~Sekadar hiasan~
# Imam Hassan al-Basri berkata tanda lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram dan tidak panas dan tidak terlalu dingin.
# Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.
# Dalam Shahih Muslim dinyatakan bahawa pada malam lailatulqadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi.
# Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung.
# Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.
# Sesiapa yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari.
# Lailatulqadar ialah malam yang penuh rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam sangat mengalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf di malam lailatulqadar. Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam bersabda: "Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah).
# Mengikut Anas daripada Nabi Sollallahu Alaihi Wasalam menyatakan bahawa "Allah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya."
# G a n d a k a n i b a d a t pada malam ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.
# Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Ali bin Abu Talib.
"Sesungguhnya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):
~"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung nikmat dan belas kasihan yang Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu"~ (Hadis shahih riwayat al-Tirmizi,al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad) .
# Umat Islam dianjurkan berdoa sebagaimana dikhabarkan daripada Aishah: "Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada lailatulqadar apakah yang sepatutnya aku ucapkan?" Baginda menjawab :
"Katakanlah : "Allahumma innaka'afuwun tuhibbu al-afwa fa'fu'anni " (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku). Hadis riwayat Imam Ibnu Majah.
Sumber : Surau BTPN Pulau Pinang
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
# Formula Imam Ghazali ( dari blog Ustaz Shauqi )
Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh.
Bil
|
1
Ramadhan
|
Lailatul
Qadr
|
1
|
Isnin
|
Mlm 21
Ramadhan
|
2
|
Sabtu
|
Mlm 23
Ramadhan
|
3
|
Khamis
|
Mlm 25
Ramadhan
|
4
|
Selasa/Jumaat
|
Mlm 27
Ramadhan
|
5
|
Ahad/Rabu
|
Mlm 29
Ramadhan
|
# Imam Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari terakhir Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan 23
# Formula Ulamak Tafsir Yang Semasa
Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara dalam Surah al-Qadr iaitu:
i. Allah mengulang-ulangkan perkataan لَيْلَةُ القَدْرِ ( ) pada 3 tempat dan perkataan لَيْلَةُ القَدْرِ terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 = 27.
ii. Surah al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan هِيَ pada ayat yang terakhir surah ini berada dikedudukan yang ke 27.
~Wallahu'alam~
thanks for sharing..INSYALLAH semoga ramadan ini lebih baik dari yg sebelumnya..
BalasPadambetul tu yan..dan pastinya belum tentu kita akan bertemu pada Ramadan akan datang!
Padamterima kasi kak atas perkongsian ini..moga2 kita mendapat rahmat dariNYA..amin..;-)
BalasPadammudah2an..amin..
Padam