Home · About Me · Sitemap ·

Satu pengharapan


Melihat wajah comelnya...bagaikan tiada duka yang tersimpan di hati.
Namun...tersentap perasaan 
seorang guru a.k.a seorang ibu..
"Dulu saya tidur dengan ibu, sekarang dengan Tok. Saya ingat adik. 
Saya duduk sini dengan ayah, dengan Tok (sebelah ayah).
Adik kat rumah Tok (sebelah ibu) kat sana, kat Alor Setar"

Di usia 7 tahun.
Dia baru sahaja kehilangan ibunya 11 hari lalu..
Ibunya pergi takkan kembali untuk selama-lamanya..
meninggalkannya ber2 bersama adik lelaki yang berusia 3 tahun 

Bagaimanakah nak susun kata-kata untuk meredakan kepedihan hatinya?
Sambil berbisik perlahan...
"Nanti, bila ayah ambil adik, adik boleh duduk, boleh tidur sama Nurin, 
sama ayah, sama Tok dekat sini"

Hiba hati , tanpa menyedari bergenang airmata
bila senyum manisnya terukir kembali..

P/S Bila anak kehilangan ayah, hilang tempat berpaut dan bergantung. Bila anak kehilangan ibu, hilang tempat bermanja dan mengadu.

(Entry Auto Publish : Testing..testing, TQ Okje)

Artikel berkaitan:

10 Komen untuk "Satu pengharapan"

  1. Simpati...
    Kesian kecik2 da xde ibu..

    Sayu jgak hati saya..

    BalasPadam
  2. Terharunya..

    Masa arwah sepupu makchaq meninggal, tinggalkan anak baya nurin dan adiknya.. memang sedih sangat.. yg paling sedih depa macam belum faham sangat.. selalu tanya 'bila mama nak balik..'



    BalasPadam
  3. Mujur masih ada lagi bapa dan tok yg menjaganya, semoga kesedihan memberi kekuatan buat adik ini. Berilah bimbingan yg sebaiknya. Hanya doa yg mampu ku kirimkan.

    BalasPadam
  4. Itulah ujian Allah yang berat untuk dipikul...sama sama kita doakan agar Nurin sekeluarga diberikan ketabahan dan kasih sayang untuk menghadapi hari hari yang mendatang...amiin Ya Rabb..lindungilah mereka dengan kasih sayangMu Ya Allah

    BalasPadam
  5. sedihnyer.. sebak rasa KA baca !

    BalasPadam
  6. ala kesianya....moga tabah ye si comel....

    BalasPadam
  7. hehe...sesi menerai autopublish yeh?...
    alahai kesiannya anak sekecil ini dah ditinggal ibu....sayang nenek tak sama dgn kasih seorang ibukan...

    BalasPadam
  8. alahaiii sedih, she needs someone to talk, to listen at least
    siapa lagi kalo bukan closed teacher a.k.a. mom probably

    Al-fatehah.. kuat kan semangat yer si comel!!

    BalasPadam
  9. Ya Allah! Seringkas ini aje entrinya tapi isinya memang buat saya bergenang air mata. Apatah lagi bila membaca yang Nurin sudah tiada lagi di dunia ini. Merah dah mata ni menahan sebak. Nurin dah pergi ikut ibunya, ya!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai