Home · About Me · Sitemap ·

Cara halau kucing tidur atas kereta

Assalamualaikum wbt...


Apa kena tajuk entry Anim hari ini? Actually, itulah keywords yang ditaip dan kerap dicari dalam blog Anim walhal tak pernah Anim kongsi penyelesaiannya.

Dek kerana kesian pada yang mencari solusi. Ni nak share cara..heee...Senang sangat-sangat.

Tak payah nak selimutkan kereta anda. Tak perlu nak pasang signboard "Kucing dilarang naik atas kereta". Senang sangat-sangat nih...

Anda cuma perlu MEMBASAHKAN kereta anda. Kalau kucing anda suka tidur atas bumbung kereta, siramlah bumbung kereta itu dengan air ( of courselah dengan air,takkan dengan cat pulak).

InsyaAllah...kucing berkenaan akan cari port lain untuk tidur malam itu. Entah, Anim pun masih tak faham kenapa kucing suka tidur atas bumbung kereta. Lagi tinggi kereta tu, lagi dia suka, huhu...

P/S Masih tak dapat BW kawan-kawan. Tak sabar nak balik SP, petang Jumaat esok,

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Cara halau kucing tidur atas kereta"

  1. Kucing jantan saya nama nya Puteh..Dia dah tua dan paling garang kat sini...kalau dia tidur atas kereta dan kita nak keluar pulak..saya akan suruh dia turun..cakap jer kuat2....dia akan bangun dan turun ikut cermin dan kencing kan cermin..agak nya dia nak bagitau yang dia marah sebab kacau dia tidor..hahaha

    BalasPadam
  2. Dah tak terlayan...biar ajelah, kete dah calar balar dibuatnya. Cuba juga mcm2 cara tapi sekejap jer berkesan. Kalau di simbah kete...bila dah kering, ada balik. Tapi mungkin ada kucing yg faham kot, boleh lah cuba.
    Sebenarnya kucing ni sayangkan tuan dan hartanya...tolong jaga, atau tak dapat tuan, hartanya pun jadilah sebagai tempat bermanje, hehe

    BalasPadam
  3. masih berkursus ye kak.. semoga dipermudahkan urusan akak... kami pun ada gak kak.. tapi kucing jiran.. hmmm..susah nak ckp..

    BalasPadam
  4. Tak habis lagi krusus ke Kak Anim? Kalaulah dpt jumpa...

    BalasPadam
  5. Kat rumah kakcik pulak, kucing suka 'membuang' di tempat letak kereta. Anak kakcik kata sebab simen depan rumah tu warna hijau, kucing ingat rumput! :)

    BalasPadam
  6. sedap kot tido atas keta.. best kata kucin. hehehe..

    BalasPadam
  7. setiap kali nak guna kereta , mesti kena cek enjin dulu . kucing suka tido kat c tu ...

    BalasPadam
  8. Okje Lebih kpd nk komen ps kat bawah tu....
    Haruslahkan nk balik cepat ....nk jumpa cik abekan hehe almaklum le dah lama terpisah....tu tak masuk 2 minggu sebelum raya....dan sekarang berkursus pulak hehe

    BalasPadam
  9. As salam KakAnim....
    baru 1stime dengar ni...
    ble share ngan en.Somi...=)

    BalasPadam
  10. tidur atas kerete ok lagi kak.. jangan tidur bawah kerete.. kalau tak perasan.. terlanggar.. adoi.. minta jauh la.. mesti rase bersalah sesangat.. :(

    BalasPadam
  11. sejak beberapa hari ini ada seekor kucing selalu tidur depan pintu rumah IM. tak tahu pula kenapa dalam banyak-banyak rumah di sini rumah IM yang dia pilih.

    IM tahu dia lapar. ingat bila dapat gaji nanti nak belikan sedikit makana kucing untuk simpan dan beri bila dia datang lagi..

    BalasPadam
  12. Kucing kat rumah makchaq pulak suka tiduq atas tayar.. ada sekali tu tak perasan.. bila kami jalan dia agaknya lompat atas gandar, dah kat jalan besaq bus kat belakang hon2.. sampai trafik light drebar bas turun bagi tau ada nampak kucing... jenuh Hadi meniarap bawah kereta nak ambik.. nasib baik kucing tak apa2, tangan Hadi pulak melecur kena ekszos..

    BalasPadam
  13. jangan kata kucing, ayam pun suke bertenggek!

    BalasPadam
  14. kucing takpe lagik..jangan anjing sudah...heheheheheh

    BalasPadam
  15. aiza kalau balik kampung mesti kucing suka tidur kat atas kereta aiza.. dia macam tak takut air pun kak sebab aiza tengok kereta aiza dah berair embun, dia tetap lena juga.. sayangnya kucing tu dah pun mati.. :(

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai