Malam tahun baru 2012 (31 Disember) kami anak beranak menyambutnya di Masjid Taman Keladi. Penuh masjid sebelum Maghrib lagi kerana ada pengajian Ustaz Shahul Hamid menggunakan Kitab Syamail Muhammadiyah. Alhamdulillah....habis dah bab Khatam Nabuwwah (Tanda Kenabian Rasulullah). Bulan depan, insya-Allah masuk bab Rambut Rasulullah.
Apa pun...Anim mengambil kesempatan ini untuk mengajak agar readers dapat sama-sama menyumbangkan bantuan dari segi kewangan bagi sama-sama membantu usaha Ustaz dalam menguruskan anak-anak yatim yang menuntut di Maahad Tahfiz Darul Tahzib di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Bantuan kewangan juga diperlukan bagi mencukupkan dana RM5 juta bagi pembinaan Perkampungan Islam (satu-satunya di Pulau Pinang) membantu golongan susah dan kurang upaya bagi mendalami ilmi agama juga membantu anak-anak yatim menjadi manusia beragama.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara yang akan diperolehi orang yang beriman daripada amal dan kebajikannya selepas matinya ialah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya,anak yang salih yang ditinggalkannya, mushaf yang diwariskannya atau masjid yang dibinanya atau rumah untuk musafir yang dibinanya atau sungai yang dialirkannya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hayatnya yang (pahalanya) akan mengikutinya selepas mati"
Riwayat Ibnu Majah
P/S Tersentuh oleh nasihat Ustaz...."kalau kita tak banyak pahala...jangan kita menyumbang dosa"..
salam tahun baru dari kami sekeluarga...
BalasPadamsama-sama lah kita..
BalasPadam