Home · About Me · Sitemap ·

Jangan ucapkan takziah..


Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi check keputusan rayuan pertukaran secara online. Kalau hujung Disember lalu mengharapkan pertukaran diluluskan, tetapi kali ini mungkin ada geng bas sekolah yang kehairanan bila Anim kata jangan ucap takziah...tapi ucap tahniah!


V
V
V
V
V
V


Alhamdulillah yang mampu diucap. Inilah perancangan terbaik yang Allah rencanakan hidup kami anak beranak di awal 2014. Inilah juga jalan terbaik buat si Abdul sulung di Ipoh  Permohonanan pertukaran selanjutnya ialah pada sesi Jun 2014. Namun dah habaq kat Encik Suami pagi tadi di telefon...Anim nak fikirkan lagi 100x..

Kali ini atas alasan si Abdul kecil ni. Tahun ni dia berada di Tahun 6. Tinggal setahun lagi nak habiskan alam persekolahan rendahnya. Tak kisahlah walaupun muka kami berdua ni "muka tetap" setiap petang Khamis/Sabtu di Terminal Bas Sg.Petani dan  Terminal Bas Amanjaya, Meru Raya, Ipoh. Alhamdulillah.. walaupun sibuk berpindah dan kemas barang di Ipoh (95% siap kemas) serta berulang alik setiap minggu..Allah beri nikmat kesihatan buat kami sehingga hari ini.

P/S  Kos ulang alik SP-Ipoh-SP dalam RM 400 sebulan (tambang bas dan teksi). Ingat nak cari kereta comel yang jimat minyak untuk ulang alik (kereta sedia ada sudah 10 tahun, sudah antik). Tau ajalah bila naik bas ni, kena ikut masa dia. Bas Ipoh-SP paling lewat pun 4 petang. Kita ni tak puas dok rumah. Tapi bila kira-kira kos sara hidup 2 rumah ni....cam tak lepas aja..heee. Doa-doakanlah ada rezeki berkereta baru. In sha Allah, doa kalian berkat tau..

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Jangan ucapkan takziah.."

  1. semoga dipermudahkan segala urusan dan murah rezeki juga untuk akak sekeluarga...

    BalasPadam
  2. Saya tahu, akak dah sedia dengan keputusan tu. :) Hari2 mendatang perlu tempuh, semoga dipermudahkan urusan, kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  3. Mungkin ada hikmah lain disebalik tu ..... Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan buat akak

    BalasPadam
  4. aaamin , insha Allah . Allah ambil sedikit kegembiraan untuk memberi yg lbh banyak . semoga dipermudahkan segalanya .

    BalasPadam
  5. semoga urusan kak anim berjalan lancar.. setiap apa yang Allah tetapkan tu memang ada hikmahnya kan?"

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kak,,byk hikmah yang tersembunyi tuk akk nikmati kemudian hari...yg pasti kasih sayang akk sekeluarga makin erat,, dan pasti saling rindu2an....

    BalasPadam
  7. insyaallah berkat kesabaran......Allah akan permudahkan segalanya.....Anim

    BalasPadam
  8. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi atas kegagalan permohonan kali ini. Betul juga ya, si Abdul dah Tahun 6, leceh kalau kena berpindah-randah. Harapnya ANIM tabah menghadapi dugaan.

    BalasPadam
  9. Saya tabik dgn ketabahan Anim...sejuk je hati baca n3 Anim ni w.pn jauh dilubuk hati hanya Anim je yang tahu...
    InsyaAllah, ada hikmah disebalik kejadian tu....Moga kesabaran Anim berbaloi dan dihadihi dgn pelangi yg indah....

    BalasPadam
  10. teruskan berdoa, in shaa allah kan... apapun moga dipermudahkan segala urusan yer anim n maaflah lama x menjgk, leps baik sakit mood berblog turut jatuh merundum lah ! !

    BalasPadam
  11. Berapa jam Kak Anim dari SP ke Ipoh?

    BalasPadam
  12. hehe...kira dah sign kontrak kat bas station tu yeh Anim hehe....Orang restoren tu pun suka sebab dapat rezeki lebih tiap tiap minggu hehe.... Sabar ajelah yek...Hikmahnya dpt tukar keta baru tu...manalah tau tetiba sampai Suzuki Swift ke?

    BalasPadam
  13. tahniah kak... semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga..

    BalasPadam
  14. In shaa Allah kak rezeki ada di mana mana kan

    BalasPadam
  15. kesiannya dengan kak anim..pasti ada hikhmahnya nanti..semoga tabah untuk terus berulang alik dr sp-ipoh-sp demi keluarga dan kerjaya..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai