Home · About Me · Sitemap ·

Hijr Ismail..Panchur Emas..


Sejak di Malaysia lagi Anim menyatakan hajat kepada Encik Suami untuk berpuasa di Mekah dan di Madinah. Tahun lalu, walaupun pakej 15 hari..tak berkesempatan berpuasa sehari pun. Tahun ini, walaupun hanya 11 hari, Anim sering berdoa agar diberi keberkatan masa sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Susu unta di ladang unta  (ehsan Encik Suami)

Isnin (hari ke 6), jemaah travel akan dibawa menziarahi Hudaibiyah untuk melawat ladang ternakan unta dan jemaah boleh berniat ihram di Miqat Hudaibiyah. Sejak 6.30 pagi, para jemaah sudah diarahkan menunggu di lobby. Penat menunggu di dalam hotel, kami cuci mata di luar (kedai). Jenuh menunggu bas yang disewa pihak travel. Kaki pun dah naik lenguh. 2 jam menunggu sambil berdiri, letih pulak rasanya. Anim meminta izin Encik Suami untuk "menarik diri" dari ikut serta, balik ke bilik dan meneruskan hajat untuk berpuasa (bersahur dengan sebiji pisang dan 2 teguk air zamzam).

Anim juga minta izin untuk ke Masjidil Haram lebih awal. Untuk tidak membimbangkan Mak, Anim bagitau Mak, Encik Suami akan hantar Mak di ruang solat, Gate 92 (underground) untuk solat Zuhor nanti bila balik dari ziarah. Anim akan tunggu Mak di situ. Mereka bertolak ke Hudaibiyah jam 8.30 pagi sudahnya..

Anim terus tawaf sunat sebaik tiba di Masjidil Haram. Anim atur langkah sendirian. Jam baru tunjuk 9.30 pagi tapi bahang panas macam dah tengahari. Ya Allah.. kuatkan semangatku untuk meneruskan puasa hari ini. Bulatan tawaf menjadi semakin jauh kerana ada kerja-kerja menukar tiles berdekatan Maqam Ibrahim.

Selesai tawaf, sempat curi-curi  ambil gambar kerja pembaikan tiles di Maqam Ibrahim sebelum ditegur pengawal bertugas.Punyalah cepat mereka bekerja.....menjelang Asar sudah siap!

Selesai 7 keliling, Anim merapati laluan ke Hajarul Aswad. Teringin nak lihat lebih dekat rupa Hajarul Aswad. Bagai mengetahui niat dihati, 2 lelaki Indonesia menghampiri Anim dan bertanya "Bu, mau kucup Hajarul Aswad?" . Allah, peluang depan mata...namun teringat akan pesan supaya berhati-hati akan sindiket yang membawa jemaah mengucup Hajarul Aswad. Anim hanya memberikan isyarat tidak mahu.

Anim meneruskan pusingan untuk ke Hijr Ismail pula. 2 lelaki lain pula mendatangi Anim dan turut bertanya samada Anim mahu mengucup Hajarul Aswad. Anim tetap mengatakan enggan. Tak sanggup nak membiarkan diri "dibawa" oleh mereka yang bukan mahram untuk mengucup Hajarul Aswad walhal sepanjang pusingan tawaf, Anim sentiasa berdoa agar aurat dan wudhuk Anim terjaga. Anim ingin bersolat di Hijr Ismail!!

Pinjam Google punya

Suasana di Hijr Ismail hari ini tidak sesesak sewaktu membawa Mak tempohari. Anim masuk ke dalam Hijr Ismail dan mencari ruang untuk bersolat. Di hadapan Anim berdiri, ada seorang jemaah wanita sedang bersolat. Melihat dari pakaiannya, dia dari Pakistan barangkali. Anim menunggu giliran untuk mengambil tempatnya. Usai bersolat , dia mahu bangun dari duduk tahiyat akhir dalam kepayahan. Orang dah mula bersesak. Anim mengangkat tangannya, membantu dia berdiri dan mengambil tempatnya.

Anim mendongak ke atas..Subhanallah, Panchur Emas berada betul-betul di bawah kepala Anim. Allahuakbar!! Anim boleh bersolat 2 rakaat dengan sempurna tanpa ditolak dan dihimpit. Tempat Anim bersolat ini seolah-olah tidak "dihiraukan" oleh jemaah lain yang bersesak keluar masuk. Allah, tak dapat nak digambarkan kesyukuran yang dipanjatkan. Airmata tak berhenti mengalir waktu doa dipanjatkan selesai solat. Ya Allah...syukur, Anim diberikan peluang bersolat di bawah Panchur Emas, berdoa di Hijr Ismail hari ini.

Si kecil ni yang menemani Anim di ruang solat Underground, Gate 92 sementara menunggu Mak untuk solat Zuhor

P/S Hijr Ismail...dari luar kelihatan sesak, macam mustahil boleh solat di situ tapi bila dah berada di dalam...masih ada ruang untuk bersolat!

Artikel berkaitan:

10 Komen untuk "Hijr Ismail..Panchur Emas.."

  1. MASYALLAHHH... it was great experience for u. bukan semua orang berpeluang menikmatinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya kesyukuran yang dipanjatkan..mudah2an pengalaman dapat dikongsi bersama

      Padam
  2. Besar ganjaran yang Allah berikan atas semua yang kita lakukan yek kak..... Allah Maha Mengetahui. bertuah kak anim.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap yg berlaku ada hikmahnya. walaupun kita sangkakan pertolongan yg kita berikan kecil dimata manusia, rupanya besar di sisi Allah. terasa kerdilnya diri..

      Padam
  3. Masya Allah... Anim, seakan terasa suasana Masjidil Haram. Hati tunduk penuh syukur, Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huda_pengalaman umrah kali ni banyak menyedarkan diri. perjalanan umrah bukan hanya sekadar beribadat, mengaji,bersolat, beriktikaf dimasjid dari pagi hingga malam.

      Padam
  4. Seronok bila kisah anim disana..
    Rezeki anim yg allah berikan dipetmudahkan ketika disana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ain, sekadar berkongsi cerita. berkat dari orang tua...

      Padam
  5. Pengalaman kanim akn sy simpan utk pngajaran..tma kasih byk2 kak atas perkongsian huhu rasa seronok bila dgr dn baca pnglamn org yg dpt ke sana

    BalasPadam
  6. lain orang, lain pengalaman, lain dugaan..
    yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai