Home · About Me · Sitemap ·

Hati-hati pengguna lorong SmartTAG

 Blogger tetap cool keluar kereta, ambil gambar walaupun panik seketika

Kejadian berlaku petang semalam (on the way balik Sg.Petani dari Shah Alam) di Lebuhraya Guthrie sebelum tiba Rawang. Sebaik menghampiri lorong SmartTAG, Encik Suami memperlahankan kenderaan dan baki tertera RM120. Palang tol naik seperti biasa. Sebaik saja nak melepasi palang, dengan tidak semena-mena palang itu turun tiba-tiba. Syukurlah, Encik Suami sempat brek mengejut. Tergamam kami dibuatnya. Kecut perut...

Tak dapat bayangkan jika Encik Suami memecut laju, tak sempat brek dan palang ini memecahkan cermin depan kereta...

Kakitangan PLUS yang datang membantu mengatakan bateri SmartTAG kami sudah weak. Macam tak percaya kerana rasanya bateri baru saja diganti balik raya hari tu. Lagipun pengalaman guna SmartTAG dah bertahun, bila bateri weak, dia bagi signal bunyi. Encik Suami agak ini kesilapan PLUS memprogram. Namun syukurlah...baik pemandu, penumpang mahupun kereta itu sendiri tak apa-apa. Kalau tak...tak keluarlah entry ini.

P/S Anim masih FOBIA bila melalui lorong SmartTAG apabila menghampiri tol hingga tiba Sg.Petani malam tadi. Seolah-olah setiap palang tol yang dilalui tu nak hempap kami!

Artikel berkaitan:

26 Komen untuk "Hati-hati pengguna lorong SmartTAG"

  1. ...ada sesekali terlintas di fikiran ketika lalu di lorong tol kebarangkalian untuk palang itu turun tetiba...rupa2nya ada berlaku...syukur alhamdulillah...sib baik tak ape2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka kena kat saya petang semalam..fobia!

      Padam
  2. Allah masih memberi perlindungan Anim. Itulah pentingnya doa dalam perjalanan/menaiki kenderaaan, tanpa kita sedar Allah beri perlindungan - syukur alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berul kakzakie.itu juga yg saya ingatkan kat anak2

      Padam
  3. Syukur Alhamdulillah. Tiada kejadian yang tidak diingini terjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur kak...kalau tak, tak tahulah macamana...

      Padam
  4. kena lebih hati2 lepas ni kalau guna SMARTTAG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang masih fobia setiao kali masuk lorong smarttag

      Padam
  5. Alhamdulillah . ingatkan kejadian Kat SP...

    BalasPadam
  6. Syukur Alhamdulillah adik selamat. bahaya betullah lorong macam tu..

    BalasPadam
  7. pernah terjadi di brunei kereta kami di hempap palang

    BalasPadam
  8. tak dapat dibayangkan kalau palang tu kena cermin depan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cermin kereta boleh ganti, kalau muka@mata? Naudzubillah..

      Padam
  9. nasib baik tak pape kan.... fuhhh... kalau pecah cermin keter Toyota wish tu mahu berpinar jugak tu.... heee3x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cermin kereta tu boleh ganti kazman, kalau mata@muka kami....lagilah berpinar2...

      Padam
    2. tu la kan.... hati2x bila memandu.... tapi kan gambar palang tu memang sikit lagi nak kena cermin..... sampai wiper tu pun ternaik yee.... mesti gelabah kejap tekan brek sampai tertekan wiper.... syukur alhamdulillah tak de pape....

      Padam
    3. kazman, waktu tu gerimis, wiper tak off. tulah kan, nasib2 lah. kadang2 sesuatu berlaku samada kita yang careless atau pihak lain yg careless..itu Allah punya kuasa.

      Padam
  10. salam kak..saya selalu terfikir camtu tapi ia benar2 berlaku pada akak ye..kalo camni memang kena hati2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..sebelum ni, mulut pernah menyebut "pernah tak dia timpa kereta orang"...eeeeeh, kena kat kita pulak..

      Padam
  11. Masya Allah ,ni la dikatakan malang xberbau ,mjur k.anim n family xde apa2,...alhamdulillah,.xbiasa gna smart tag,selalu tng je,.kira x smart jga la smart tag ni ya ,.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah tak apa2 lah noor. kak pun cadang nak e-mel plus fasal kejadian ni..nak dgr apa jawapan depa

      Padam
  12. dulupun ada dengar cerita..
    berhati2 diman ajuga...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai