Home · About Me · Sitemap ·

Bertandang sebelah pengantin perempuan...


Jumaat malam si Wan bernikah, tengahari Sabtu pulak majlis bersandingnya. So, hampir separuh adik-beradik Anim mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Anim. Sementelah rumah pengantin perempuan di Parit Sulong tak jauh dari rumah Anim. Rumah yang gelap gelita selama beberapa bulan terang benderang hinggakan ada sesetengah jiran lama meninjau jugak...kot-kot "kami" adalah penyewa baru...hihi..

Anim angkut adik2 dan ipar lelaki p makan nasi lemak sup tauhu untuk breakfast. Special menu ni 1st time depa cuba. Bukan selalu dapat bersembang sambil makan-makan bersama adik-beradik lelaki Anim ni kerana kebanyakan mereka tinggal di KL dan Selangor. 9 set sup tauhu makan bersama minuman serta 9 set yang dibungkus balik untuk ipar perempuan dan anak-anak saudara  hanya RM50.

Ipar-ipar perempuan tolong sediakan duit tol...tau ajalah kat Johor ni, tol mesti ada. Kena prepare banyak sikit sebab ini majlis pertama sebelah pengantin perempuan...

Jam 2 petang, rombongan kami tiba. Si Raja Sehari ni menanti si Permaisuri datang menjemput.

 Malam nikah dia jadi Pak Andam dan saksi...hari ni adik ipar serba boleh dari Sarawak ni berpantun pulak masa melepasi "tol"..Hahaha...riuh rendah depa dengar orang Sarawak berpantun...

 6 dari 7 adik2 lelaki Anim bersama bonda. Yang bongsu di UNIMAS, Sarawak tidak dapat pulang. Well, semua dah ada pasangan. Si baju Melayu purple tu je yang masih single. Kalau ada yang berkenan nak jadi adik ipar Anim, leh le contact kakak dia ni, hihi. Baru 25 tahun...

 Kakak dan 2 adik perempuan bersama bonda. Anim ni anak ke 2 dari 11 adik beradik..

Hidangan yang disediakan sebelah perempuan (gotong royong taman perumahan) memang superb!!!


P/S Esok...giliran kami (pihak lelaki) pulak menyambut menantu...

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Bertandang sebelah pengantin perempuan..."

  1. Musim pengantin....musim kawen...kan...

    BalasPadam
  2. aine_musim kahwin dimana2. bulan april nnti ada karnival kahwin2 di alor setar lg...

    BalasPadam
  3. besar betul keluarga Anim... tahniah dapat adik ipar baru. Nasi lemak sup tahu tu makan kat mana? Nak jugak try bila balik BP nanti..

    BalasPadam
  4. mekasih huda. warung ahmad tu kat bukit pasir. dari bp nak ke tongkang [echah sebelum sekolah cina(sebelah kiri).

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai