Selesai solat di masjid, kami terus dibawa ke Silk Factory. Seperti biasa, kena dengar sesi "ceramah" (kata 2 Abdul). Ditunjukkan proses awal kepompong hingga jadi sutera. Tak payah ceritalah, ya.
Bawa 2 Abdul kena ada aktiviti yang depa suka. Setakat jalan, shopping saja, alamat lenguh telinga dengar depa kata tak best, tak best. Kami skipped visit ke Forbidden City dan pihak travel tukar ke Panda Zoo. Dah dengar pengalaman mereka yang pernah ke Forbidden City, berjalan 3 jam dengan tak boleh berpatah balik, jalan selamat tukar program. Kesiankan si Abdul kecil tapi berbadan besar tu.
Inilah tarikan utama ke sini. Bukan senang nak tengok panda sebesar ini di Malaysia. Hanya ada 4 ekor. Sayang, macam tak terurus saja. Comot...huhu..Kesian panda tu kata 2 Abdul.
Musim panas ni, panda kurang aktif. Nak tidur saja..
Nadia bawa kami dinner awal. Jam 4.30 petang kalau tak silap. See..dalam bilik lagi. Kali ni selera Encik Suami down sikit. Mulut dia dah menyebut nak makan mee yang dibuat sendiri (ditarik-tarik, gitu) dan roti, huhu. 2 Abdul, masih laju dan berselera. Selalu Ummi dia masak paling banyak 3 lauk. Kat sini sekali makan 9 lauk, bedal semacam, heee....
Kata Nadia, Kungfu Show selesai dekat jam 9 malam. Pekerja di Beijing ni tak mahu kerja selepas pukul 9 malam. Tu sebab kena dinner awal.
Kamilah orang pertama masuk panggung. Kungfu Show yang dinanti-nantikan 2 Abdul (juga Bapak Abdul) ada seats bernombor tapi duduk row atas. Row bawah tu depa dah booking sebulan lalu, huhu. Ramai pelancong, bukan Malaysian saja. Tak dapat nak share gambar di sini kerana penggunaan camera dan video dilarang sama sekali. Tak puas tengok, depa ada jual DVD nya.
Row depan kami adalah Chinese Malaysian group dari Batu Pahat.Galak kami bersembang. Pelik tapi benar...jumpa group Melayu, nak senyum dan angkat muka pun payah walau berselisih bahu. Bersangka baik sajalah..mereka penat berjalan cam kami agaknya.
Kungfu Show ni menceritakan kisah seorang budak yang dihantar ke Shaolin Temple oleh ibunya untuk belajar Kungfu. So..bayangkanlah aksi kung fu yang ditonjolkan selama 2 jam. Memang best. 2 Abdul tak kelip mata. Lepas show, boleh bergambar dengan pelaku aksi kung fu hebat ni. Tapi kami tak tunggulah..
P/S Banyak guna kaki..balik hotel, capek. Mau tidur saja sebab jam 3.30 pagi (solat Subuh) pihak hotel akan "kejutkan" kami dengan morning call (dengan bantuan Nadia).
amboi! seronok jalan2 yer...tentu banyak bershopping..eloklah cuti2 sekolah ni jalan2...terlerai penat kerja selama ni kan...moga enjoy yer..
BalasPadamJalan bawak anak2 ni banyak faktor kena ambil kira.
BalasPadamDah tentu Anim sorang je yg boleh bersutera, anakanda abdul tengok ajelah ye. Tebar-tebar kain boleh lah nak. Betul juga tukar itinerary. Pada kakak pun baik ke zoo anak-anak lebih suka daripada forbiden city kalau dah letih akhirnya tak pergi semua juga.Seronok juga kakak tengok Anim, walau kaki capek tapi kepuasan terasa sebab tempat kita tak ada.
BalasPadamkak..best zoo tu untuk anak2.. forbidden city ada apa je?
BalasPadambukan kat china je camtu kak.. kami gi CH baru ni pun sama..selisih dgn org2 melayu senyum pun tak berbalas.. dengan satu keluarga india ni.. sempat kami bersembang.. mmg budaya melayu dah berubah kot..
waa puas berjalan ye...seronok abdul abdul tu ye..naik sekolah nnti mesti berhari hari tak abis cerita....tulah...susah org melayu kita ni..mnyombong tak bertempat..puaslah kita menyonggih..buat tak pandang jerk...agaknya diorang tak suka kita dapat ke sana sama..hi..hi...ayat jahatlah tu!!!
BalasPadamCari ilmu biar sampai ke negeri China...Memang macam2 ada di sana.
BalasPadamDah namanya jalan2 barulah betul...jalan kaki, hehe. Sayang xade gambar kungfu show...dengarnya menarik sekali.
alamak seronoknyer 2 Abdul cuti sekolahni yerk.. jauh bparjalanan...
BalasPadamseronok nya baca n3 kak anim.... kalau dekat ni kompom dh sy drive p sana.
BalasPadamsalam...Baguslah cikgu dah "menuntut ilmu sampai ke negeri China'.
BalasPadamPanda tu tgh tidoq kut..
mkn angin nih yg letih mmg kakilah . pastikan ada bawa losyen mustajab atau yg sewaktu dengannya . boleh kurangkan lenguh dan sakit kaki ... shopping ??? . isg , dgr jer dah geram ...
BalasPadamAnim, forbidden city tu tak lah sampai 3 jam jalan kot. dia kita jalan dan boleh rehat2.. menarik gak.. cuma mmg lah bg anak2 ni part cam tu boring sikit..
BalasPadamPanda Zoo. macam menarik kan.. so senyap lah abdul2 tu ye.
well orang Melayu Malaysia kalau travel mmg banyak yg berlagak. tak tau kenapa. peli tapi benar.
Seronok yeh Anim tengok negara orang... Panas sangat ke Anim kat sana?
BalasPadamCome panda tu....