Sudah 2 hari hujan lebat tak berhenti-henti di SP. Hanya ini saja murid yang mai sekolah semalam.
FAKTOR PERTAMA.. hujan...Almaklum...ramai yang ke sekolah berjalan kaki, ramai juga yang dihantar waris dengan motor...tak ke sekolah le gamaknya. Kelas sana suku, kelas sini suku...kelas sunun sekerat, dan akhirnya selepas rehat kami himpunkan dalam satu dewan untuk sessi tazkirah Ustaz Akmal mengenai solat.
FAKTOR KEDUA..lawatan sambil belajar 2 hari ke Zoo Taiping dan Cameron Highlands. Hampir 30% murid dan berbelas guru tiada di sekolah. Rekod tercatat 2012 bila 100 murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 turut serta dalam lawatan ini. 3 bas sekali bergerak pagi semalam. Walaupun Anim tidak turut serta ...tapi sebagai waris, kerisuan tetap ada. Maklumlah...selama ini ke mana pergi sentiasa bersama, boleh nampak depan mata...
Tapi biasalah...kita je risau. Dia happy saja..Walaupun sempat mengusiknya,
"Kita kan baru pergi Cameron Highlands tahun ni".
Tapi Abdul kecil tetap mahu pergi dengan alasan,
"Pergi dengan Ummi, dengan Abah lain. Ni p ngan kawan-kawan, dengan cikgu".
Macam-macam pesanan diberi.. telefon lagi...bila tak nampak depan mata, teringat-ingat kat dia. Tentu banyak yang nak diceritakannya bila dia pulang malam nanti tapi...Anim pula dihantar 3 hari berkursus luar daerah (jiran sebelah je...)
P/S Si Abdul satu lagi tak ikut serta. Next entry story...tak cukup masa nak tulis panjang. Belum siap kemas beg lagi ni. Jam 12 nak berangkat dah..
Take care kak anim
BalasPadamtq sis..ala,sepelaung aja tempatnya, tapi takleh balik, huhu
Padamini baru betul sekeluarga penuh aktivitinya...haaa3x...
BalasPadamkonon2 nak menyibukkan diri..dalam keterpaksaanle kazman, heee
PadamSalam. Anim, anak2 ni kalau boleh lebih suka pergi dengan kawan2, sekali sekala kita kena benarkan..
BalasPadamterkena batang hidung baru terasa..dok nasihat mak bapak murid, kita pun 2x5..haaaa...baru tau!
Padamsalam anim, ye la mana sam apergi dgn family dan kawan2. kita dulu pun mcm tu jugak :)
BalasPadambetullah mala..p ngan family takde kebebasan agaknya kan. la ni bagi dia duit poket...ikut suka boleh belanja!!!
Padamwah best nye g cameron ... nak g gak . tk pernah p lg
BalasPadamafasz..leh le honeymoon sana. kan pengantin baru tu!!
Padam