Home · About Me · Sitemap ·

Salam Maulidur Rasul 1435H


Assalamualaikum wbt...

Betapa bernilainya seorang manusia agung yang Allah kurniakan kepada kita iaitu Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.

Memang diakui menyambut kelahiran Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam tidak ada dalam syariat Allah dan tidak disyariatkan untuk kita menyambutnya. Namun jarak masa kita dengan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalaman semakin jauh dan semakin jauh, kira-kira-kira 1500 tahun maka alim ulamak menjadikan tarikh-tarikh sebegini, masuknya Rabiul Awal diingatkan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam; bulan Muharram (peristiwa hijrah Nabi), Rejab (peristiwa Israk Mikraj) ; Syaaban (pertukaran kiblat) dan berbagai peristiwa lagi diingat dan diingatkan supaya kita tak lupa.

Tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk mengembalikan kekuatan ingatan pada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam , pada masa yang sama menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dan mengetahui halatuju dalam hidup kita,  ke mana sudahnya kita dalam perjalanan yang Allah jadikan ini sendiri.

Hari ini kalau orang tanya tentang nama kita, kita boleh jawab.Kalau orang tanya tentang nama ayah dan datuk kita, kita masih boleh jawab. Tapi kalau ditanya banyak lagi, siapa nama datuk kepada datuk, datuk, datuk kita, kita dah tak boleh jawab. Tapi ada satu nama yang kita kena jawab (nak ke tak nak) iaitu Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam. 

Bila masuk ke alam barzakh, kita tidak ditanya tentang Nabi-Nabi lain, tentang nenek moyang kita tapi "Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?", "Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?". Cuba bayangkan dalam hidup kita, kita tak kenal, tak cinta dan tak hidup bersama dengan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam? 

Bagaimana nanti selepas alam barzakh, kita berada pula di Padang Mahsyar? Bagaimana kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memanggil-manggil nama kita. Kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memberi air dari Telaga Kautsar .Kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memberi syafaat buat kita ketika mana kita berdiri sorang-sorang di hadapan Allah dan kita nak sangat Nabi Muhammad menunggu kita ketika kita meniti Titian Sirat.

Selawat jangan tertinggal. Perbanyakkan dan perbanyakkan setiap hari. Bila alim ulamak ditanya berapa kali kita kena ingat pada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dalam hidup kita, alim ulamak menjawab perbanyakkan lebih dari 70 kali sehari.

Satu-satu amalan yang Allah SWT turut serta ialah selawat.  Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

Mudah-mudahan cinta kita kepada Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam semakin menebal. Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda, “Beruntunglah barangsiapa yang melihat wajahku dan kemudian beriman dan lebih beruntung, lebih beruntung,lebih beruntung, barangsiapa beriman denganku walaupun tidak pernah melihatku. 3 kali Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam sebut "wa tubaa"(beruntung).

Wallahua'alam.

P/S Sumber : Ceramah Maulidur Rasul Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Masjid Sg Nibong, P.Pinang (YouTube)

Artikel berkaitan:

17 Komen untuk "Salam Maulidur Rasul 1435H"

  1. Alhamdulillah, entri yang membuka rohani Kak Anim. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1435H. Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...semoga basah lidah kita menyebut nama kekasih Allah ini...

    BalasPadam
  3. Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W :]

    BalasPadam
  4. Salam Maulidur RAsul kak...
    selawat & salam pd baginda...

    BalasPadam
  5. sangat bermanfaat artikel ini kak.. salam maulidur rasul.. bersama kita berselawat ke atas baginda rasullullah saw.. :D

    BalasPadam
  6. muga-muga IM dipanjang umur dalam rahmat Tuhan untuk terus memperelokkan langkah perjalanan.

    BalasPadam
  7. Salam Maulidur Rasul 1435H...
    Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita tergolong dalam insan yg beruntung itu...

    BalasPadam
  8. Salam Maulidur Rasul kak Anim. Terima kasih atas nasihat akak. Semoga apa yg kita niatkan utk kebaikan, akan dipermudahkan Allah.

    BalasPadam
  9. Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad
    Sesungguhnya syafaat baginda amat kita semua dambakan di akhirat kelak Anim
    Moga kita tergolong umat baginda yg mendapat syafaat tersebut..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, entri untuk santapan rohani. Terima kasih kerana berkongsi.

    BalasPadam
  11. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W..semoga kita semua tidak lupa dan sentiasa hidupkan sunnah nabi muhammad saw..

    BalasPadam
  12. Marilah kita perbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai