Home · About Me · Sitemap ·

Takutkan ular...seksa bukan kepalang

Abdul yang satu ni berani orangnya...Aksinya bersahajanya di Phuket

Bagi pari makan di Sg Kilim..walaupun cekeding orangnya...

Pantang jumpa ULAR...mesti nak gambar bersama. Si kuning ni dibelitnya di Bukit Bendera.

Lagilah si batik dari Underwater World ni.... 

Alkisah, bila pulang dari program motivasi "Apa Itu Solat" yang dianjurkan oleh pusat pengajian Al Qurannya secara percuma, dia beritahu...

"Ummi, esok kejut bangun Subuh awal sikit tau. Tak mau nak tinggal solat Subuh lagi. Takutlah Ustaz bagitau, lepas tu tunjuk ular besar yang menggigit orang yang tak solat."
(Hari persekolahan tak ada masalah, cukup 5 waktu. Hujung minggu, solat Subuh depa..."subuh gajah"...)

Setuju sangat dengan pendekatan motivator itu....cerita tentang sesuatu yang menakutkan lebih "melekat" berbanding dengan keindahan syurga pada anak-anak ini. Bukan kata anak-anak ini, kita pun sama juga. Bila gerun...barulah nak beringat. 

Kat sekolah, anak-anak ini diGERUNkan dengan akibat dari berjalan seorang diri. Diculik orang tak dikenali, dipotong tangan kaki, dijadikan peminta sedekah. Diambil anggota badan, mata dicungkil, buah pinggang diambil...organ mereka dijual. 

Bila buat nakal...dikabo bakal dihantar ke bilik Guru Besar..sikit pun tak takut. Bila digertak nak bawa ke balai polis...dok melolong-lolong minta ampun tak buat lagi..Camna tu?

P/S Masih ada kah ibu2 yang takutkan anak2..ADA HANTU bila anak tak mau tidur malam? Hihihi...


Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Takutkan ular...seksa bukan kepalang"

  1. Ada banyak citer hantu di TV..huhuhu

    BalasPadam
  2. tapi kan... anak2x ni kalau ditakut-takutkan baru dia cergas nak buat... heee3x tapi tak pe... kalau takut-takutkan untuk kebaikan itu yang lebih baik....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai