Home · About Me · Sitemap ·

Kejadian pagi Jumaat@ Ipoh


Assalamualaikum wbt...

Petang semalam tiba di Ipoh. Encik Suami jemput kami dengan kereta baru Anim. (Bukan nak tayang kereta tapi memenuhi hajat Okjer, heee). Rabu lepas baru ambil katanya. Puas hati dapat salesgirl Perodua bernama Farizan. Tip top. Tak tahulah pembeli lain, tapi selain dipasang cermin tinted, diisi minyak penuh dan diberi payung, dia juga belikan perfume car. Tambah Encik Suami, dia juga explain semua function yang ada dalam kereta. 

Pagi tadi , Encik Suami suruh test bawa Myvi tu. Ahad nantikan nak bawa drive balik SP dengan si Abdul kecil. Kekok juga pada awalnya. Lama tak bawa kereta kecil. Last pandu my Kelisa pada tahun 2008. Kelisa tu pun dah lego.

Kami ke Tesco. Nak cari barang dapur sikit. Ada tetamu nak singgah rumah lepas solat Jumaat ni. Cadang nak cari makaroni. Nak jamu dengan makaroni sup. Nanti tambahlah dengan makanan bergoreng. Rumah orang "bujang" ni bukan boleh beli bahan mentah dan kering banyak-banyak untuk disimpan sebab kalau Mem Besar tak balik, tak berasap dapur tu, huhu.

Seperti ibu Suri (meminjam dari Insan Marhaen) yang lain, awal bulan, biasalah, dapat duit dapur dan kocek dari Sang Suami. So, nak bank in dalam mesin RHB (pink coour) yang ada dalam Tesco Station 18 tu. La ni semua orang guna online bankiing tapi kami ber2 ni tak. Tak taulah.."kolot" sikit kot. Tak yakin lah nak guna online, sabar ajalah.

Elok saja masukkan sebahagian duit dan ruang masuk duit tertutup, tiba-tiba, tappppp...........keluar paparan di skrin pink tersebut. Waaaa...belum confirm jumlah, belum keluar resit apa pun..

Cepat-cepat call no bantuan tertera. Dipendekkan cerita, report sudah dibuat. Olehkerana CNY katanya, wang RM 800 Anim tadi tu akan dimasukkan dalam acc Anim dalam tempoh 5-7 hari. Selepas 7 hari, kalau tak ada juga, kenalah call depa balik dengan inform no.rujukan report. 

Ish..1st time hadapi masalah begini. Sapa yang pernah alami, bolehlah share cerita. RM800 tu mungkin kecil bagi oranglain tapi bagi saya cikgu kecik ni, besar tau, huhu. 

P/S. Seperti biasa, bila di Ipoh..dapat buat entry tapi tak dapat BW. Balik Sp nanti baru boleh qadha. Sabar ya..

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Kejadian pagi Jumaat@ Ipoh"

  1. iyaa. 800 hengget tu bukannya sikit. banyaakkkk tuuuuu... adei! leceh kan. kena ambik masa lama pulak nk tunggu duit tu masuk balik. Atm ni memang suka wat masalah. tkt ni nina xd lagi terkena mcm ni. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah nina, kak anim tak masukkan semua sekaligua. Kalau tak macam cicak brrak kapurle cuti ni kat Ipoh, heee

      Padam
  2. ehem ... dlm situasi sara hidup yg tinggi , beso 800 tu anim . Mudah2an Allah permudahkan urusan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq vee. Tunggu hari bekerja.

      Padam
    2. kasih telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Kejadian pagi Jumaat@ Ipoh " anda:

      Saya cukup takut guna CDM ni klu nak simpan or transfer duit. Hehe.. Sy lagi prefer guna online. Takut jadi mcm ni la. Mggu lps ckgu kat sklh saya guna CDM ni la nak simpan duit rm 2000. X smpt nak siap transaksi, mesin tergendala ke, blackout ntah. Duit dah msk tp resit keluar jmlh rm 0 je. X tau la apa crita lps tu, x sempat nak tnya dah cuti pnjg ni kan.

      -Ina-

      Padam
    3. Ina, saya terdelete komen ina.,saya copy paste, haha. Nasib baiklah saya tak masukkan duit tu sekaligus cam kawan ina tu. Kalau dak, boleh menung gigit jari..hihi

      Padam
  3. salam, akak ni silent reader.. akak pernah jadi macam ni masa CNY juga tapi 6 tahun dulu. Akak kena kat Mbb syeksyen 20 Shah Alam. Akak call no bantuan dia bagi tau macam tu juga. Tapi akak pegi report kat bank semula pada hari bekerja, Duit tu masuk dalam hari tu juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tqvm kak azah krn sudi bc entry saya. Harap2 mjelang saya balik sp, masuklah duit tu. lambat takpe, janji ada. Payah juga saya nanti sebab duit " ditelan" di ipoh, saya lak ada di sp. lega saya bila ada org pernah alami hal sama. Takle keseorangan

      Padam
  4. Salam, bukan sedikit RM800 tu Kak...semoga ianya tidak membawa kepada masalah lain pula. (terlupa bismilllah tu...:)) Myvi juga jadi pilihan...sangat sesuai dgn akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknyalah BM..suka sangat pandu kereta baru sampai lupa...huhu

      Padam
  5. myvi ??? aaaaa, anna suka myvi :)
    bila la anna nak dapat beli.. :)
    jom ---> http://annamariana1989.blogspot.com/2014/02/kini-aku-kembali-ke-dunia-blogger.html

    BalasPadam
  6. banyak tu rm800 Kak... gaji minimum bagi kebanyakkan staff swasta.. mudah2an di permudahkan lah urusan...amin! :)

    BalasPadam
  7. salam... kak anim... kita pernah alaminya... bank in beberapa ribu juga lah sebab nak beli kereta masa tu... bank in kat kakak... pastu tergendala...tak tau duuit dah masuk ke tak... resit apa semua tak keluar... duit pun dah ditelan CDM...
    dah lah masa tu keluar waktu lunch , and immediate after lunch ada mesyuarat penting dengan client, masa tu belum keje gomen lagi... arghhh... tension gabra panik semua ada... huhuhuhu....

    BalasPadam
  8. Aduhai, RM800 tu banyak juga! Kalau tak masuk duit tu dalam akaun lepas 5-7 hari memang kena pergi komplen kat banklah. Mana boleh main ambil aje duit cam tu. Ni cerita kakak saya tapi bukan pasal cdm machinelah tapi bank yang sama. Suami deposit duit ke akaunnya tetapi tak masuk. Kakak saya ni pulak jenis lurus bendul, langsung tak check. Bila update buku sekali sekali baru perasan duit tu takda padahal bukti resit deposit duit memang ada. Sampai la ni, satu amaun aje yang masuk. Satu lagi tak settled2. Kakak saya malas nak pergi masuk bank berpuluh kali. Ruginya saya rasa!

    BalasPadam
  9. Hehe......alhamdulilah hajat dah tertunai....lepas ni nampaknya barulah boleh mimpi...hehe...
    cantik warna dia Nim...fefel!!!
    Syok betui bawak keta baru ek!.....
    Tak pernah pulak ada experience mcm tu...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai