Home · About Me · Sitemap ·

Dosa Yang Allah Bayar Cash


Gambar hiasan....my parents

DIA seorang bekas tentera dan kemudiannya menjadi Imam. Kemudian, bapanya meninggal dunia. Sewaktu pembahagian harta pusaka, DIA tidak bersependapat dengan ibunya. Berlaku perselisihan faham antara DIA dan ibunya...dan kerana tidak mampu untuk mengawal perasaan, DIA telah menendang perut ibunya. Masya Allah...DIA seorang Imam tapi tergamak pula menendang perut yang pernah mengandungkannya selama 9 bulan.

Tak lama kemudian, DIA dipecat dari jawatannya kerana membaca khutbah Jumaat tetapi terlupa membaca rukun kutbah. DIA kemudiannya diturunkan "pangkat" menjadi Imam Rawatib sahaja. Bagaimanapun....DIA kemudiannya dipecat sekali lagi kerana terlupa membaca Al Fatihah sewaktu mengimamkan solat.

DIA kemudiannya dilihat mundar-mandir ke sana-sini. Pada awalnya lengkap berpakaian. Kemudian, DIA tanggal baju dan ke sana sini dengan berkain sahaja. Dan kemuncaknya...DIA tanggalkan kain berjalan ke sana sini sampai akhir hayatnya..... Fikir-fikirlah apa kesudahan cerita ini....

Ustaz Kazim kata satu dosa yang Allah bayar cash di dunia dan tidak ditangguh balasannya iaitu dosa pada kedua ibu bapa. Dosa lain mungkin ditangguh di dalam kubur (seksa kubur).  Tambahnya lagi..buat menantu (perempuan) janganlah cemburu kalau suami kita taat  kepada ibunya. Ketaatan itulah yang membawa suami kita ke syurga kerana ditapak kaki ibunya lah terletaknya syurga seorang anak .

Sumber : Ceramah Ustaz Kazim Elias di Radio Mutiara FM, P.Pinang jam 2.30 p.m

P/S Sentiasa ingat..bila kita memudahkan laluan suami kita untuk ke syurga dengan redha kedua ibubapanya, mudah-mudahan kita sebagai isteri juga dipermudahkan Allah SWT untuk menuruti jejak langkahnya...

Artikel berkaitan:

10 Komen untuk "Dosa Yang Allah Bayar Cash"

  1. Ya Allah...kerana harta dia sanggup wat camtu kat ibu dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. walhal kalau kita bercakap kasar pun dah berdosa... inikan pula kaki naik ke perut mulia si ibu.. naudzubillahhu min zalik...minta dijauhkan dari terjadi pada kita semua...

      Padam
  2. harta boleh menggaburkan mata sesiapa..
    morning akak..

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/oreo-cake.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul QR..bila harta mengawal kita..
      ini hanyalah sebahagian cerita dari banyak cerita bayaran cash Allah beri di dunia pada mereka yg berbuat dosa pada ibu bapa. hidup tak berkat...kerja besar. duit banyak pun...hidup tak pernah senang, ada saja masalah melanda.

      Padam
  3. semoga menjadi pengajaran untuk kita semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar shaiful..tak de niat untuk mengaibkan sesiapa. peringatan untuk diri sendiri dn rakan2 readers.

      Padam
  4. Balasan
    1. betul munna..kena kenang balik kot2 ada dosa kita pada orangtua kita yang belum terampun...tak senang hidup kita di dunia ni...

      Padam
  5. Sy pn melawan ibu dlu, siap tinggikan suara lagi. Tapi, sekarang sy dah buat baik & dengar cakap ibu. seboleh-bolehnya sy tak nak lagi sakitkan hati ibu dan ayah. saya nak jadi anak yang baik, yang taat, selalu doakan kebaikan & kesejahteraan utk mereka dan adik beradik yg lain. Kalau boleh, setiap masa saya nak jaga dan lindungi mereka semua, selalu ada bersama mereka, dan jadi contoh yang terbaik pada adik-adik. Mudah-mudahan hasrat saya ni terkabul. Amiin....

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...buat baik pada ibu bapa...insya-Allah, anda akan selamat dunia akhirat dan dimurahkan rezeki. Tahniah diatas keazaman yg ditunjukkan. Sentiasa ingat...kalau bukan mereka yg pergi dulu, kemungkinan kita pulak. Biar kita susah di dunia, tapi senang di sana

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai