Home · About Me · Sitemap ·

Buku dan tudung labuh BERDAGU@Karnival Halal Kedah 2013

Seawal jam 9.30 pagi Anim dan Encik Suami dah ada di perkarangan Amanjaya Mall. Banyak gerai Karnival Halal Kedah 2013 masih ditutup. Dok melangu la depan hypermarket yang dibuka jam 10.30 pagi. Then singgah di booth klinik kesihatan yang baru dibuka. Tu diaaaa....tekanan darah terlebih border. Penat kot atau terlebih minum kopi yang depa promote semalam? Tang gagal mencapai berat ideal tu...tolong pandang sebelah mata yaaa.. 

Bukan saja-saja nak mai Karnival Halal Kedah 2013 buat kali keduanya ni. Alkisah Encik Suami dapat call petang Jumaat. Buku yang dipesan dari booth Jakim ada dalam simpanan depa, So, kenalah ambil juga kerana Sabtu ialah last day. Sukanya hati kerana dapat borong buku dengan harga yang murah dan tambahan diskaun 10% yang diberikan pagi itu. Kat SP, memang tak de pengedar buku terbitan Jakim.

Kunjungan sebelumnya, Anim dan Bonda singgah ke booth Ummie Tinie . Anim beli jubah, Bonda pula beli tudung labuh BERDAGU. Syukurlah, balik dari umrah lalu, Bonda terus mengenakan tudung saiz XL/XXL. Susah nak dapat tudung labuh BERDAGU berawning lembut yang boleh terus dibawa bersolat di SP. Anim dah berazam, seboleh-bolehnya ketika keluar ke mana-mana @ bermusafir, aurat ketika solat sama seperti di luar solat. So, time bersolat, pakaian solat tak semestinya telekung dan juga bukan semestinya berwarna putih. Tetapi masalah yang sering dihadapi ialah labuh tudung,  awning yang keras dan tidak berdagu (macam telekung)

Tertarik bila mencuba tudung jenama Ummie Tinie ni tapi Anim tak membeli tudung. Anim cadang nak ke cawangannya yang baru dibuka di Alor Setar nanti. Time membayar, Bonda minta kurang harga tudung berharga RM50 yang dibelinya. Bila adik yang melayan kami memberitahu last day (Sabtu) 3 pelanggan pertama akan menerima satu tudung percuma bagi setiap pembelian tudung berharga RM65, kami hanya tergelak, tak dayalah nak ke sini lagi dik, Takkan nak mai awal semata-mata kerana tudung. Bonda pun nak balik dah.

Sapa sangka...gara-gara nak ambil buku dari booth Jakim, dapat "ikut" Encik Suami ke sini lagi. Tengoklah...jubah petak baru yang dibeli kunjungan pertama, sudah dipakai pada kunjungan ke2. Haha..emak borek, anak rintik. "Main belasah aja". Pembeli lain dok tersengih bila tengok model sedia ada jubah kain cotton Viscose ni. Tak kisahlah...janji kita ni salah seorang 3 pelanggan terawal yang dapat offer tudung labuh BERDAGU yang boleh terus bawa bersolat .
 RM65 untuk 2 tudung, rezeki tu. Heeee....

P/S Tu sebab selalu diingatkan, selalu kena sebut insya-Allah. Bukan kuasa kita menentukan apa yang kita makan dan lakukan keesokan hari. Tu yang den pun selalu terlupa...


Artikel berkaitan:

18 Komen untuk "Buku dan tudung labuh BERDAGU@Karnival Halal Kedah 2013"

  1. wah rezeki tu anim..beli satu dapat dua..Alhamdulillah =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak, jadi pelanggan terrawal tanpa diduga...

      Padam
  2. In sha Allah...=)))

    Rezeki Kak Anim jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulut selalu kena sebut insyaAllah..jgn anggap sesuatu perkara tu mustahil terjadi..moral of the story

      Padam
  3. alhamdullilah itu nama nya rezki yng tak terduga..

    zu pun dah lama tak buat ujian darah dan kolestrol..asyik bertangguh sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah kan...kita ni kalau cakap main sedap mulut je...Terlupa perjalanan hidup telah diaturkan Allah

      Padam
  4. nk Gugel jugak lah tudung Mcm ni. baguslah ada pelapik dagu Skali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main branch Ummie Tinie ni di Sect 7, Sh Akam

      Padam
  5. cantik..tapi harga... aduhai... nak buat sendiri la kak anim.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM50 harga labuh pusing XXL tu ita. tudung labuh memang mahal sikit banding dgn saiz biasa M@L. dah lebih kain kan..kak rasa murah lagi compared tu jenama lain. tapi kalau memang pandai jahit, tabiklah..

      Padam
  6. wah mesti cantik tudung tu yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik tudung je ? bukan orangnya?? heee

      Padam
  7. Seronoknya dapat tudung free. Melimpah rezeki Anim... Insyaa Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka tengok tudung style huda pakai tapi..tak reti nak pusing..heee

      Padam
  8. seronoknya... saya pun berhasrat untuk mula memakai tudung saiz XL/XXL... moga Allah berikan saya jalan yang mudah untuk itu... In shaa Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah dan syukur. perlukan kekuatan mental kalau hanya kita seorang dalam kelompok rakan dan keluarga yang memakai tudung saiz XL/XXL. kak sendiri terasa janggal pada mulanya..namun niat utk ikut perintah Allah, lama kelamaan biasa saja dan alhamdulillah...sekarang ada ipar duai dan rakan taulan yg mengikut...

      Padam
  9. Saya berazam untuk melabuhkan tudung saya tapi belum lagi nak pakai tudung XL/XXL tu...insya Allah..perlahan-lahan..doakan saya ya kak ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah lakukan penghijrahan walau sekcil2nya. niatkan kerana Allah Taala...insya-Allah, satu perasaan yang tak dapat nak kak gambarkan. Satu motivasi yang kak tanamkan pada diri kak,..biarlah kita buruk dipandangan mata manusia, tapi indah di pandangan Allah.

      Padam

Komen anda amat dihargai