Home · About Me · Sitemap ·

REDHA...


Anim menggunakan khidmat umrah travel agensi yang beribu pejabat di Johor Bahru. Ada branch di Sg.Petani. Kenapa? Pertama; senang adik2  Encik Suami yang tinggal di Johor menghantar MIL dan FIL ke tempat berkumpul sebelum dibawa dengan bas ke Changi Airport,Singapore. Kedua: senang pula Anim hantar anak2 ke rumah mak di Kluang.

Semua urusan borang dan pembayaran dilakukan di SP Branch. Kami ber4 dari SP Branch akan "menumpang" group dari Johor yang bertolak pada tarikh sama. Maklumat penerbangan dan program umrah Anim perolehi dari SP Branch. Kami dimaklumkan yang kami akan terus ke Mekah.

Sehari sebelum berlepas, kami meninjau ibu pejabat travel agensi (tempat berkumpul) di Johor Bahru. Kemudian, ambil kesempatan double check maklumat penerbangan dan program dengan kakitangan bertugas. Alangkah terkejutnya bila dimaklumkan bahawa esok kami akan turun di Madinah dulu...Haru sungguh!! Macamana tak selaras ni sesama branch?

Anim call staff di SP Branch. Anim minta dia double check dengan ibu pejabat. Dalam 20 minit, terima call dari staff travel di Johor Bahru dan membuat pengesahan yang kami akan turun di Mekah dahulu. Macam main-main lak depa buat kerja. Sekejap kata Mekah..sekejap kata Madinah. La ni, Mekah lah pulak.

Keesokan pagi, Anim dan MIL sudah siap berjubah putih kerana memikirkan payah menukar baju di tandas airport. Changi Aiport bukan macam KLIA, tempat solat pun tak ada. Lain pula Encik Suami dan FIL. Pakaian ihram depa tersedia dalam satu beg. Mereka pergi pun berselipar sahaja. Boleh tukar ihram di airport@dalam flight. Aduh...mana tak terkejut bila mendapati hanya Anim dan MIL sahaja yang berjubah putih sewaktu tiba di tempat berkumpul. Kebanyakan jemaah wanita lain yang berpakaian biasa...malah ada yang berseluar dan berblaus labuh. Takpelah...dalam hati Anim, mereka ni nanti mungkin berhajat menukar pakaian di Changi Airport. Lagipun..pakaian putih ni sunat saja. Jemaah perempuan taklah payah sangat nak berihram seperti jemaah lelaki.

Di dalam bas, mutawwif yang ikut bersama membuat semakan nama dan menerangkan tentatif program. Hati bagai tak keruan bila dia menjelaskan yang kami semua akan turun di MADINAH dulu! Anim pun bersuaralah tentang program yang Anim terima dari SP Branch , tentang tiba di Mekah dahulu, tentang tukar ihram di airport, tentang buat semakan di ibu pejabat, tentang call dari staff travel yang memberitahu kami semua akan ke MEKAH dahulu. 

Nampaknya, hanya kami ber4 saja yang terima aturcara program turun di Mekah dahulu, jemaah yang 35 orang lagi (termasuk mutawwif) terima program turun di Madinah. Anim pun menyuarakan ketidakpuasan hati kerana tindakan bercelaru pihak pengurusan travel. Namun kedengaran suara2 jemaah di dalam bas yang meminta Anim REDHA dengan apa yang berlaku. Ada yang kata.mana-mana pun boleh, turun Mekah boleh, turun Madinah boleh.Wajarkah bila kecuaian manusia dijadikan alasan untuk mengatakan redha? Wajarkah bila jemaah diberitahu turun Mekah @ turun Madinah dikatakan sama aja? Bukankah kita perlu bermiqat di atas kapalterbang kalau turun di Mekah dan siap berpakaian ihram? Perempuan mungkin tidak bermasalah..tinggal tukar telekung saja. Lelaki? Selipar...kain ihram... ni bukan perkara kecil..

Dan TAMBAH TERKEJUT bila akhirnya seorang staff travel memberitahu semua jemaah, kami semua akan turun di MEKAH dahulu sewaktu bas hendak mula bertolak. Semua terdiam. Mutawwif pun bersuara, dia yang datang ke pejabat sehari sebelum bertolak hairan kenapa tak dimaklumkan awal. Kebanyakan jemaah lelaki tidak bersedia dengan pakaian ihram. Pakaian ihram dalam beg besar yang nak masuk kargo! Dalam situasi terbaru ini, siapa pula yang patut REDHA?

P/S Kasihan lihat jemaah lelaki punggah beg besar untuk ambil kain ihram di airport. Ada juga jemaah perempuan tukar jubah di tandas. Ada pulak jemaah lelaki sibuk nak beli selipar sebab jangkanya bila turun Madinah, sempatlah beli di situ sebelum buat umrah. REDHA sajalah...

Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "REDHA..."

  1. Hmmm... belum bertolak sudah diuji. Sangat menarik akhirnya siapa yang perlu redho...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda penting dianggap remeh beginilah jadinya...
      Kalau jemaah diberitahu sehari awal pun tak apa, senang nk packing..
      Semoga jadi pengajaran buat semua..

      Padam
  2. travel tu patut rancang perjalanan dengan sebaik2xnya... sian kat para jemaah yg menghadapi kesulitan...

    BalasPadam
  3. perkara BESAR diremehkan..
    walhal jemaah boleh dihubungi sehari sebelum berlepas..
    takkan depa tak faham, kalau ke Mekah dulu, kena berihram, kena pasang niat umrah di atas flight waktu melintasi kawasan miqat..
    lainlah turun Madinah. pakai baju biasa je pun tak apa..
    bukan jemaah je kena kursus ni, kakitangan syarikat pun kena ambik tahu

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai