukan saja kepada si mati , malah kepada yg masih hidup juga pada diri sendiri ... wallahua'lam .

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..dalam al fatihah pun nyata dan jelas..kita mohon petunjuk Allah..
      mudah2an segalanya dapat dirungkai..

      Padam
  6. terima kasih di atas perkongsian ini kak anim.. persoalan begini sering bermain di fikiran aiza sejak kehilangan MH370..

    BalasPadam
  7. Terima kasih perkongsian ilmu ini. Status mereka belum pasti lagi. Semuanya masih berharap dapat di jumpai dengan segera bukti yang sebenarnya.

    BalasPadam
  8. tq berkongsi sama yer anim!

    BalasPadam
  9. Pelbagai spekulasi pula tercetus apabila PM umumkan berita ini. Mudah-mudahan masih ada ruang dan peluang untuk "MH370" ditemui.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai