Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu."
(Surah at-Taubah : 34 & 35)
"Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya."
"Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi 'URUF' (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau nilai lebihan uruf itu. Penggunaan uruf ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada Mazhab Asy-Syafie."
(Sumber Pusat Zakat)
Pusat Zakat setiap negeri telah mengeluarkan panduan kadar URUF yang digunakan. Antara yang sempat diterjah:
1. Johor - 850g
2. Selangor - 800g
3. Pulau Pinang - 165g
4. N.Sembilan - 200g
5. Perak - 500g
6. Pahang - 500g
7. Wilayah Persekutuan - 150g
8. Kedah - 85g
9. Kelantan - emas yang dipakai dalamasa setahun walaupun melebihi 85g, tidak dikenakan zakat.
Terbaru:
10. Melaka - 200g
11. Terengganu - 850g
12. Perlis - 170g
13. Sabah - RM5000
14. Sarawak - 775g
Contoh Pengiraan :
Seorang wanta di Kedah yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 150 gram emas . Nisab emas 85g di Kedah ialah RM14,002.90. Maka cara pengiraannya ialah :
= 150 gram (emas yang dipakai) - 85 gram (uruf)
= 65 gram x RM164.74 (*harga semasa 1 gram emas : RM 14,002.90 / 85g)
= RM 10708.10 x 2.5%
= RM 267.70 (jumlah zakat yang dikenakan)
wah... bagus nii... senang nak kira....
BalasPadamkazman~ pusat zakat selangor ada kalkulator zakat sendiri...senang sikit compared to Kedah
BalasPadamAssalam kak
BalasPadamsaya jumpa n3 ni...
lamaaaaaaaa dah nak tau...
esok cuba kira
Kak anim...
kiranya, kiraan mngikut tmt kita menetap ya?
Saya tinggal diperak. IKutb perakla ya
Haah..ikut perak AA. Bukan ikut johor..
BalasPadam