Home · About Me · Sitemap ·

Cerita bas ekspres lagi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Petang semalam, beli tiket balik Ipoh dengan syarikat bas yang sama.  Walaupun masih trauma dengan kejadian bas rosak gear minggu lalu, tak ada pilihan bas lain ke Ipoh. Lainlah SP-KL, memang banyak bas.

Pernah juga guna khidmat Sri Maju Ekspres. Mahal sikit sebab tak ada tambang kanak-kanak. Perjalanan sehala RM 54 (bas satu lagi cuma RM 32.60). Satu lagi, perjalanan Sri Maju ke Ipoh paling lewat jam 2.30 petang. Selain rushing kejar masa ke Terminal Bas SP, kami kena tunggu Encik Suami keluar pejabat sebab tiba awal.

Sesekali terfikir nak naik keretapi. Tapi cancel hajat bila diberitahu tiba Ipoh jam 2 pagi. Apataknya, dia berhenti sejam di Butterworth.  Ish...tak sampai hati nak menyusahkan Encik Suami jemput kami waktu itu. Satu lagi, kalau tak terjaga anak beranak, alamat mengangalah kami 2 beranak di KL Sentral..haha.

Di sekolah pagi tadi, Anim buat "kenduri"sikit. Bukan apa pun...jamu kawan2 dan staff waktu rehat. Seperti saranan Che Mid, konon-konon nak buat "banchaan" (sepatutnya dalam budaya orang Jawa, buat bubur putih bubur merah). Tapi, periuk yang ada di rumah tu cukup-cukup untuk mulut Anim dan si Abdul kecil, so Anim minta orang kantin masak menu Nasi Bukhara.

Anim suarakan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kami pada malam tersebut. Anim katakan mungkin bukan doa Anim yang maqbul waktu itu sebenarnya tetapi doa dari ibu bapa, kaum keluarga, adik beradik, doa sahabat-sahabat. Dalam satu  pembacaan sebelum ini (tak ingat di mana), sebenarnya kita ni banyak dosa, banyak hijab. Jangan kita sombong andai doa kita dimaqbulkan, Mungkin doa oranglain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang termaqbul doanya, menyebabkan rahmat Allah tumpah kat kita. Sesudah kita sendiri berdoa sebagai usaha, jangan segan meminta oranglain mendoakan untuk kita.

"Ya Allah, selamatkanlah perjalanan Cikgu Hanim Bt Rahmat dan anaknya serta semua yg berada di dalam bas itu. YA ALLAH SESUNGGUHNYA HAMBAMU SEDANG MENERIMA DUGAANMU DAN ENGKAULAH YG MAHA BERKUASA, AAMIIIIN." (Respon diterima malam itu dari GB, Cikgu Mokhtar bila chat di Whatsapp)

Tak ada niat nak announce kat semua tentang "kenduri" di kantin pagi tadi. Cuma nak kaitkan dengan pengalaman geng bas sekolah menaiki bas ekspres untuk dikongsi. Maklumlah..bila berkumpul. masa tulah terkeluar cerita-cerita yang kedengaran lucu dan tak pernah terbayang oleh kita sebelum ini.

Cerita 1:

Kawan ni nak ke KL hadiri satu mesyuarat. Separuh perjalanan, driver bas itu memandu dalam keadaan berdiri dan mengoyang-goyangkan badannya. Heran tengok aksi si driver bas, gatal mulut bertanya.Mana tak suspen bila driver bas kata, kalau dia tak buat begitu, alamat bas masuk longkang.

Rupa-rupanya sudah 3 hari driver bas bawa bas tanpa tidur secukupnya . Dari Perlis ke KL, balik ke Perlis, drive lagi ke KL. Alasan pihak syarikat, tak ada driver.

Taubat katanya nak naik bas ekspres syarikat tu lagi. Kami yang mendengar pun dok bayang...camnalah si driver menekan pedal minyak atau brek dalam keadaan berdiri!!

Cerita 2:

Tok (mak mertua kawan) bertolak seorang diri dari Penang ke rumah sorang anaknya di Melaka. Tiba di Hentian Rehat Bukit Gantang, dia ke tandas. Sebaik saja keluar tandas, bas itu berlalu pergi. Puas melaung, melambai, bas tu lenyap dari pandangan matanya.

Aksinya memanggil-manggil bas itu disedari sekumpulan superbikers. Bila dapat tahu apa yang berlaku, mereka sepakat nak kejar bas ekspres "kurang ajar" tu. Tok pun dibawa naik superbike salah seorang dari mereka sambil pesan "pegang kuat-kuat, Tok".

Tok kata, depa dapat kejar dan pintas bas ekspres tu sambil tunjuk penumbuk kat si driver bas. Kecut agaknya, bas pun berhenti kat tempat selamat dan dapatlah Tok teruskan perjalanan ke Melaka. Tak taulah, memang kesian kat Tok tapi kami pulak tergelak lucu mengenangkan Tok (nenek) naik superbike.

P/S  Kehidupan manis dengan REDHA. Masalah ringan dengan SENYUMAN. Hajat tertunai dengan ISTIGHFAR. Perkara mustahil tercapai dengan DOA.

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Cerita bas ekspres lagi"

  1. serius cakap KA & family dah bertahun2 x guna khidmat bas ni lg2 utk perjalanan jauh, seriau sgt lgi2 perbnah tgk accidengt bas depan mata...

    BalasPadam
  2. takut pulak rasanya nak naek bas...

    BalasPadam
  3. Dulu masa duk Semenanjung sllu juga guna bas express kak...kemana2 naik bas.. tapi bila sllu tgk kemalangan2 melibatkan bas express ni mmg takut & seriau...

    BalasPadam
  4. cerita ke 2 tu membuatkan saya tergelak sorg2...dapat dibayangkan tok tu membonceng superbike...

    BalasPadam
  5. Kelakar dan seram juga pengalaman dalam cerita 1 dan 2 tu. Tak boleh bayang macamana Tok naik superbike tu ya :) Saya ni memang dah lama tak menggunakan perkhidmatan awam. Teringin juga nak naik keretapi sebab tak pernah sekali pun mencuba.

    BalasPadam
  6. Menarik sunggh 2 kisah tu... Lucu dan mencemaskan! Saya pula dah terlalu lama xnaik bas...
    Naik apa kenderaan pun ada risikonya, berdoa dan tawakkallah.. Semoga perjalanan kak anim/abdul sentiasa selamat dan dilindungi Allah SWT dr sebarang malapetaka dan bencana...amiin.

    BalasPadam
  7. Betul tu kalau banchaan biasanya bubur merah bubur putih....kalau okje masa kecil dulu dulu, makan bubur pakai dun pisang tau...agaknya kurang sudu yek! Tapi mmg kelakarlah nenek naik motor tu haha

    BalasPadam
  8. Rasa bagi dikejutkan dari mimpi, terima kasih Kak Anim kerana mengingatkan kawan-kawan sesungguhnya kita manusia memang mudah lupa dan alpa.

    BalasPadam
  9. tergelak dengar Tok naik superbike... macam mana agaknya ya...

    BalasPadam
  10. Esok kami di sekolah pun nak buat jamuan sikit. Ada menu nasi bukhara juga. Tren kereta api laju tu bila nak siap pun tak taulah, kalau dah berfungsi boleh guna alternatif tu juga kan kak anim.

    BalasPadam
  11. Sedang bayangkn tok naik superbike hehe..tp superbike tu baik..bantu tok tu kejar bas ekspres tu..

    Teringat dl kak..waktu balik dr skola..sy dgn seorg kwn naik bas.driver tu terangguk2 mengantuk..kmi yg duduk d blakang mmg takut sgt mssa tu kak..nsb bsik la slmt smpi terminal..trus cabut keluar dr bas tu..

    BalasPadam
  12. wah.. memang lucu juga aiza membyangkan tok kak anim naik superbike tu.. hehe..
    betul tu kak, mungkin juga ada insan lain yang doanya diterima oleh Allah.. bersyukur kerana dipanjangkan usia dan selamat..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai