Home · About Me · Sitemap ·

MasterChef Cilik

Udang salut tepung dinner kami sekeluarga malam tadi bukan dari tangan Anim. Sungguh, Anim hanya tolong bersihkan dan toskan saja. Kerja menyediakan batter untuk menyalut udang dia lakukan sendiri. (Note: Kakcik, dah berjaya buat watermark, tqvm)

Si Abdul ni yang beriya-iya mahu menyediakan menu itu untuk kami semua. Untuk rekod, dia pernah menyediakan Cucur Manis segera Adabi (dia bancuh sendiri) dan Omelette Mayonis (rekaannya). Ooo..chef berbaju Melayu, pernah jumpa tak di mana-mana?

Kerana minatnya ke dapur, setiap kali Anim dan Encik Suami meninggalkannya sebentar di rumah bersama adiknya, Anim akan pastikan makanan sudah tersedia dan kepala tong gas di dapur dicabut!

Dia guna batter Tempura keluaran Nona . Camnapun tak ikut arahan yang diberikan. Ummi dia ajar, lebih kurang 1/2 tepung batter ini dipukul bersama 2 biji telur. Tak perlu letak garam atau bancuh dengan air. Just telur. Senang banget kan untuk MasterChef berusia 11++ tahun ni. Udang salut tepung ni versi cekodok bukan rangup.

Sewaktu menginap di De Palma, Kuala Selangor

Seboleh-bolehnya kami mahu cita-cita si Abdul ni nak jadi Chef tu jadi pilihan terakhir. Kami mahu dia jadi Hafiz, jadi Ustaz. Bukan saja di tempat pengajian Quran sahaja dia selalu menjadi imam kepada rakan sebaya, dia juga sekali sekala jadi Imam kami sekeluarga. Malangnya dia geleng kepala...


Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "MasterChef Cilik"

  1. Alhamdulillah. Bermanfaat juga 'tusyen' yang kakcik beri tu.

    Anak bujang kakcik yang no 3 pun suka sangat memasak. Kakcik biarkan, sekurang2nya tak susah untuk dia mengisi perutnya dan adiknya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya takut dia terlupa tutup gas kalau saya tak ada. berani bagi izin, kalau kita ada rumah..

      Padam
  2. InsyaAllah kak anim..chef juga boleh berdakwah..bru2 ni tgok tv alhijrah, masak dr hati masak dgn iman
    Hafiz jd chef atau chef jd hafiz..Allah akan berikan yg terbaik..smg Allah jadikan anak ini pendakwah yg berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekejap nk bawa keretapi, sekejap nak bawa kapal terbang, sekejap nk jadi doktor, sekejap tukang masak..tu yg kak kata senang jadi hafiz, jadi Imam aja.
      tq faiz, betullah, kita hanya doakan saja yg terbaik utk dia.

      Padam
  3. Calon menantu kakak nie Anim hihi... jgn marah. Sejuk hati kakak Anim. Bukan kerana dia pandai masak tak-tak-tak... kakak suka sebab dia dah boleh jadi imam. Masak tu kasi isteri buat dia boleh tolong. Ah.... suka betul kalaulah semua anak-anak bangsa kita begini.

    Salam buat anakanda Abdul..

    BalasPadam
  4. ala sejuk hati membacanya..
    takperler chef yang seorang tahfiz...
    Insyaallah...
    kita merancang hanya Allah menentukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah minat dia , bagi sokongan ajalah kan...

      Padam
  5. salam cikgu..
    saya pun suka udang tempura ni...
    baguih latih anak2 jadi imam solat...mudah-mudahan impian cikgu tercapai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia lelaki, sulong pulak...kena latih jadi ketua,senang nantikan.. boleh imamkan jenazah orangtuanya

      Padam
  6. ALAHAI ADA BAKAT DAH ANAK AKAK NI..... TAHFIZ YG PANDAI MEMASAK NI

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. alhamdulillah kak..sejuk perut akak kan...anak saya asyraf tu minat muzik tak tau dari mana dtgnya kak..belah suami dan belah saya takder plk..tak tau bakat tu dtg dari mana..tp sepupu saya belah abah ada la sorang guru muzik dan selalu gak masuk tv..anak didik syafinaz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tok nyang dia dulu ada ahli muzik kot, heee. baguslah terlibat dalam persembahan begitu, bukan ahli muzik rock kapak..huhu

      Padam

Komen anda amat dihargai