Assalamualaikum wbt..
Entry ni asalnya bertajuk Kebetulankah? Namun kejahilan Anim telah ditegur oleh seorang rakan blogger yang prihatin, Zulaikha Megat. Terima kasih kerana sudi menegur dan membetulkan kesilapan Anim.
Terkejut terima notis POSLAJU di post box Rabu lalu. Al -Quran?? Called Encik Suami di ofis minta kepastian. Dia bilang takde order Al-Quran dari mana-mana. Siapa pulak yang kirim..saspen..saspen.
Hari Khamis baru dapat ambil. Rupa-rupanya bukan Al-Quran tapi buku ISRAILIYYAT yang dipos Unit Promosi Jakim. Aiik...depa dah minta kami ambil di booth Jakim@Karnival Halal Kedah 2013 tempohari. Apahal pulak pos satu buku lagi? Called depa tadi. Depa kata nak maklumkan pegawai terbabit. Sampai petang takde maklum balas. Tunggu ajalah. Kalau depa halalkan, bolehlah pass buku satu lagi kepada sesiapa yang berminat.
Selepas setahun baru gambar Dr Danial bin Zainal Abidin ni dapat keluar dari folder. ..gara-gara entry hari ni. |
Tiba-tiba Anim teringatkan benda yang Anim katakan dalam entry terdahulu ( untuk yang mengikutinya) yang tak terbawa balik oleh Bonda . Al-Quran!!! Laaa.. kenapalah tak terfikir untuk Anim mengeposkannya? Ikut plan Anim, 2,3 hari lagi Anim nak p KL, lepas tu nak pass kat adik2 , kot-kot ada yang plan balik Johor pula nanti. Masya-Allah, bila nak sampai ke tangan Bonda daaaa?
Dengan bayaran RM 21.20 yang dikenakan, insya-Allah, 2 hari lagi sampailah Al-Quran ni ke Kluang, Johor.
P/S Kalau pos Al Quran dengan Pos Laju, Al Quran diletakkan di bahagian atas kotak-kotak packaging yang ada dan tertera di sampul "Al-Quran".
Allah works in mysterious ways...
BalasPadamPendek tapi terkesan, huda...
Padamassalam..zu nak kongsikan apa yang zu dgr masa ceramah maulidur rasul yang lalu oleh ustaz Tengku Wali Muda..antara lain beliau berkata
BalasPadam"orang yang beriman tidak akan menggunakan perkataan "kebetulan" kerana semua yang berlaku dan terjadi semua nya ditentukan oleh Allah..tiada istilah kebetulan dalam islam..semuanya ditentukan oleh Allah yg di sebut sebagai qada dan qadar "
wallahualam...
Terima kasih zu atas teguran zu dan perkongsian ilmu. Saya akui telah tersilap. Semoga Allah mengampuni saya.
PadamSalam,
BalasPadamAl-Quran tu memang membantu, tidaklah berhenti sesuka hati bila nafas xsampai.
baguskan, tulisan pun besar
PadamInsyaallah semuanya akan dapat menafaat. Selamat menelaah. Che Mid dah ada buku tu, anak yang beli tapi tak rasa nak membacanya .. sebab ada mcm perkataaan israil.. boleh gitu..
BalasPadambuku ni memang mencabar untuk dibaca che mid...haha, patutlah dr.danial suruh baca untuk mengetahui hadith2 palsu.. baca sekejap, kena berhenti dulu. tak boleh khatam cepat.
PadamSalam kak anim,Al-quran tu mmg bagus. Penggunaan warna nya sangat membantu.
BalasPadamhaaah...panduan utk kita wakaf. lepas tu boleh tau dari mana nak sambung semula. macam2 sekarang...
PadamSejak ibu_suri jatuh sakit, IM sudah tidak lagi menjalankan tugas menyelenggara kuliah mingguan Dr Danial atau dikalangan kami lebih dikenali sebagai DD.
BalasPadamKuliah mingguannya di surau Gelanggang Budaya Batu Uban setiap Ahad jam 3 hingga 5 petang kecuali jika dia ada jemputan luar.
beruntungnya jemaah batu uban. kami di sp kena bayar rm200 seorang utk dengar dr.danial di inspen. nak ke batu uban jauh pulak. dahle tu ahad pula hari bekerja di kedah (banyaknya alasan dia)
Padamassalamualaikum ... thanks info ... nak cari al - quran tuh
BalasPadamHarganya Rm70 saja, vee.
Padam