Home · About Me · Sitemap ·

Semoga pulang membawa umrah mabrur

Jumaat malam 8/2/2013, dalam kesibukan pengguna jalanraya berada di jalanraya kerana CNY, Anim & 3 Abdul sudah berada di rumah my younger brother di Kota Warisan, Sepang. Alhamdulillah...kami 11 beradik semua dapat berkumpul malam itu. Kak Long suami isteri dan 2 anaknya dari Terengganu pun ada bersama. Sanggup turun KL dengan bas express kerana abang ipar tak sihat nak memandu.

Selain doa selamat kerana adik masuk rumah baru, majlis doa selamat ini turut diadakan bagi mendoakan perjalanan umrah my Bonda dan abah bersama 2 ibu saudara, bapa saudara, 3 sepupu (seorang darinya membawa isteri dan anak lelakinya yang berusia 1++ tahun).

Bonda, abah dan adik-adik
Seminggu lebih orangtua Anim berkampung di KL kerana beberapa hari sebelum berangkat, pihak travel (Al Mukmin Travel) memaklumkan , surat nikah mereka berdua tidak diterima oleh pihak kedutaan Arab Saudi semasa proses visa. Alasannya, surat sumpah yang dibuat dulu sudah lama (tahun 90an) dan tak valid. Surat sumpah tu dibuat kerana sijil nikah yang asal (dekat 50 tahun) hilang dari simpanan. Mereka dikehendaki pergi ke Wisma Putera untuk urusan mengecop dan kemudiannya ke Pesuruhjaya Sumpah.

Risau pada mulanya, peraturan baru lagikah bab mahram ni? Maklumlah, sebelum ni peraturan diketatkan bagi wanita berumur bawah 45 tahun yang pergi tanpa mahram. Alhamdulillah, selesai dalam 1 hari. Kali terakhir mereka menunaikan umrah sebulan di bulan Ramadan (pulang 8 Syawal) pada 2009 bersama kedua besannya dari Terengganu. Namun, Bonda kata..dia tetap rasa berdebar!

Yang menghantar lebih ramai dari yang berangkat. Takkanlah kami, satu keluarga besar ni nak conquer tempat duduk yang ada.

Cari tempat yang lebih santai dan relax sambil menanti penerbangan mereka pada jam 3 pagi. Mereka akan transit di Kuwait. Kenalah tukar duit sikit kat airport. Haaa..terkejut abah bila nilai wang dinar yang ditukar RM 115=10 dinar..huhu..menggeleng kepala dia. Nak kata apa, matawang depa kan yang tertinggi di dunia.

P/S Ini perjalanan pertama umrah mereka 9 orang bersama Al Mukmin Travel yang diuruskan oleh kak Paezah (sepupu Anim) pensyarah di UiTM, Shah Alam yang ikut serta. Dia yang sebelum ini pergi dengan pakej umrah TH Travel pun dapat rekomen travel ini dari rakan-rakannya. Semoga dipermudahkan segalanya dan sabar serta redha dalam segala bentuk ujian.

Artikel berkaitan:

10 Komen untuk "Semoga pulang membawa umrah mabrur"

  1. wak pon rindu kat mekah dn madinah jugakkk., uHuuu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...semoga selamat pergi dan pulang.

    BalasPadam
  3. Masyallahhh..ramai yg ngantar ye anim..biasalah..mcm.kitarang pun.penuh.klia tu..siap berpicnic..main duduk je.kat lantai klia tu..


    Semoga urusan di sana dipermudahkan..insyallah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah anak pun ramai, lagilah bala tenteranya, darab 2 lagi (pasangan)..
      masing2 tak nak lepas peluang ucap selamat kat mereka.
      terima kasih yan...

      Padam
  4. Tak sabar kakak nak menyusul sama Anim. Jom Anim kita pergi cuti sekolah March ini. Kalau kakak pergi mudah sekarang Anim sebab Senai dah ada penerbangan direct terus ke Jeddah dah tak perlu transit ke KLIA. Berdoa moga kita dapat pergi lagi seperti mereka.

    Moga ibadah mereka diterima Allah. Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah...dah tak perlu ikut changi airport lagilah kak..baguslah..
      saya ni kalau ikut hati, mau je pergi lagi umrah tahun ni..
      tapi...ada sebab ditangguhkan..kakzakie pergi ya? alhamdulillah...

      Padam
  5. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya. Amin.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai