Home · About Me · Sitemap ·

Untung ke duduk Sg Petani?

Setiap kali berbual bersama adik-beradik, sanak saudara yang tinggal di ibu kota dan J.Bahru.. ..perkataan "untung" sentiasa tak lepas dari bibir. Depa kata kami beruntung sewa rumah dan makan2 murah..
Rumah murah?????Iya ke???
Masa mencari rumah waktu mula2 berpindah ke SP, rumah yang dioffer di Laguna Merbok@di Cinta Sayang Golf Resort dulu dalam RM700-RM800 sebulan. Tapi dek "sayangnya"(atau jimat nih!) elaun rumah yang diterima Encik Suami...kami beralih arah ke rumah (semiD) di Bandar Perdana yang disewa RM350 sebulan (baki elaun boleh cover bil letrik, bil streamyx..bil air..bil Astro...huhu!) 
OK...OK...sewa rumah boleh dikira untung.Duduk di ibukota..RM350 pun tak dapat sewa flat di tengah bandar!
---------------------------------------------------------------------
Makan murah? Meh kira....kos satu hari bila penyakit M melanda diri...

Mee kicap bersama sup fish ball+fish cake+tauhu pok untuk breakfast.
Lokasi : berdekatan Balai Bomba Sg Petani
Harga dibayar : RM3 satu set

Tapau lauk bawa balik. Nasi masak sendiri weyyyy...for lunch
Sup sayur (kentang+carrot+fucuk tahu,+cendawan tikus+ suhun+kobis..meriah, huhuhu)
Cendawan goreng rangup
Daging bakar (timbang)
Air asam (free lah kot...tapi punyalah banyak Anim cedok...masuk mangkuk baru perasan!)
1 ikan pari..1 ikan keli..1 sotong...1/2 ikan terubok...semuanya bakarrrr...
Harga dibayar : RM25

Nasi Arab berlauk ayam for dinner
(punyalah banyak nasi boleh share dengan Syawal)
Lokasi : Restoran Arabian Mendy di Lagenda Heights, Sg.Petani
Harga dibayar : RM9 satu pinggan (single)

Untung ke??

P/S Kekadang harga lebih mahal@sama dgn KL tapi kualiti makanan berbeza. Kat sini...ikannya fresh dan kalau daging tu...daging baru bukan import punya...


Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Untung ke duduk Sg Petani?"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai