Radio IKIM terpasang sewaktu bergerak ke sebuah bank usai bersarapan pagi. Tetamu radio pagi itu seorang Ustazah yang tak pasti namanya. Namun ada sesuatu yang diperkatakannya menyentuh hati Anim pagi Jumaat ini. Dia menyentuh tentang wanita penghuni syurga yang bunyinya lebihkurang begini...
"Wanita yang banyak kasih sayangnya, yang banyak melahirkan anak dan banyak memuji kebaikan yang mana sekiranya ia menyebabkan suaminya marah padanya (melakukan kesilapan) ia akan berkata : "Tanganku ditanganmu, tidak akan ku memakai celak (berhias) sehinggalah engkau senang hati dengan diriku ini"
Anim menyuarakan kepada Encik Suami betapa beruntungnya wanita yang ramai anak. Tiba-tiba bergenang airmata. Teringat 21 tahun lalu sewaktu mula berkahwin..Encik Suami mahukan 10 anak!! Apakandaya...segalanya di tangan Yang Maha Esa. Setelah 10 tahun...baru dapat 2 Abdul dalam hidup kami. Hanya Allah Maha Mengetahui rahsianya...
Menyedari sang isteri gagal menahan emosi, dia bersuara..harta dan anak-anak itu fitnah (ujian) di dunia. Memang anak itu anugerah dan nikmat dari Allah SWT sekiranya diurus dan dijaga dengan mengikut lunas Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat :
Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah
SAW berkata, " Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak
tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia
meninggal dunia. "
Teringat sewaktu ceramah Ustaz Kazim di radio tak lama dulu. Ceramahnya berkisar tentang ibubapa yang kematian 3 anak di masa kecilnya akan dimasukkan ke dalam syurga dengan syarat mereka menerima qada' Allah SWT dengan redha dan sabar. Malah bukan kematian 2 anak juga malah seorang anak. Anak-anak mereka akan menanti kedua ibubapa mereka di syurga.
Bila Saidatina Aisyah r.a bertanyakan Rasulullah SAW, bagaimanakah pula bagi mereka yang tidak mempunyai anak? Siapakah nanti yang menunggu mereka? Dijawab oleh Rasulullah SAW, "Akulah yang akan menunggu mereka"...
P/S Sebak waktu menaip entry ini....
MASYALLAHH..how nice yr N3. and Jazakallahu khair.. sama2 kita kongsi cerita..
BalasPadamtq yan..sharing is caring..
Padamemo ckt type n3 malam tadi..