Kalau tak kerana rengekan anak-anak untuk berhenti di Stesen Keretapi Ipoh....sudah tentu Anim TAK SEDAR betapa cantik dan indahnya bandaraya Ipoh. Selama ni lalu sahaja....maklumlah Ipoh bukannya pusat pelancongan popular macam Pangkor. Ipoh ni macam "tempat transit" mereka yang nak ke Utara atau ke Pulau Pangkor.
Stesen Keretapi Ipoh yang unik rekabentuknya.Ia dibina pada tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British dan bercirikan Islam . Ada penduduk tempatan menggelarkan Stesen Keretapi Ipoh ini sebagai Taj Mahal Ipoh.
Selain Stesen Keretapi KL...rasa Anim inilah Stesen Keretapi kedua yang menarik minat pelancong. Agaknya sebab itulah ianya menjadi pilihan pembuat filem "Anna and The King" lakonan Jodie Foster dan Chow Yun Fat
Bangunan warisan Dewan Bandaran Ipoh . Bandar raya Ipoh ini dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan Bandar Warisan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menarik untuk dikongsi.....pokok Ipoh (Upas) yang ditanam pada tahun 1980 oleh MB Perak waktu itu.
Aiiik...ada orang letak bunga?? Macam memorial pulak...
P/S Sepatutnya ada sehari lagi...tapi ada urusan penting anak-anak yang perlu diuruskan di SP esok. Jam 6 petang kami check out.
Belum ada komen untuk "Ipoh Mali Talak Sombong~Ending Part"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai