Bila passport Anim yang dicari sejak sebulan lalu masih tidak ditemui ( yang peliknya passport Encik Suami dan 2 Abdul masih tersimpan elok di tempat biasa), Anim give up dah. Ajak Encik Suami temankan buat passport baru. Depa kata kena buat police report dulu, lepas tu kena angkat sumpah kat Pesuruhjaya Sumpah sebelum prosedur selanjutnya. Tapi Encik Suami suruh cari lagi. Mesti ada di mana-mana. Rumah tu baru 40% diselongkar katanya (termasuk dapur dan bilik air).
Kalau pencarian di master bedroom tempohari menemukan album duit lama, cuti hujung minggu lalu Anim beralih pula ke bilik ke 2. Bilik yang digunakan tetamu yang datang bermalam di rumah. Bukan boleh selongkar semua bilik sekaligus. Siksa nak kemas balik nanti. Beg-beg besar masa p umrah dan persiapan haji tahun lalu (tapi tak dapat p) masih ada di situ. Tak tergerak nak tuju di situ kerana begitu yakin segala isi perut beg semua sudah dikeluarkan tahun lalu. Beg besar beroda yang dicapai dulu. Ternampak 2 beg sandang pemberian pihak travel. Satu, kosong tanpa isi...yang satu lagi, masya-Allah....menjerit kegirangan.
Passport masih berada dalam beg sandang semasa p umrah Mei tahun lalu. Memang tak sangka betul sebab Anim rasa dah kemas dan keluarkan semua isi. Alhamdulillah.tak perlu selongkar bilik lain, tak perlu mengadap pak polisi dan pesuruhjaya sumpah..Sempat bersujud syukur..
Ada lebihkurang SR 350 dalam beg sandang itu. Terkejut. Kami sangka sudah habis ditukar ke RM sewaktu pulang tempohari. Kalau ada pun mungkin dalam jumlah kecil saja dalam 10@20 riyal saja.

Tasbih tawaf yang kita masukkan ke jari ini langsung tak teringat nak pulangkan balik kat Bonda. (3 dari kanan tu Bonda buat sendiri). Bonda pinjamkan pada kami tahun lalu. Duduk tersorok dalam beg sandang yang sama. Cepat-cepat telefon Bonda. Hee...Bonda terlupa mana disimpannya tasbih tawaf itu (walhal dia beri Anim pinjam). Kata Bonda, dia baru bercadang nak ajak adik ke Mydin untuk beli manik (nak buat sendiri).
2 lagi tasbih tawaf (putih) tu sedekah dari jemaah negara luar. Depa agih-agihkan (sedekah) kepada jemaah dalam Masjidil Haram lepas solat. Hebatkan cara mereka bersedekah. Bukan dengan wang ringgit. Tetapi dengan 7 biji manik yang diikat menjadi tasbih untuk digunakan semasa bertawaf.
Note: Untuk yang 1st time berumrah, jangan guna jari, jangan guna tasbih digital (yang picit-picit) kerana peratus untuk silap kira bilangan tawaf, tinggi
P/S Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dari kehilangan satu passport...boleh jumpa macam-macam.
Alhamdulillah...da jumpa....ada hikmah di sbaliknye..
BalasPadamMacam nak nangis bila sedar passport takde kat tempat biasa bulan lalu...tak sangka, ada ditempat yg tak dijangkakan. Tulah kan, macam2 jumpa!
PadamAlhamdulillah jumpa.. tambah seronok jumpa pulak duit riyal dan tasbih tawaf tu...
BalasPadamTak sangka gaklah makchaq. Terima kasihlah makchaq bagi nama yg betul.."tasbih tawaf" berbanding "manik" yang saya gunakan..heee
PadamALHAMDULILAH..nak ke mana lah gerangan nya tuuuu..
BalasPadamTakde plan ke manalah yan dalam masa terdekat ni. Gelabah kejap bila passport saya takde kat tempat biasa bulan lalu.
Padamnak satu manik tu..hehhehe.....boleh tak???
BalasPadamKak ezza, bagi alamat kak di e-mel saya. Serius ni, saya nak poskan yang jemaah negara luar tu sedekah kat saya. Biarlah pahala jariah dia berterusan. Secepat yg mungkin, seblum kak berangkat. E-mel ke hanim_rahmat@yahoo.com.my
PadamKadang-kadang kita rasa dh cari semua tempat..rupa-rupanya ada lagi tempat tak tengok..hhehe
BalasPadamkonon2 ikut firasat tapi sebenarnya diri sendiri yg pelupa..heee
Padamassalamualaikum..salam perkenalan...
BalasPadamwaalaikumsalam zu...saya dah follow, tq
PadamEmm dah jumpa pasport .. boleh lah jalan jauh ya..
BalasPadambelum ada plan lagilah che mid...
Padammacam pencarian harta karun dah ye ! hehe
BalasPadamseronok juga bile mengeledah..macam2 jumpa..heee
Padamsaya selalu juga pelupa camtu kak..rasa macam dah selongkar semua kan..tempat yg kita syak tu takde tp tempat yg tak disangka2 tu blh jumpa plk kan..uniknya tasbih tu kak anim..buat sendiri yer..
BalasPadamkita perasan yg kita ni pengingat..walhal pelupa..
Padamp/s bonda kak buat..
Kes naya jugak yer kalau nk pergi buat yg baru. Mcm2 prosedur.
BalasPadamdepa kata..pasport ni macam nyawa kita, bukan senang2 boleh apply baru kalau hilang, huhu...
Padamnasib jumpe ye kak..
BalasPadamtulah...tak pasal2 nak mengadap banyak tempat.
PadamAlhamdulillah... macam-macam ada!
BalasPadamhaaah...macam2 ada..
Padamalhamdulillah jumpa dah... menarik tasbih tawaf tu...
BalasPadampernah jumpa tak nora sebelum ni?
Padamalhamdulillah...hilang satu brg jumpa semua brg...
BalasPadambetullah mimi...tak boleh merungut berlaku kehilangan..sebab diganti dengan yang lebih baik
Padam