Salam 1 Syaaban. Sebulan saja lagi masuk bulan Ramadhan. Lega rasanya dapat habiskan catatan terakhir ke Beijing ( yang memerlukan daya ingatan diri sendiri dan 3 Abdul)
Lepas solat Jumaat, kami dibawa ke Silk Street Market. Bangunan 5 tingkat ini ada 1,600 booth. Premis perniagaan ni baru lepas pengubahsuaian. Aduh...mesti pening kepala nak pusing semua kedai bawa 2 Abdul .
Pandai pulak 2 Abdul susun ayat, "Duit abah banyak lagi tak?". Rupa-rupanya ada hajat lagi. Sabo ajalah. Dah dapat sorang satu mainan lagi, kami hantar 2 Abdul ke coaster. Nadia dan pemandu menunggu dalam coaster. Kesian heret 2 Abdul sana sini. Anim dan Encik Suami masuk semula ke dalam market. Ooops...gambar ini saja yang ada di market.
Sejak hari pertama lagi, souviner untuk adik-adik dan geng bas sekolah Anim beli dari penjaja yang menunggu kami area hotel ( luar coaster) atau di tempat lain kami singgah sebelum ini. Tawar sikit-sikit, dah boleh dapat harga berpatutan.
Itinerary ke Beijing memang letak aktiviti shopping last day. Satu beg sengaja dibiarkan kosong sebab plan nak beli cadar dan alas meja untuk Bonda dan MIL Pengalaman Encik Suami ke Shanghai, 2 tahun lalu kerana urusan kerja banyak membantu menawar rendah harga cadar cotton patchwork King Size dan alas meja bersulam yang dibeli. Anim mengaku tak pandai dan tak suka bab tawar menawar ni. That's why jangan ajak saya temankan shopping!
Kemudian, ikut dia keluar masuk kedai cari jaket, Encik Suami mula tunjuk muka tak senang. Beza betul suasana Silk Street Market di Beijing ini dengan market di Shanghai katanya. Letih bertekak menawar barangan sehingga 90%. Jaket berkenan dihati, dijual 1200 yuan. Dekat 5,6 kali kalkulator bertukar tangan, akhirnya jadi 200 yuan. Begitu juga beg kulit yang Anim berkenan. Aduh...letih kita dibuatnya.
Encik Suami kemudian suruh Anim perhatikan kelakuan majoriti peniaga di situ selepas pelanggan keluar dari kedainya. Masya Allah, setelah berdiri di depan kedai dan memerhatikan peniaga (salesperson) di 2,3 booths, sungguh.. terkejut bila Anim dapati mereka akan "menyumpah " pelanggan yang keluar dari kedainya, samada pelanggan itu beli barang atau sekadar masuk melihat. Hilang mood nak ronda kedai lain. Cukuplah..
Satu lagi, kena berhati-hati bila membayar. Jangan leka dan pastikan kita ada teman bersama. Dalam beringat-ingat, terkena juga. Encik Suami singgah di sebuah kedai untuk membeli sekotak Green Tea. Dia menghulurkan 50 yuan (RM25) tetapi kotak teh masih di tangan si peniaga. Sebaik dia meminta kotak Green Tea tu, si peniaga dakwa Encik Suami belum bayar lagi. Terkejut. Walaupun Encik Suami kata wang sudah dibayar, dia tetap kata belum. Bimbang timbul masalah, terpaksalah Encik Suami hulurkan lagi 50 yuan.
Teringat entry terdahulu tentang kabinet syaitan ..memang ini kerja syaitan Zalitun. Tak salahkan sesiapa. Silap kami, tak baca doa sebelum masuk pasar!!
Dinner di Restoran Salama. Tambahan roti nan dan cekodok manis. One lady dalam gambar ialah pengurus restoran, Aisyah. Dia ada sepasang anak ( Anak pertama, semua free. Anak ke2, kena tanggung dan bayar perubatan dan persekolahan). Aisyah kata cekodok manis itu diletak susu. Si Abdul kecil menggeleng kepala tak mahu makan. Heran...heran.. Kena siasat ni.
Rupa-rupanya waktu Anim dan Encik Suami masuk market semula, dia ada ajak Nadia ke
tandas. (Kami dah ajar bersuci guna botol mineral dan tisu basah). Dia terlupa bawa botol, terlupa bawa Dettol wet tissue. Dok tahan..tahan, akhirnya melepas dalam coaster.
Silap Anim juga tak pasang plan B. Tak sanggup rasanya nak punggah beg pakaian kotor. Syukur, ada satu kedai pakaian tak jauh dari restoran. Terjumpa seluar 3/4 panjang. Tu jelah satu saiz paling besar. (orang Beijing banyak jalan, tu payah jumpa orang gemuk). Mula-mula, dia berbunyi juga "nampak aurat" walhal 3/4 panjang. Pujuk...kalau sempat singgah kedai lain, cari long pants. Tak pe, solat nanti, pinjam kain pelekat abah.
Setelah Nadia berbincang dengan pihak restoran, depa benarkan kami guna satu ruang makan (muat 2 orang) untuk solat.Syukurlah...dapat tunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak sebelum bertolak ke airport.
Jam 10.30 malam tiba Beijing Airport. Flight kami jam 1.30 a.m. Nadia terpaksa minta diri kerana pemandu coaster sudah lebih waktu kerja . Sungguh...sedih dan sayu nak berpisah dengan Nadia. Macam ada "connection" dengan Nadia. Nadia ada beritahu, dia berkawan dengan seorang student perempuan yang belajar pemanduan pesawat (pilot rasanya) di Beijing. Student Indonesia itu ajar Nadia bahasa Indonesia manakala Nadia pula ajar dia bahasa Mandarin.
Masa yang ada terlalu singkat. Tak banyak yang dapat dikongsikan bersama Nadia. Kami pelawa Nadia datang mengunjungi kami di Malaysia, tempat tinggal tanggung beres. Insya-Allah, kami akan terus ber"wassap" dengan Nadia dan mengambil tahu perkembangan dirinya . Bye bye Nadia. Moga kita berjumpa lagi.
Sewaktu menunggu kaunter MAS dibuka untuk check in, berbual dengan satu family (4 beranak) dari Malaysia yang menaiki flight yang sama. Terkejut bila diberitahu, groupnya dihantar ke airport oleh tour guidenya sejak 4.30 petang. Letih bebenar nampaknya mereka. Dia sendiri rungutnya, makan ke mana, solat ke mana.
Kasihan, bukan ada halal food kiosk di airport ni. Solat di negara bukan Islam ni kena kering muka, tak boleh malu kat orang. Kena cari tempat dan bentang sejadah atau kain bersih. Kalau malu, rasa tak selesa, memang tak terbuat jawabnya. Rezeki kami dapat tour guide yang bertimbangrasa dan memahami masalah kami
P/S Si Abdul kecil? Tak sempat dah nak cari long pants. Pakai seluar itu sehingga turun Penang Airport. Match pulak dengan T-Shirt yang dipakainya itu.
alhamdulillah selesai baca pengalaman akak yang best ni.. semoga boleh jadi panduan utk semua yang berhajat ke sana... terima kasih berkongsi ye kak..
BalasPadamYg baik jadikan panduan, yg buruk jadikan sempadan.,.tqvm kerana sudi membaca
PadamKak anim...
BalasPadamseronoknya baca..best sgt, mcm2 cerita..byk saya ketinggalan ni...
ada masa saya datang baca dari awal,
skrg xdpr nk on9 lame, si kecik irfan kurang sihat,,,
kena slow2..panjang saty2 entry kak tu..nak cepat habis..huhu
Padamp/s moga irfan cepat sembuh
ini baru di katakan jauh berjalan banyak pengalaman nie....best jalan2 kat beijing banyak ke membeli tu...
BalasPadamjauh berjalan..kaki pun capek, heeee.
Padamp/s adalah sikit, buat ada-ada kata orang
seronok betul trip akak ke sana. Bila lah saya nk melawat ke sana pulak yer. hehe
BalasPadaminsyaAllah, nea pun boleh sampai..
PadamTak terasa panjangnya catatan...xsedar dah yg terakhir. Banyak pengalaman yg telah akak kutip dan saya dapat...terima kasih.
BalasPadamSelamat kembali bertugas :)
bm, tak panjang ke??? rasa menguap dah orang membaca..huhu...
Padamp/s terima kasih kerana sudi ikuti dari catatan 1..
Akhirnya mendarat balik semula tanahair sendiri.
BalasPadamBetul kata Anim walau dimanapun kita berada kena tepuk iman di dada. Apa nak dimalukan org berbanding dgn Allah. Buat aje kena cekal kerana semua terletak pada diri sendiri. Solat pun bukanlah lama mana pun..
tqvm kak. bukan nak tunjuk kita ni hebat, tapi kalau kita sedar solat itu tidak boleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan, insyaAllah, Allah berikan jalan dan kemudahan untuk kita bersolat. yang penting...kita kena lawan nafsu (malas dan malu)
PadamMakchaq pun tka pandai tawaq2, tu yang tak suka shopping kat tempat tak besa.
BalasPadamBetui kata kakZakie, kalau x dak tempat solat memang kena cekal ja la solat kat kawasan terbuka..
kan senang kalau dia jual barang tu dalam 10-20% kita tawar..
Padamni jenuh sampai bertegang urat, buang masa saja saya rasa. letih pun ada..
p/s sebenarnya orang yg melihat tak rasa apa2, kita je yang "perasan".
Dahsyat betul cara mereka berniaga lah . Kalau mrk Islam , mungkin x de masalah camtu kot . negara orang tetap negara orang , tak kan sama dgn negara sendiri ...
BalasPadamkat silk street market je jumpa peniaga cam tu. kat tempat lain di beijing, tak pulak. membeli dengan penjaja pun senang berlebih kurang
Padammasa IM buat latihan di Jepun dulu pun, IM solat tepi kaki 5. dekat dengan toilet. tak terasa pulak kotor toilet itu sebab 5Snya tersangat kelass...
BalasPadammasjid kat kampung depa (beijing) pun bersih IM, tak jumpa tahi cicak..huhu..
Padamsadakallah lah ye. hee..
BalasPadamYA ALLAH Anim.. Restoren Salama tu lah yg i pegi taun 2002 masa memula sampai.. makan kat situ lah langsung i terus sakit. hee..(kebetulan lah gamaknya.) sebab i geli heeeee..
ALHAMDULLILAH anim.. kalau boleh mmg anim kena keep in touch with Nadia kann.. jihad lah namanya tu.. mana tau satu hari Islam lah dia. INSYALLAH..
Khatam sudah cerita pasal China...
BalasPadamSyukur dengan pengalaman berharga ...... tak semua orang akan dapat laluikan Anim
Alhamdulillah... akhirnya dapat juga menjengah Anim harini. Insaa Allah kita akan baca habis siri entry percutian China Anim ya...
BalasPadamKita serupa la Aneem... tak reti tawar-menawar. Tapi hebatlah suami Anim, dr 1200 jadik 200. Tabik!