Mendarat di Beijing lebih kurang jam 6.40 pagi. Sebelum bertolak, dimaklumkan musim panas baru bermula di Beijing . Jam 3.30 pagi dah masuk waktu Subuh. Waktu syuruk 4.30 pagi. Kami hanya dapat solat hormat waktu Subuh atas pesawat dan wajib tunaikan solat Subuh di bumi Beijing sebaik dapat berwuduk.
Selesai segalanya, melangkah keluar dari airport. Hujan lebat di luar airport . Kami dijemput tour guide kami, Nadia seorang anak jati Beijing. Kami sangkakan dia gadis Indonesia yang belajar di Beijing. Maklum, nama Melayu, Nama "Nadia" itu diberikan oleh seorang rakannya yang belajar di Malaysia. Belajar bahasa Indonesia selama 8 bulan dan menjadi tour guide untuk group dari Malaysia dan Indonesia. (Note: Bayaran tambahan RM300 dikenakan untuk khidmat tour guide yang boleh berbahasa Indonesia berbanding free untuk yang berbahasa Inggeris)
Melawat Temple of Heaven dalam hujan renyai. Temple of Heaven ni dulu menjadi tempat pemujaan Maharaja Dinasti Ming dan Qing . Sekarang jadi kawasan awam untuk beriadah yang majoritinya orang tua pencen. Di sini umur pekerja pencen ialah 55 tahun.
Sambil menunjuk satu tempat di kawasan tersebut, Nadia turut mengusik, kalau di Malaysia, orang berpuasa dari makan tapi di Temple of Heaven, Maharajanya turut berpuasa selama 3 hari (berpuasa dari menyentuh perempuan!).
Diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site pada 1998. Tak lama berada di sini. Hanya meninjau kawasan luar saja.
Destinasi seterusnya, menapak ke Qianmen Street, kawasan pejalan kaki yang terkenal. Jalan ini ada sejarahnya sendiri lebih 570 tahun sejak Dinasti Ming dan Qing. Kiri kanan dipenuhi gerai buku, gerai pakaian, gerai kraf dan macam-macam lagi. Hujan renyai lagi, tak dapat nak gerak lebih jauh.
2 Abdul nak naik Dangdang Che (tram) ni tapi tak sanggup tunggu tram ni patah balik setengah jam kemudian. Perut dah lapar. Sejak tiba, belum makan berat. Hanya makan biskut yang dibawa saja.
Jam 12 tengahari, ke National Four Diamond Restaurant untuk lunch. Isi ikan (putih) tu paling sedap. Tak tanya nama menu..lapar dah. Banyak group Malaysia (Melayu) turut memenuhi restoran ini.
Lepas lunch, barulah check in hotel. Berpeluang untuk mandi, solat dan TIDUR dulu sebelum dijemput jam 4 petang untuk ke satu destinasi.
Jam 4 lebih dah tiba di Jin Shia Theater untuk menyaksikan Acrobatic Show walaupun show bermula jam 6 petang. Sewaktu menunggu Nadia membeli tiket, kami mendekati penjual buah di depan theater. Macam-macam buah dijualnya. Ada pisang, lychee, peach, cherry dan 2,3 jenis yang tidak diketahui nama dan tak biasa nampak.
Menariknya, penjual ini mahu kami mencuba dan merasa SEMUA buah yang dijualnya. Pada awalnya kami ragu-ragu, takut dah rasa nanti kena paksa pula beli tetapi si penjual tetap menghulurkan satu persatu buah kepada kami untuk dicuba. "Dia nak sedekah ni" kata Encik Suami. Suasana ini memang pelik dibandingkan dengan cara majoriti peniaga di Malaysia.
Kata Nadia, kami datang awal kerana kena "rebut" kerusi kerana tempat duduk tidak bernombor. Bebas duduk mana-mana kecuali kerusi tertera VIP. Bekejar juga mencari tempat yang sesuai. Of course, dengan anak-anak..mestilah kejar tempat duduk baris depan (right side). Nak duduk di kerusi VIP (baris tengah) ? Kena bayar tambahan 500 yuan seorang (RM250) dari tiket biasa, huhu...( boleh dapat baju sutera 4 pasang!)
Sebenarnya ada 7 show yang dipertontonkan. Tapi dapat upload hanya 3 show sajalah. Penonton dilarang menggunakan flash camera kerana bimbang tumpuan mereka terganggu.
Lambung mangkuk atas kepala. Mereka menjalani latihan selama 10 tahun untuk 1 minit aksi yang ditunjukkan. Berlatih sejak kecil tu.
Practice makes perfect kan?
Dari pasu kecil dilambung-lambung di tangan dan badan, bertukar ke pasu besar dilambung atas kepala..Kepala besi ke kepala batu depa ni?
Aksi ke 7 (terakhir) ni paling mendebarkan. Tak senang duduk. Dari satu penunggang, masuk satu lagi, satu lagi...dan akhirnya 5 penunggang!! Aduh, kecut perut bila lampu didalam glob besi itu dipadamkan. Membayangkan kalau hanya satu kesilapan, mereka ber5 akan "melekat" antara satu sama lain.
P/S Show berakhir selepas sejam setengah. Dinner tempat sama dengan lunch cuma menu berbeza. Tak sempat nak ambil gambar kerana nak cepat makan, cepat balik dan cepat rehat. Capek...letih masih belum hilang. Lagipun, aktiviti seterusnya bermula seawal 8 pagi esok hari.
Seronoknya kakcik baca catatan pengalaman ini...
BalasPadam2 Abduk punya cerita ni kakchik, heee
PadamKakak tertinggal part 1- tapi baca part 2 ini pun dah seronok.
BalasPadamMakanan halal dah senang sekarang sebab ada tour guide yg membawa Anim.
Iyalah kak..depa tak faham inggerus, nak tanya pun payah. Tu sebab cr tour guide indonesian speaking. Senang bagi 2 Abdul faham
PadamSeronok...penuh dgn aktiviti, baru hari pertama. Kalau tanpa tour guide macam mane agaknye? Komunikasi mungkin masalah utama. Menarik tgok show tu...selalu tgok dpn tv, kali ni live! Mesti puas!
BalasPadamKena banyaj studylah BM. Tu yg kak tak larat buat. Bawa anak2 dan sorang lagi saiz besar, kena fikir lebih dari oranglain. Takpelah kalau kena kuar duit lebih sikit
Padambestnya melancong!
BalasPadamLana plan, baru ni terlaksana , mala
Padamada tour guide rasanya lebih terancang perjalanan kita kan kak...seronok membaca..tak sabar nak baca next entry
BalasPadamwah menarik nyer... maaf lambat terjah, busy sgt2 skang ni !
BalasPadammenarik nya... ada n3 smbungan lagi tak kak??
BalasPadamHa.. Ha.. Haa.. ingatkan Temple of The King!
BalasPadamSalam Anim..waa cuti cuti China ye...setiap tempat itu akan ada keistimewaannya..teruskan melangkah...dan melangkah...lepas ni join group POP nekcik ni..tapi penatlah sikit!!
BalasPadampasu atas kepala tuh memang sangat besar la . camna kepala depa boleh ampung yer ... marveles ...
BalasPadammula mula mata saya melekat kat gambar bunga ros tu baru kegambar yg lain...
BalasPadammmg masa sgt padat bila kita gunakan pemandu pelancong..takleh nak bersantai santai
jauhnya bawak anak2 bercuti hehe...akak tak mampu lagi..:)
BalasPadambestnya kak... nanti boleh la kongsikan pulak mana akak dapat tour guide tu..
BalasPadammmg i rasa semua tourist akan ke acrobatic show ni kan. one of the tourists attaraction. masa i pegi dulu pun on the first day sampai.. masa tu sejuk. nak buang air kecik, tup - tup tak ada paip.. ALHAMDULILAH ada yg bawak air mineral. so pakai lah botol mineral tu berganti2.. hee..pengalaman kan.. but now tah macamana ek? sure dah banyak berubah lah ye Anim..
BalasPadamYelahkan bila melancong ni kena ada tourist gutdekan Nim....kalau tak mati kutu jadinya...
BalasPadam