Home · About Me · Sitemap ·

Ini cerita sebenarnya....

TQ..TQ kepada Faiz, Huda, Fieda, Norliza dan Aien Alien yang sudi membina ayat untuk  entry semalam. Haaaa..sesekali cikgu buat test, tersenyum baca ayat lucu depa. Nampaknya ayat Norliza hampir tepat dengan cerita sebenarnya..Siapa gerangan pembaca setia blog Anim ni agaknya? Adakah Norliza teman sama study di Bangi dulu?

Sejak peristiwa Si Bisu t e r p e r a n g k a p dulu, Anim akan pastikan dia tidak "tertinggal" di dalam rumah sekiranya kami keluar ke mana-mana. Baik anak-anak, Encik Suami malah Anim sendiri akan memeriksa terperinci semua bilik dan "di sebalik langsir tingkap" sebelum keluar rumah.

Mau tak tepuk dahi...sib baik tak jatuh pengsan..bila buka pintu rumah selepas 8 hari berhari raya di Johor tempohari. Si Bisu ada dalam rumah! Masya-Allah...hang memang nak kena! Macamana hang masuk nih! Tambah hangat bila 2 Abdul menjerit "Dia berak, kencing atas katil, dalam bilik kita orang". Dugaan Syawal ni... Satu kereta barang belum bawa turun...sibuk check satu rumah kot2 dia ada melepas sana sini. Mencuci tu dah satu bab lain..

Nasib baiklah 2 pintu lagi kami tutup rapat. Kalau tak, mau migrain tuan rumah! Dalam meneka-neka darimana dia mencuri masuk...ditakdirkan malam tu anak-anak menjerit bila terlihat Si Bisu sudah ada kat atas tingkap bilik anak-anak. Tinggi tu!!!Ada dalam 10 kaki.. Terpaksalah Encik Suami panjat tangga turunkan dia. MORAL OF THE STORY: Kalau hangpa tak dak rumah, aku lompat atas katil!

So, kami keluar SENJATA utama halau kucing zaman kami kecik-kecik dulu. Ish...bukan buat sebat Si Bisu, tapi sebat LANTAI. Dia kan binatang, ada akal macam kita ke nak kena sebat, nak kena balun? Bukan kata doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah SWT..binatang pun sama jugak. Dia pun makhluk bernyawa yang turut bertasbih. MORAL OF THE STORY: Kalau hangpa sebat aku, aku tuntut untuk sebat hangpa pulak kat Padang Masyhar nanti!

Memang power PENYAPU LIDI ni ..bila kita sebat lantai..bunyi "chek..chek"...mencicit dia lari bila cuba nak jengok muka di pintu. Lucunya, lepas 2,3 hari...Si Bisu ingat hati kami dah sejuk..dia meluru masuk bila pintu rumah terbuka...Kemudian baru tayang penyapu (belum sebat lantai lagi)..slow-slow dia undur badannya keluar rumah. Heee....jangan terkejutlah bila lihat penyapu lidi jadi dekorasi kat rumah Anim la ni. Nak denda dia...kawasan dalam rumah adalah kawasan larangan buatnya masa ni..sehingga diberitahu kelak.. So, takleh lagi melepas-lepak atas sofa, bawah kerusi. Ndak tak ndak...kenalah cari port lain untuk tidur, dalam bakul motor ke..atas kereta . MORAL OF THE STORY:  Tolong aku..bantu aku..aku ini kucing bisu. Aku janji tak buat lagi!

UPDATE : Ternampak Si Bisu berehat-rehat di rumah neighbour India, depan rumah kami petang tadi. Pandai-pandailah jaga diri ya...jangan kena baling dengan sepatu sudah. MORAL OF THE STORY (monolog tuan rumah) : Den tak dopek nak nolong!

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Ini cerita sebenarnya...."

  1. kahkahkah dah agak dah..lepas komen smlm terus terpikir yg mungkin dia berak kat dlm umah kutt..pastu penyapu wat acah2 sebat lantai ke dinding ke..dulu kat kg klu nk suh kucing kuar mmg penyapu la yg berkesan kihkihkih sian si dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. penyapu lidi je..penyapu lain tak berkesan. nak ajar dia la faiz. dia reti masuk rumah, tapi tak reti keluar balik. tu yang payah kalau kami takde di rumah...takut perkara lalu berulang.

      Padam
  2. Ya saya kak.........hari2 mesti buka blog akak........suka baca entry akak......

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq so much kerana jadi pembaca setia. sejak takde FB ni, kak memang jarang dpt berita terkini kawan2 lama. takpelah, ada kebaikan untuk diri kak takde fb ni w/pun orang kata ketinggalan zaman. kita bertanya khabar kat blog ajalah ya.

      Padam
    2. saya ada fb tak buat update pun...... baca update org pastu share apa2 ilmu yang dibaca ngan orang lain........
      Dari blog akak ni la dapt cite pasal sg sedim, pasal jeruk madu pak ali dan lain2 tu....
      suami saya orang kedah.......bila kami balik kedah akak balik johor.....selisih tgh jalan

      Padam
    3. lucu kan..orang kedah tau dari orang johor. adatlah, kak pun jarang dapat explore johor, nama pun negeri sendiri. insya-Allah, satu masa nanti kita jumpa kat kedah (kalau ada cuti kak tak balik johor..hee)

      Padam
  3. penyapu ni memang senjata rasmi halau kucing senjak turun temurun keturunan kucing ni... haaa3x

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi payah pulak nak cari penyapu lidi ni kan? tu pun import dari batu pahat, heee

      Padam
  4. Hmmm... padanlah keluar senjata power ni ha... buat "kerja" rupanya Si Bisu nih. Pasang loceng kat leher dia kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah pandai masuk tapi tak reti keluar...kena dendalah. loceng? heeee...good idea

      Padam

Komen anda amat dihargai