Home · About Me · Sitemap ·

Terima kunci rumah....

Balik dari umrah 3 minggu lalu, ada 2 pucuk surat sedia ada menunggu kami di rumah. Pertama, dari pemaju rumah di KL ; minta mai ambik kunci apartment kecil kami di Shah Alam. Kedua, surat dari Tabung Haji Travel (bukan surat dapat haji, next entry cerita). Dua-dua UJIAN DUIT. Ada hikmahnya kenapa duit yang kami bawa ke Tanah Suci berbaki lagi...rupa-rupanya nak "top up" sana sini..heee...

So, kami menunggu masa yang sesuai nak ke Shah Alam. Kebetulan, Sukan Dwi Tahunan Jabatan Encik Suami tahun ini di NS...ambik peluangle. Surat dari pemaju menghendaki kami membayar RM750 semasa ambil kunci rumah untuk bayaran api, air..gitule gamaknya (itulah yang dikabo dengan Encik Suami). 

Pagi-pagi, Encik Suami ke pejabat pemaju somewhere di KL. Anim bersama 2 Abdul tunggu je di hotel. Dalam jam 11 pagi dia balik, check out dan terus ke Shah Alam.

 Anak-anak lebih teruja kerana dari bilik tidur mereka boleh nampak keretapi lalu. Depa memang peminat tegar keretapi.  (Diambil dari rumah contoh...rumah kami berviewkan Stadium Shah Alam)

Walau macamana kecil sekali pun rumah...dapur kena bagi keutamaan. (Ini juga dari rumah contoh...rumah kami masih kosong sekosongnya lagi...heee)

Rumah yang dibeli ini dianggap keperluan mendesak. Memikirkan anak-anak, kemungkinan bertukar lagi ke ibu negara (tak sanggup mendengar sewa rumah di ibu kota) akhirnya satu keputusan perlu diambil, kena cari rumah berdekatan stesen komuter (senang p kerja), berdekatan highway (senang balik BP) dan kebetulan pulak berdekatan dengan MSU (waktu booked dulu, MSU tak wujud). Manalah tahu rezeki anak-anak belajar situ...dekat je nak p kuliah..berangan!

P/S Masa tinjau rumah untuk report defect..anak-anaklah yang mencadangkan apa yang perlu dibuat di hall, di bedroom..amboi, macam interior designer pulak hangpa. Itu tolak tepi dululah...yang penting pasang grill dan pasang lampu. Senang kita nak "transit" balik kampung raya nanti...heee. Tak payah susahkan adik-adik (tengah malam selalunya tiba), tak payah kuar duit kocek bermalam di hotel..

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Terima kunci rumah...."

  1. Anim..ain sedang membayangkan yg mana satu rumah anim tu yee..tpt ain ulang alik g keje jer tuu..

    Knp x roger2 boleh dtg rumah tau..dh x jauh sgt dari rumah ain tuu..nk jugak kenal2 dgn anim ni...nnt jemput dtg yee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh apa salahnya..bestkan dpt sambung silaturrahim secara bermuka..selalu di alam maya saja..
      cer teka..cer teka...yang mana satu? heeee....

      Padam

Komen anda amat dihargai