Home · About Me · Sitemap ·

6H/3M Beijing Tour: Catatan 1


INTRO:
Tour ke Beijing yang dicatatkan mungkin berbeza dengan pengalaman dan perjalanan yang ditempuh oleh mereka yang pernah ke sana. Sebelum berangkat, selain berdoa agar kami semua sihat dan selamat dari bahaya, Anim turut berdoa agar perjalanan kami semua mendapat keberkatan Allah. Sentiasa mengingatkan diri yang kami datang bukan hanya untuk berseronok dan membeli belah namun mengharapkan sesuatu yang dapat pelajari dan insafi walaupun tempat yang dituju adalah negara di mana majoriti rakyatnya tidak beragama (fahaman komunis)

Benarlah apa yang kita niatkan, itulah yang kita dapat. Catatan berdasarkan hari yang merakamkan dunia penipuan, kelicikan, ketakjuban, sumpah seranah manusia juga turut menghadirkan keinsafan pada diri hingga sebak di hari Jumaat, iaitu hari terakhir kami di Beijing.

DAY 1: PEN-KUL-PEK

Tiba di KLIA jam 11 malam. Penerbangan PEN-KUL mengambil masa 45 minit. Penerbangan seterusnya KUL-PEK (Walaupun Peking sudah bertukar nama ke Beijing, code PEK masih dikekalkan) jam 12.25 malam. Di KLIA, baru perasan banyak group Malaysia turut menuju ke destinasi yang sama. Cuti sekolahlah katakan.

Berhenti di satu coffee corner kerana tertarik dengan lampu yang dipasang di dalam sangkar burung putih. 2 Abdul nak makan atas flight. Perut masih kenyang pekena Nasi Kandar Kayu sebelum ke Penang Airport katanya. Tak pe, Ummi dan Abah nak pekena teh panas dulu.

P/S  Syukurlah, di saat akhir kami dapat terbang bersama MAS walaupun pada awalnya dijangkakan bersama Air Asia. Dengan sedikit penambahan tambang, yang pasti bagasi kami dari Penang Airport akan tiba terus ke Peking Airport dan begitu juga sebaliknya. Bukan apa, masalah angkut bagasi untuk pertukaran flight tu  kena ambil kira bila bawa 2 Abdul bersama.

Artikel berkaitan:

11 Komen untuk "6H/3M Beijing Tour: Catatan 1"

  1. Mutakhir ini ramai orang sukamelancong ke China. HP pun tak tahu apa hebatnya di sana.

    Tapi H pernah ke Jepun. dan teringin lagi ke sana. Apa apa pun, ziarah Mekah dan madinah lebih dulu, insyaAllah... bila? tak tahu...

    BalasPadam
  2. Salam cikgu..jauhnya bercuti kali ni. Mesti best kan?

    BalasPadam
  3. Salam Kak Anim,
    Alhamdulillah...selamat kembali. Tak sabar menikmati kisah menarik percutian akak di sana. Pasti byk pahit manis yg memberi pengalaman berharga.

    BalasPadam
  4. jgn lupa photo2 percutian share kan ya ... saya lbh exited ke korea . mungkin pengaruh drama korea nih ...

    BalasPadam
  5. cerita banyak banyak tau anim..tak dapat pergi dapat baca pengalaman kwan kawan pun jadilah...selamat bercuti yer..

    BalasPadam
  6. seronoknya dapat bercuti ke China...

    BalasPadam
  7. menarik, tq share yer

    BalasPadam
  8. Wah! dah sampai ke Beijing ya...saya tak mampu nak berjalan jauh kat Beijing ni....sakit kaki ,cikgu....!

    BalasPadam
  9. ooooo..berziarah rupanya ye..patut dah lama senyap jeee.... went to Beijing in 2001 i guess.. tak hengat.. tapi i tak berapa nak suka lah. just i can say i ada pengalaman. i tak berapa suka chinese food.. i rasa itu sebab kenapa i x berapa nak suka. heee.. tp bab shopping. masyallahhhh.. seronok sakan..

    BalasPadam
  10. OKje baca dari entri yang atas tu...hehe..
    Tapi betul kata Anim tu .... kena berdoa dan berniat moga dilindungi...Pengalaman Anim ni pun jadi pengajaran buat OKje yang belum sampai...TQ nim.....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai