Home · About Me · Sitemap ·

Tawaf dalam keadaan telanjang


Keindahan berada di Mekah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaik sahaja memijak bumi Mekah, perasaan gembira bercampur hiba akan bermain dalam jiwa sesiapa sahaja. Tetapi para pembaca sekalian, lebih gembira sekiranya kita dapat rasakan amal ibadah kita di sana mendapat keberkatan Allah. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku, seperti yang pernah diceritakan oleh seorang kawan saya. Apa yang diceritakannya membuatkan saya lebih yakin dan bertawaduk untuk beribadah kepada Allah.

Kata kawan saya itu, suatu petang semasa di Mekah, dia berehat sambil mendengar radio. Setiap kali musim haji, setiap petang radio Saudi akan mengadakan ruangan soal jawab haji. Pendengar radio yang mempunyai masalah haji akan menelefon dan soalannya akan dijawab oleh seorang ulama besar negara tersebut.

Sedang kawan saya mendengar radio, tiba-tiba dari terdengar satu panggilan telefon dari seorang wanita. Wanita itu tidak bertanyakan soalan, sebaliknya mahu bercerita mengenai mimpinya.

"Silakan! Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab," kata ulama terkenal itu.

Wanita itu terus bercerita. Menurut wanita itu, di dalam mimpinya dia melihat ada seorang lelaki sedang tawaf dalam keadaan telanjang. Tiada seurat benang pun yang menutupi tubuhnya, sedangkan disekelilingnya para jemaah sedang bertawaf dalam berpakaian berihram.Wanita tersebut berasa pelik, kenapa lelaki itu dalam keadaan sedemikian semasa melakukan tawaf wida'.

Ulama itu terdiam seketika. Dia kemudian menjawab dengan memetik sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Mana-mana manusia yang pergi menunaikan haji, tidak memaki hamun oranglain, tidak berbuat fasik, tidak bercakap perkara nafsu, maka dia akan pulang ke tempat asalnya seperti bayi yang baru lahir (mendapat haji yang mabrur dan terampun segala dosa, bersih seperti bayi baru dilahirkan)."

Selepas membacakan hadis tersebut, ulama tersebut berkata,

 "Berdasarkan hadis itu, pada pandangan saya terhadap mimpi puan ialah, orang yang dilihat telanjang itu mendapat haji yang mabrur. Dirinya kembali bersih seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Sekiranya puan mengenali lelaki itu, sampaikanlah berita gembira ini kepadanya"

Mendengar saja jawapan ulama tersebut, wanita itu dengan suara penuh emosi dan sebak berkata,

"Demi Allah, ya sheikh...orang yang saya lihat telanjang di dalam mimpi saya ialah tuan syeikh sendiri!"

Apabila mendengar kata-kata itu, ulama itu terus sebak dan menangis. Rancangan soal jawab itu terus ditamatkan dan bersambung pada keesokan harinya. Sewaktu mendengar jawapan wanita itu, airmata kawan saya juga turut mengalir.

P/S Airmata Anim juga turut mengalir bila membaca kisah ini.

~Petikan dari Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah (Produksi Mastika). Diceritakan oleh Ustaz Hj Syed Mohd Norhisyam al-Idrus(Bekas Mursyid dan Mentor Imam Muda Musim pertama, panel Tanyalah Ustaz dan Halaqah TV3 dan juga pendakwah bebas)~

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Tawaf dalam keadaan telanjang"

  1. mahu tak syahdu ustaz tu bila pendengar cakap macam tu....

    BalasPadam
  2. macam2 benda ajaib boleh berlaku kat tanah haram tu...tp mujurlah mimpi je kan...;P

    BalasPadam
  3. kazman~bertuahnya si empunya badan..

    BalasPadam
  4. sham~mimpi dari Allah...bukan sebarangan mimpi. petunjuk buat kita..dari ramai jemaah yg bertawaf, dia seorang saja yang ditunjukkan Allah SWT mendapat haji mabrur

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai