Assalamualaikum wbt..
Actually, memang nak drive sendiri . Walaupun blur tempat, nekad nak redah. Baru pandai guna Waze masa ambil Encik Suami balik umrah di Sepang baru-baru ni pun. Tapi kalau boleh nakkan teman bermusafir. Kalau sesat pun ada teman.
Alkisah, dari 9 nama yang dibacakan oleh kerani (surat di SP, tuan badan ada di Johor) ada satu nama yang familiar sangat. Suka pada mulanya. Camnapun bila dihubungi, cikgu tu kata dia tak dapat pergi kerana masalah kesihatan. Aduh...pening datang semula. Lupakan kejap masalah bila tiba raya.
Nak tak nak, booked ajalah return tiket yang kesemuanya berjumlah RM477. Encik Suami kata boleh claim tiket gantian. Entah..tak pernah buat sebelum ni walaupun dah dekat 22 tahun jadi cikgu. Nama je cikgu, tapi fasal2 claim ni memang sangat-sangat kurang cerdik. (Malu nak ngaku b***h)
Akhir Ramadan lalu, bila diberitahu Anim kena berkursus naik cuti sekolah, Anim dah mula pening kepala. Mencari-cari jalan penyelesaian untuk pergi ke tempat kursus. Kalau berkursus di Utara takpelah jugak. Boleh drive @minta Encik Suami hantar kejap. Masalahnya tempat berkursus di KL.
Nak minta Encik Suami hantar, kesian pulak. Baru memandu pulang ke SP, nak menghantar Anim ke KL, lepas tu balik SP pulak. Takkan nak bercuti lagi kerana dia pun baru bercuti umrah . Yang jadi masalah utama 2 Abdul pula mula bersekolah esok. Sambung cuti seminggu lagi...ooo..tidak. Si Abdul sulung tinggal beberapa hari lagi nak UPSR.
Malam nak bertolak pulang, Bonda telefon dan tawar diri ikut kami balik SP. Nak tolong jaga 2 Abdul. Serba salah juga dibuatnya. Maklum, suasana awal Syawal di Johor masih rancak dengan marhaban, jiran dan sanak saudara ziarah menziarahi. Namun Bonda kata, semua sebelas anak-anak dan 2 adiknya sudah balik beraya. Lagipun Ayahnda yang menyuruh katanya. Syukur sangat...
Malam nak bertolak pulang, Bonda telefon dan tawar diri ikut kami balik SP. Nak tolong jaga 2 Abdul. Serba salah juga dibuatnya. Maklum, suasana awal Syawal di Johor masih rancak dengan marhaban, jiran dan sanak saudara ziarah menziarahi. Namun Bonda kata, semua sebelas anak-anak dan 2 adiknya sudah balik beraya. Lagipun Ayahnda yang menyuruh katanya. Syukur sangat...
Actually, memang nak drive sendiri . Walaupun blur tempat, nekad nak redah. Baru pandai guna Waze masa ambil Encik Suami balik umrah di Sepang baru-baru ni pun. Tapi kalau boleh nakkan teman bermusafir. Kalau sesat pun ada teman.
Alkisah, dari 9 nama yang dibacakan oleh kerani (surat di SP, tuan badan ada di Johor) ada satu nama yang familiar sangat. Suka pada mulanya. Camnapun bila dihubungi, cikgu tu kata dia tak dapat pergi kerana masalah kesihatan. Aduh...pening datang semula. Lupakan kejap masalah bila tiba raya.
Balik SP, bila bingung nak selesai masalah, buat solat istikharah 2 rakaat. Hanya Allah saja tempat meminta pertolongan untuk selesaikan masalah. Encik Suami suruh naik flight . Cepat dan badan tak penat. Alhamdulillah, adik di Bangi beritahu sanggup jemput di airport dan hantar ke tempat kursus. Syukur..
Mula-mula layari MAS. Hari Ahad, hanya ada penerbangan jam 6 a.m ke KL. Yang lain full. Waaa...hang lupa ke Nim, Ahad tu orang balik cuti raya, balik cuti sekolah. Kemudian try Air Asia. Ada seats available tapi waktu pulak tak sesuai, jam 6 petang walhal lapor diri 2-6 petang. Tambang naik RM3XX walhal hari lain dalam RM1XX saja. Awatlah JPN buat kursus waktu naik cuti sekolah ni. Buatlah kursus yang membolehkan peserta memulakan perjalanan pada hari Isnin kalau nak sangat buat kat KL. Cubalah fikir semasak2nya dari segala sudut.
Nak tak nak, booked ajalah return tiket yang kesemuanya berjumlah RM477. Encik Suami kata boleh claim tiket gantian. Entah..tak pernah buat sebelum ni walaupun dah dekat 22 tahun jadi cikgu. Nama je cikgu, tapi fasal2 claim ni memang sangat-sangat kurang cerdik. (Malu nak ngaku b***h)
Elok je nak klik confirm pembayaran, hp berbunyi. Keluar nombor yang tak dikenali. Dari seorang cikgu perempuan dari daerah yang sama. Tak kenal nama..tak kenal orangnya. Rupa-rupanya dia guru gantian (sekolah lain) yang tak dapat hadir yang Anim ceritakan sebelum ini. Dia mencari teman untuk pergi kursus bersama.
Alhamdulillah Allah dah tunjukkan jalan. Insha Allah, esok pagi Anim akan memandu Cik Putih Encik Suami bersama teman bermusafir Anim yang insha Allah akan turut menjadi teman sebilik Anim juga nanti. Mudah-mudahan dia dapat menjaga aib dan rahsia Anim. Maklumlah kami akan bersama dalam satu bilik, satu kereta sehingga selesai kursus Jumaat nanti, insyaAllah.

Bonda menyebut nak pekena Laksa Ikan Sekoq tapi kami tak ke gerai yang popular di Alor Setar tu..
kami p cari kat Sg.Petani ni aja
P.S Dulu-dulu buat solat istikharah sebab nak tengok jodoh. La ni bila dah "belajar", baru tau solat istikharah bukan saja minta petunjuk Allah untuk buat pilihan jodoh, malah penyelesai masalah dalam segala perkara..
assalamualaikum kak anim..selamat hari raya aidilfitri...
BalasPadamalhamdulillah Allah mendengar doa seorang hamba nya yang lemah dan memberikan nya jalan keluar..berhati hati semasa memandu yer kak..
Syukur alhamdulillah... Semoga segala urusan berjalan dgn lancar dan selamat.
BalasPadamIM memang selalu begitu. Di saat tertekan, berdoa pada Tuhan muga di beri petunjuk dan pertolongan. Alhamdulillah, selalunya dapat walaupun kekadang bukanlah 100% seperti yang kita mahukan namun setidak-tidak ada jalan lain untuk keluar.
BalasPadamJangan pula bila Allah dah tolong kita, kita lupa Dia, ya!
selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
BalasPadamAlhmdulillah...dipermudahkan segalanya...selamat berkursus..
alhamdulillah , Allah permudahkan urusan ... ya , istikharah blh buat utk byk perkara ... mudah2n selamat pergi dan selamat kembali nanti ... insha Allah .
BalasPadamBila nak berkursus jauh dari tempat tinggal ni yg jadi masalahnyakan Anim....
BalasPadamBerkursus kat area mana tu?
alhamdulillah... setiap kesusahan sebenarnya nak bagi pengajaran dan pengalaman kan kak?
BalasPadamAlhamdulillah..Allah permudahkan urusan kak anim..tak sangka kan..
BalasPadamfaham sgt bila jadi situasi mcm ni..:)
selamat berkursus kak anim..
Oooo..berkursus yer kak. Ati2 yer. hehehe..sedap nya ada laksa ikan sekoq tu.
BalasPadamAlhamdulillah... semoga semuanya berjalan dengan lancarkan... dipermudahkan oleh Allah kepada semua urusan..
BalasPadambetul tu, apa jua masalah pasti ada jln penyelesaiannyer, berbalik kpd yng satu itu !
BalasPadamsemoga dipermudahkan segala urusan
BalasPadam