Home · About Me · Sitemap ·

Undangan & Cabaran Berpantang

Sebelum ke majlis aqiqah di Kuala Pegang semalam, Encik Suami menghadiri satu undangan aqiqah di taman kami. Risau juga dibuatnya, Dia baru baik demam tapi tetap nak hadir 2 majlis aqiqah tersebut walhal kami ni nak bertolak ke Subang. Alasannya, kalau undangan aqiqah di kedua tempat hanya tertera di notis board surau dan ditampal kad (undangan untuk semua staff) di papan kenyataan ofis seperti biasa, tak apalah juga. Undangan pertama, hamba Allah tu bersalam dan menjemput suami lepas solat Subuh di surau. Undangan kedua pulak..siap menelefon Encik Suami lagi. Tak boleh tak pergi, katanya.

Cerita fasal undangan ni, kadang-kadang serba salah dibuatnya. Musim cuti, musim kenduri, musim undangan. Kalau di Johor, kalau undangan itu bukan dari saudara mara terdekat, kami kena check kad undangan tu betul-betul. Kalau hanya ditulis suami isteri, kami hanya pergi ber2. Kalau tertulis bersama keluarga, angkutlah sekali 2 Abdul tu. Sebaliknya di SP, bila kami pergi ber2, ditanya pula "kenapa tak bawa anak-anak sekali". Bila jujur menjawab, kawan2 pulak membantah "Eh, kat sini, tak pe eh. Maksudnya satu keluarga"..cam tu pulak.

Kadang-kadang kad undangan diberi tanpa nama. Kalau setakat tiada tertulis nama di dalam kad undangan, boleh tahan lagi. Kita beranggapan, yang menjemput ni tak terdaya nak tulis nama luar dan dalam kad. Tapi bila luar dalam pun takde..serba salah kita yang menerimanya. Terfikir juga, dia ni betul-betul undang ke atau si tukang beri main bubuh dalam post box.

Oops, tinggal cerita kad undangan. Nak cerita fasal Nur Safiyyah Insyirah ( harap2 betul ejaan namanya) berusia 58 hari yang kami ziarah dalam majlis aqiqah semalam.

Dia ni dikandungkan oleh ibunya, seorang pensyarah UiTM yang sambung buat PhD di UKM. Dah banyak jumpa anak dalam kandungan ibunya yang sedang belajar...tak banyak ragam. Satu lagi, insya-Allah..bijak. Logiklah kan. Dalam perut, ibunya study, menelaah dalam library. Tengoklah..nyenyak tidur di atas pangkuan Encik Suami, hee..

Cukup susah hati waktu nak bertolak ke Baling. Apa alasan nak diberi kalau dijemput makan? Encik Suami kata makan nasi putih jelah...haha. Senyum lebar bila mak tuan rumah buat laksa yang superb. Dua mangkuk sekali layan. Alhamdulillah..tak perlu kata apa-apa..

Alkisah, Anim kena berpantang makan makanan yang disembelih, telur dan susu selama 7 hari (mulai semalam). BERPANTANG?? Jangan sangka bukan-bukan. I dah masuk  4 series, ok. Betul-betul cabaran besar berpantang di cuti sekolah dan dalam musafir. Sakit kepala, bahu dan tengkuk ni dah lama. Check di klinik, tekanan darah normal. Encik Suami kata Anim banyak mengadap laptop dan iPad. Salah berbloglah ni ya walhal sekarang ni, semua data sekolah dan peperiksaan, cikgu kena online. Lama dah dia tak cium bau minyak wangi agaknya kerana terpaksa berlawan bau dengan minyak angin..heee. 

P/S Atas nasihat seorang teman, Anim mencuba pula rawatan Islam di SP malam Sabtu lalu. Anim ni banyak angin dan ada masalah saraf  menurut kata perawatnya. Well, wish me good luck ajalah ya dalam cabaran berpantang 7 hari ni..

Artikel berkaitan:

3 Komen untuk "Undangan & Cabaran Berpantang"

  1. Musim cuti banyak undangan.. Alhamdulillah rezeki..

    Makchaq pun selalu ikut apa tertulis... tapi kadang2 depa tanya awat mai berdua saja..

    BalasPadam
  2. salam kak anim..jaga kesihatan ye..moga akak sentiasa sihat..

    BalasPadam
  3. alahai ruginya kalau gitu cuit2 sikit pun tak boleh ke?haha dah nama pun pantangkan....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai