Home · About Me · Sitemap ·

Krabi-Phuket Amazing Tour Day 1 : Malam di Krabi

Tiba Krabi dalam 6 p.m. Hotel penginapan 3 tingkat (naik tangga, takde lif....huhu) berada di kawasan shopping . Shopping?? Tak excited sangat sebab bukan kaki shopping la ni. Rasa-rasa nak try foot massage le pulak. Well....apa-apa hal pun...nak rehat dulu, mandi-mandi...luruskan kaki.

Boleh tiru idea depa....Dah takde bunga nak letak dalam vase....petik je daun bunga kantan tepi rumah..

View dari bilik Anim di Tingkat 3 . Petang....masih lengang.Malam nanti baru happening katanya....

View senja,...Masya-Allah...cantiknya. Ralit sekejap memerhatikan keindahan alam kala matahari terbenam .

Jam 8 malam, dibawanya ke sebuah restoran steambot Muslim di Krabi. Tak taulah nama apa...jauh dari hotel penginapan. Masuk dalam ladang getah..kalau tak silap. Macam-macam ada..Macam Restoran Tupai-Tupai gak, makanan lebih tak habis kena bayar. Ada pilihan nasi, desert, aiskirim, buah-buahan. Punyalah ramai Malaysian (Melayu semua) yang menjamu selera di sini. Bergroup-group.

Dinner malam ni termasuk dalam pakej so..tak taulah berapa satu kepala. Kalau tak silap dengar 200 Baht seorang dewasa (RM20)...Maafle kalau silap. Kuah steambotnya air biasa yang dididihkan saja.Bukan sup tomyam@sup ayam seperti biasa. Speciallnya pada 2@3 sos yang disediakan.

2 in 1...bersteambot sambil berbabeque...Abdul yang sorang ni le yang paling enjoy..tak rugi bawak dia p makan....


P/S Hujan selepas dinner. Hajat nak meronda Night Market, Krabi tergendala. Naik bilik dulu, kot-kot hujan teduh. Hmmm..dah jumpa katil, lenalah. Esok Tour Island pulak....


Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Krabi-Phuket Amazing Tour Day 1 : Malam di Krabi"

  1. kecur tengok orang makan steamboat.... aduhhh....

    BalasPadam
  2. tmbh seronok bila pelayannya ada yg berpurdah..
    tokenya berjubah balik masjid..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai