Home · About Me · Sitemap ·

Pemansuhan PPSMI kekal...

Ihsan google

 PEMANSUHAN PPSMI SEKOLAH RENDAH 2016, SEKOLAH MENENGAH 2021

4 NOVEMBER 2011

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu pada 2021. 

"Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima. 

"Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan," katanya pada sidang media selepas mengadakan taklimat tertutup dengan Pegawai Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

Sumber : Berita Harian Online

P/S Mulutku terkunci...tapi hatiku bersuara...

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Pemansuhan PPSMI kekal..."

  1. Salam kenal tuan rumah

    Tau dan faham keluhan hati seorang guru mcm u. Terpaksa la folo..

    Kadang-kadang bila dgr kat radio ERA slot "Can i help u", nampak sgt ramai yang tidak mahir English. Tu pon nak mansuhkan English hishhh

    BalasPadam
  2. terima kasih krn sudi singgah..
    hmmm..saya yg menurut perintah..:D

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai