Home · About Me · Sitemap ·

UPSR...tazkirah buat mak ayah

Hari ini UPSR bermula. Tentunya ramai mak ayah yang tak senang duduk bila anak duduki peperiksaan. Hari ni nak berkongsi cerita yang biasa timbul di hari peperiksaan ( walaupun 22 tahun pengalaman mengajar tapi pengalaman sebagai ibu anak ambil UPSR belum lagi...tahun depan no...)..sebahagian sumbernya di Radio Mutiara FM jam 3.00 petang tadi.

1- Pastinya bila anak bawa kertas peperiksaan pulang ke rumah...ada mak ayah yang tak sabar-sabar nak tahu keputusan anak. Mulalah dia ambil jawatan "Lembaga Peperiksaan"..mark paper, tanya anak.."kakak jawab apa soalan no.3 ni.." Jangan beri tekanan pada anak kerana ada 2 hari lagi yang perlu ditempuhi. Berilah dia ketenangan untuk menghadapi kertas-kertas peperiksaan berikutnya.

2- Ramai mak ayah yang mengambil cuti sepanjang minggu peperiksaan anak. Tindakan ini memang bagus, hantar anak kita ke sekolah, sediakan pemakanannya di kantin. Tapi kena tengok jugaklah. Ada setengah2 anak kita yang suka kehadiran kita. Sedikit sebanyak muka kita dapat menenangkannya. Tapi ada setengah anak tidak senang dengan kehadiran kita di sekolah, dia rasa tertekan bila mak ayahnya ada.  Pendekata...kalau mak ayah ambil cuti tunggu anak di sekolah... janganlah terlalu mengawal anak hinggalah bab mengawal apa yang dia makan di kantin sekolah. Kesian anak kita tu...

3- Jaga emosi anak sehingga ke hari akhir peperiksaan. Biarlah keluar kata-kata yang "merungkaikan" dan elakkan kata-kata yang "mengusutkan" emosi anak-anak. Kalau boleh elakkan marah anak-anak dalam minggu peperiksaan terutama pada waktu pagi sewaktu dia nak duduk peperiksaan. Banyakkan bersabar. Kalau perlu tangguh untuk menegur, tangguhlah dulu. Kalau perlu tegur segera, tegurlah dengan nada tidak tinggi (cara berhikmah). Jangan kerana "kesilapan" kita sebagai mak ayah, anak yang pandai pun jadi separuh pandai sebab kita tak pandai berkomunikasi dengan anak-anak. Jangan matikan emosi anak-anak di pagi hari.

4- Cuba bagi anak-anak kata-kata yg +ve setiap kali dia pulang, "Tahniah kakak...dah habis satu paper" . Manusia ni lumrahnya bila ditanya , dia rasa tertekan sebab dia rasa dia ada bebanan untuk menjawab. Contohnya, mak ayah nak menegur anak "Pasai apa tak study lagi ni..esok kan ada paper" "Pasai apa".."Kenapa" tu kan ayat soal yang memerlukan jawapan. Gunakan pendekatan yang lain . Contohnya, "Ok..ini masanya untuk study". Pendekatan kedua ialah pendekatan mengajak. Kita wujudkan titik persamaan. Maksud kedua ayat tadi sama (nak suruh dia study) tapi bukankah pendekatan kedua itu lebih berkesan.

5- Samalah juga bila kita nak suruh anak solat. Kita ada 2 pilihan. Pertama, kita marah sambil pegang rotan suruh dia solat. Kedua, kita beritahu, "Solat kak..Mak tolong hamparkan sejadah ni". Bukankah berhikmah pilihan ke2 itu.

6. Kita baca Yassin setiap hari. Kita baca Yassin bila anak nak exam. Sekolah pun anjur bacaan Yassin untuk anak-anak yang duduki peperiksaan. Kita ambil kata-kata motivasi, ambil pengajaran  dalam surah Yassin dalam ayat 82;
"Innama amruhuu izaa aroda shaiaan aiyakululahu kun fayakun" 
Maksudnya : " Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi."
 Ambil pengajaran dari ayat itu, ambil pengajaran dalam peperiksaan, sesungguhnya semuanya adalah urusan Allah Taala. Jika Dia berkehendak melakukan sesuatu..jadi, maka jadilah! "

7. Kita pesan pada diri kita, cerdik atau tidak , kalau Allah izinkan anak kita cemerlang, dia akan cemerlang. Kalau anak mengadu kat kita dia tak boleh jawab...kita minta pada Allah. Kalau satu dunia (seluruh makhluk) kata anak kita boleh dapat 5A, tapi kalau Allah Taala tak izinkan..anak kita takkan dapat 5 A . Begitu juga sebaliknya kalau satu dunia kata anak kita takkan dapat 5A, kalau Allah izinkan..tak mustahil anak kita dapat 5A. Sejarah membuktikan (setiap tahun jumpa kes begini) ada murid yang tidak pernah dapat 5A..tiba-tiba kuar result 5A. Bukan kata cikgu terkejut, budak tu sendiri terkejut jugak. Ada juga budak perfect, score 5A memanjang, alih-alih kuar result, 4A, 3A. Allah nak kita faham, DIA penentu segalanya. So, kita pun kena fahamkan anak-anak kita.

8-Teruslah minta pada Allah. Bila anak-anak kita dalam dewan exam, kita sebagai mak ayah minta pada Allah. Kita baca Yassin, kita solat Hajat. Ada mak ayah berpuasa sewaktu anak-anak menduduki peperiksaan (itulah amalan my emak setiap kali anak-anaknya ambil periksa penting....terima kasih mak!) .

Firman Allah dalam ayat 153 surah al-Baqarah:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya :"Wahai orang-orang beriman, minta tolonglah kamu dengan sifat sabar dan amal solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kaum yang sabar"
*Ulamak ada menafsirkan sabar yang dimaksudkan ialah puasa. Wallahua'lam...

P/S Semoga dapat membantu mereka yang bergelar mak dan ayah...

Artikel berkaitan:

5 Komen untuk "UPSR...tazkirah buat mak ayah"

  1. alhamdulillah ... dah lepas last year.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mala,lega dah no...saya pulak yg pulun next year!

      Padam
  2. terima kasih kak atas perkongsian ni..alhamdulillah harini last paper..hrp semuanya berjalan dgn lancar..

    BalasPadam
  3. Terim kasih kak. Insyaallah walaupun agak lewat menerima tip ini akan di praktikkan dan sebahagiannya telah pun di buat.

    Jun jenis mak yang cool bab anak ambik periksa taklah push depa untuk belajar teruk-teruk. Dapat baik alhamdulillah kalau dapat cukup makan itu adalah pegajaran buat mereka supaya kerja lebih keras untuk peperiksaan yang akan datang.

    Tahun lepas si abang cuma dapat 3A 2B walaupun dia adalah di dalam kumpulan yang cikgu aim utk dapat 5A. Tapi Jun redza dan pujuk kecewa dia.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai