Home · About Me · Sitemap ·

Khabar Dari Belakang Rumah

Phua dah bersendirian sekarang. Chee mati last day kami di Tasik Banding. Jiran kami yang baik hati, pasangan guru Shima dan Nazri menelefon memberitahu mereka ternampak Chee terbaring di tanah. Nazri dengan susah payah memanjat tembok rumah dan membantu menanam bangkai Chee Kami syak kes Chee ni 2x5 dengan ibu angsa dulu. Frust mengeram telur yang tak menjadi. Tak ada rezeki nak rasa daging Chee. Susahnya nak cari ayam piru dewasa untuk dijadikan pasangan Phua. Kalau tak jumpa juga, Phua bakal dikorbankan...

Burung puyuh yang sebulan dibela dalam reban dah bertelur.Sehari sebiji, tapi tak tahulah puyuh mana yang bertelur. Kutip dan kumpul untuk makan sendiri. Belum berkesempatan hulur kat jiran sebelah untuk rasa. Tunggu sebulan lagi noo.

Terkini, Si Bisu dah dipakaikan loceng oleh 2 Abdul. Kami terperasankan luka dikepala dan kakinya balik dari Tasik Banding tempohari. Angkara kucing mana agaknya..

Kami syak si Boboi ni (kucing jiran) kerana dia asyik mengejar si Bisu kalau mai"jalan-jalan" rumah kami.Saiz badan si Boboi ni 3x saiz badan si Bisu. Dia ni tak kisah masuk rumah kami mengejar si Bisu. Dengan lidi penyapu pun tak takut. Brutal betul si Boboi ni. Namun bak kata sorang Ustaz, tak baik menuduh walau haiwan sekalipun! Oh ya..kadang-kadang hukuman si Bisu terpaksa dilonggarkan kerana kami kesian tengok si Bisu mencicit lari mencari tempat bersembunyi.

P/S Nak bela apa lagi agaknya...

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Khabar Dari Belakang Rumah"

  1. Kat kampung IM dipanggil ayam belanda. IM pernah pelihara.

    Paling best bila mendengar dia melatah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kelakar dgr dia melatah...walhal adakala kita cuma terbersin,

      Padam

Komen anda amat dihargai