Home · About Me · Sitemap ·

Corat Coret Kursus Siri 1

Untuk Siri 1 ni, kena ingat balik apa yang berlaku pada kursus 3 hari 2 malam di luar daerah minggu lalu....Apalah cikgu ni, itu ke tujuan dihantar berkursus? Heee....setidak-tidaknya ada kenangan manis di sana...


1) Kami ditempatkan 3 orang sebilik. Doa, minta kat Allah...dapatlah teman sebilik yang baik, yang dapat jaga aib dan rahsia kita. Maklumlah,3 hari 2 malam duduk sebilik dengan mereka yang tidak dikenali. Nak tau, katil double ini milik Anim seorang sehingga ke akhirnya kerana salah seorang teman sebilik tak stay hotel. Dia berulang alik dari rumah adiknya yang berdekatan kerana membawa baby kecilnya yang sedang menyusu badan. Heee.....


2) Macam tak percaya bila dapat tahu teman sebilik yang satu ni, sama satu "kapal". Fifi Ningrum yang manis rupa, lembut budi bahasa ini beribukan keturunan Jawa dari Jogjakarta (Bertemu dengan ayahnya yang belajar di sana). Pendekata...anak Jawa jugaklah.Happy sangat bila dapat tahu Fifi yang 10 tahun lebih muda dari Anim ni faham bahasa Jawa walaupun tak tahu nak bercakap bahasa Jawa. 3 tahun duduk SP...lama tak sembang pasal tempe tau dengan oranglain. Yang pasti, no.telefon Fifi sudah ada dalam simpanan. Dia dan famili kerap pulang ke sana...so, lain kali Anim boleh join sama. Heeeee


3) Sebelum hadir kursus lagi, "ditakut-takutkan" oleh geng bas sekolah apabila terlihat nama Si Dia dalam surat panggilan kursus. Macam-macam cerita dan nasihat didengar. Pendekata...nama Si Dia memang cukup terkenal di kalangan mereka yang pernah berkursus di bawah pengurusannya. Tak kiralah Cikgu Besar ke atau Cikgu Kecik ke...semua pernah "kena". Kita ni punyalah berkobar-kobar plus berdebar-debar. Hari pertama...dia tak muncul, ada hal katanya. Sudahnya....sampai ke sudah hanya anak buahnya sahaja yang dapat bersama kami semua. Hajat hati untuk mengenali dan melihat wajahnya tidak kesampaian. Ada hikmahnya tu...

P/S Tu pun kira rezeki jugak.....

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Corat Coret Kursus Siri 1"

  1. siapa Si Dia tu anim? nak tau jugak...

    BalasPadam
  2. Allah tak izinkan kami bertemu...kak pun tak kenal siapa dia.. nama je pernah dengar

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai