Sewaktu check out, keadaan di lobby resort agak sibuk. Depa kata PM dah sampai. Pesilat-pesilat ini sudah bersedia menyambut kedatangan PM.
Malangnya PM tak ikut lobby utama. Beliau dibawa masuk terus ke bilik penginapannya dulu ikut jalan lain. Melepas kawan..Khabarnya bilik penginapan tersebut lengkap segalanya. Siap waterfall sekali. Ramai dah orang kenamaan yang tinggal di bilik tersebut . Dah...dah...kami kena segera berangkat pulang ke SP.
On the way balik, singgah Masjid Kuala Kemaman (tak nampak dari jalan besar, kena masuk kampung) yang baru dirasmikan DYMM Sultan Terengganu, Jumaat lalu. Wow...masjid tepi laut...berangin..bestnya..
Singgah satu kedai. Pulut panggang, satar, keropok lekor, pais ikan, pais udang, pais sotong semua ada....
ICT (Ikan Celup Tepung) , sotong dan udang goreng tepung juga ada. Makanan depa semua berasaskan ikan. (Antara faktor Terengganu sentiasa berada di ranking atas dalam peperiksaan. Depa banyak makan ikan!)
Inilah isi kotak misteri. Kata Encik Suami, dia diberitahu la ni musim sotong di Kemaman . Tu sebab menunggu nelayan naik bawa hasil tangkapan di Kuala Kemaman. Dah kebetulan bawa kereta sendiri, rugilah kalau tak dapat seekor dua untuk dibawa balik.
Ni bukan seekor dua dah...seminggu pun tak habis. Ligat kepala memikir menu. ICT, sotong bakar, asam pedas ikan parang.....fenin..fenin..Sementara tengah fresh ni, perlu dimasak segera...
P/S Ada hikmah bawa anak isteri bersama...macam-macam boleh dibawa balik, heee...
bestnya isi kotak misteri!
BalasPadammala_best untuk org yang rajin masuk dapur...heee
PadamKak, rndunye nak mkn ict dan seangtkatn nye tpi pntai tluk lpat dungun. Rasa mcm nak g ptg je ni...hehehe. Bila la dpt g tpt lama tu smula?
BalasPadamza_bila kita tak plan, pack baju dan start enjin kereta. kalau dok plan...selalu tak jadi, betul tak? (akak le)..
Padamassalamualaikum anim...
BalasPadamalhamdulilah rezeki tu....sebenarnya saya tidaklah menyepi sangat masih menulis di beberapa blog ina yang lain.
TERIMALAH AKU SEADANYA AKU..
http://azlinadeco.blogspot.com
juga sedang menulis di blog yg baru juga..
ANUGERAH SUATU PERJALANAN TERINDAH http://azlinawahidina.blogspot.com/
tu ka? saya ingat dah tak menulis lagi. anyway...saya dah follow dalam salah satu blog tu.
Padam